carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Friday, January 28, 2011

nak kije ngan David Teo jugak boleh ?:D

salam ..

boleh x?haha. tp, nak jdi org belakang tabir je. x nak jdi artis.nnti glemer sgt ..haha.

jom la baca kisah David Teo ni. bonus besar tu tuk artis & staf die. masyuukkk tuh ! :P

Kredit Murai.com






***********************************************************************************

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2011: Lebih lumayan daripada tahun sebelumnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan ganjaran bonus yang diberikan syarikat produksi terkenal Metrowealth International Group of Company (MIG) kepada individu yang telah menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat berkenaan sepanjang tahun lalu.

Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, David Teo telah berbesar hati membelanjakan sejumlah RM4.5 juta yang diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media di atas jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.

Antara filem yang diklasifikasi MIG telah berjayaa mendapat kutipan pecah panggung pada 2010 iaitu Ngangkung, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Santau, V3: Samseng Jalanan dan Cuti-Cuti Cinta.

Menerusi majlis 1 Dekad, 49 Filem yang diadakan di Hotel One World, di sini, baru-baru ini, pelakon Shahaizy Sam telah dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.

Nilai yang sama turut dimiliki pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil atas kecemerlangan beliau menerusi filem arahannya sendiri, Cuti-Cuti Cinta dan V3: Samseng Jalanan.

Sementara itu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani dan heroin Adnan Sempit, Intan Ladyana membawa pulang wang tunai dengan jumlah yang sama iaitu RM15,000.

Pelakon jelita Nora Danish, Liana Shamsuddin dan Puteri Mardiana masing-masing menerima RM10,000.

Tidak ketinggalan juga Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin masing-masing turut dihadiahkan RM10,000 selain pelakon Cuti-Cuti Cinta, Cat Farish yang mendapat RM5,000 atas keberkesanan wataknya dalam filem itu.

Pengarah filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat durian runtuh apabila dia dihadiahkan sebuah Toyota Alphard 3.5L atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, iaitu sebanyak RM8.4 juta.

Sementara Azahari Zain, yang mengarahkan filem Santau mendapat imbuhan sebanyak RM5000.

Malam penghargaan itu juga menyaksikan kegembiraan yang terukir di wajah setiap kakitangan MIG. Mereka nyata tidak pulang dengan tangan kosong.

Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam, Azahari Hamid misalnya telah membawa pulang sebuah Mercedes Benz E300K.

Sementara Pengarah Eksekutif MIG Soubd Factory, Brian Eng Kang Wei menerima sebuah banglo. Manakala, beberapa petugas lain masing-masing mendapat sebuah rumah semi D setingkat dan dua tingkat.

Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk 2011, MIG terus mengorak langkah dengan menerbitkan lebih banyak filem, antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.


tp. nape x sebut nama Eira Syazira pung ?lupe kot ..:P

1 comment:

afni+hafiz=dani said...

untung kan??jeles tgk..hehe