carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Friday, December 30, 2011

Jam tangan yg dah nazak


jam hantaran kawin 4taun yang lalu..

suka sgt mati lately ni. dh tukar bateri bulan 2 hari tu.tapi bila kita adjust, ok pulak. tp, 2-3 hari pastu,mati lagi .


ke kena tukar batteri lagi ?


ke kena beli baru ?



ke pujuk suh org beli yg baru ?


hahaahaha.


Thursday, December 29, 2011

pantang lalu, mesti nak ambik gambar

hai..

ni salah satu kegemaran or hobi Ammar la kalau dalam kete. bila ke Shah Alam , masuk kat town tu akan nampak la masjid besar ni kan? saya pun tak pasti macam mana dia boleh begitu tertarik dengan masjid. maybe sbb biasa dgr azan kat oasis kot.

so, ni hari bila entah ..



si kecik : Ibu, hanset mana? hanset mana?
si ibu : nape? nahh
si kecik : senyummm. *suh masjid tus seyum nak ambik pic.



kelakar kann?



ni la gambar masjid yg die ambik.





:D

Tuesday, December 27, 2011

(Gambar) Tengok fish di IOI Mall


ibu : jom, ibu nak tnjuk fish kat awak
anak : fishh, fishhh.
ibu : nampak tak ?
anak : nampak, hanset mana? senyummm
ibu : nak ambik gambar sajeeeee







Monday, December 26, 2011

Bayi perempuan Marion & SM Nasaruddin


Leia Rose Caunter Nasarudin,



sumber : Beutifulnara



comel sgtttt !!! geram nye pipi diaa..

hrp taun 2012, Ammar dpt adik gurl yer! :D

Saturday, December 24, 2011

Happy 3rd Birthday Ammar!



Hari ini 24.12.2011. Hari ulang tahun ke3 untuk



Muhammad Ammar Syazwan!


semoga menjadi anak yang soleh, beriman & bertakwa.
nnti kita celebrate besday yer.




detik2 kelahiran Ammar

jom baca short story mcm mana melahirkan Ammar ke dunia ni. Bermula dgn ada cecair darah keluar pada pukul 5ptg 23.12.2008. masa tu nak solat Asar. tapi tak smpat. so, just relak2 kat rumah & tak sakit pun. asben ajak g spital Serdang after Magrib. Bukaan masih lagi 0. tp darah tinggi pulak. so, duk kejap di bilik menunggu. masa tu darah mmg mengalir je. nurse suh tukar baju & naik duk ats ward. sakit contraction sgt2 dr pukul 12-4pagi. cek bukaan 4cm tolak masuk labour room pukul 5pagi. pukul 6pagi nurse pecahkan air ketuban & pukul 8-30pagi berjaya bersalin kan Ammar :D pukul 5ptg, keluar spital. kul 12mlm, smpai rumah nenek di Jerantut,Pahang..:D



#gila laju kan? tak nak stay kat spital punya pasal tu sanggup pujuk doctor suh lepaskan jugak ..hehehe

Friday, December 23, 2011

Solat Sunat Dhuha



Assalamualaikum semua.


Sempena hari Jumaat yang mulia ni, jom sama-sama kita mendapat sedikit ilmu agama. Solat Dhuha. Siapa yang selalu amalkannya?syabas & tahniah untuk anda. solat ini adalah solat sunat muakad (sunat yg sgt dituntut). Terus terang saya tidak pernah melakukan, memang tergerak hati nak mencuba & praktikan seperti solat2 wajib yang lain. InsyAllah, kita boleh start perlahan2 dari sekarang yer.


ni ada sedikit info sy google & paste kan kat sini untuk kita semua.


Bila waktu yang sesuai ?

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika matahari sedang naik.

(anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).


Bagaimana nak solat ?

niat untuk 2 rakaat :

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الضُØ­َÙ‰ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

tetapi jika kita tak dapat nak menghafal surah al-Syams & al-Dhuha itu tidak mengapa. kita boleh membaca surah yang biasa kita lakukan di solat wajib. tetapi di galakkan baca surah Kursi di rakaat pertama & surah al- Ikhlas di rakaat kedua sesudah bacaan al-Fatihah.


Doa yang afdal di baca setelah solat


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




sumber:

2: http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA

Thursday, December 22, 2011

Wang kertas dan syiling baru 2012


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.
Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.

Pelancaran siri mata wang baru berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi.


“Siri baru mata wang juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang.

“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” kata kenyataan itu.

Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.

Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.

Dengan pelancaran siri baru berkenaan, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor mesin kendalian tunai bagi memastikan perubahan kepada mata wang baru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Vendor mesin kendalian tunai diberikan masa enam bulan untuk mengubah suai mesin masing-masing bagi memastikan mata wang baru itu dapat digunakan.

Sementara itu, mata wang peringatan bagi siri baru berkenaan boleh didapati di ibu pejabat Bank Negara dan cawangannya masing-masing di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu bermula hari ini.


sumber : Berita Harian ONline.

p/s :
warna kemain meriah kan? tapi duit rm1 tu lebeh kurang rm50 je. kang salah bg pulak kang time raya.haha. btw, rm20 cantik. oren lagi ..:D

Wednesday, December 21, 2011

MasterChef Malaysia : siapa akan tersingkir malam ni??

hai..

sejak2 layan MM ni, kemain kan? duk update ttg peserta MM je. mlm tadi boleh layan MM tanpa rasa confuse kan? sbb Cinta Alesya pun dh tamat. cite baru tu, tak perlu la nak layan. hahaha. gile jahat kan?

Smlm tugasan sajian luar. dibahagikan ikut team. Amita sebagai leader team biru & Zamir leader team merah! Pemilihan Zamir tu secara sendiri. dia yang pilih tudung comel tu, & tak sangka ada logo MM pada pinggan bawah apron. tengok dok smlm, si Syariah cm eh. ngada nyee. cm tak kisah nak team mana. padahal org tak suke dia. haha. ni dpt duk 1 team ngan Zamir. tapi relek sudah kan? smlm tengok pun ok. g cooler room sesama lagi..hehe. smlm diorg kena serve kat peserta Maharja lawak mega. semua nye di tentukan oleh vote diorang yg makan. At last, resultnya Team merah kalah! merah mmg selalu kalah tau.banyak kali dh. menang pun 1 kali je rasanyee. Team biru dpt 20markah & Team merah dpt 16markah! dan kesudahannya team merah under Zamir akan masuk penyingkiran malam ni.

so, siapa yg akan tersingkir malam ni? antara Zamir, Ezani, Brian, Ary & Syariah ??

sy rasa antara Ary dan Syariah la..kita tengok mlm ni ye..:)

korang rasa siapa??


Santai Hujung Minggu di Bukit Cerakah/ Taman Pertanian Malaysia

hai..

Ahad lepas setelah di rancang2 dgn opismate asben. kelas, opismate asben, tapi sy yg sibuk bincang ..:D so, kami pun setuju la nak hbskan cuti di hari minggu ke sini. pada mulanya sy malas or tak rasa nak pegi . walaupun malam tu dh prepare dh smua. alih2 pagi tu sakit perut n muntah. sy syak sbb makan roti beli kat la bahome kat Jusco malam tu. tapi dlm pukul 10-30pagi. one of opismate asben called. dia pujuk suh join sekali sbb dia dh masak banyak. sy pun cm tak smpai ati pulak kan? & sbb dh rasa sihat sket, dan2 tu je siap2 kan diri n pegi ke sana & bermula la perjalanan buat pertama kali kami ke sana. yes, ni semua kali pertama pegi ni. ke asben dh pernh pegi? tk de pulak die cite.

**peta**

sampai sana, cari parking. takpe, parking free & melambak.mula2 tu mmg cm jakun skitla, cm ne nak masuk. celah mana nak pegi ni. so, call kwn. & dia suh cari tangga n turun kat situ. beli tiket n naik bus! kami pun pegi la menonong2 saje. tengok ramai org. sini kot beli tiket tuh..& nampak kaunter tiket. so, beli tiket tuk masuk dalam taman ni rm3 untuk dewasa & kanak2 rm1. lepas tu kami tambah tiket untuk masuk umah sejuk tuh. pun harga tiket yg sama. so, sy just bayar rm12 aja kan? kanan2 start umur 12 baru kira rm1.

**bas **

kami pun menunggu bas & lihat peta. kawan2 dh masuk awal. diorang dh mandi kolam dekat taman haiwan. so, kami pun menunggulah ketibaan bas .masa ni dh mula la,leceh la gini kena naik bas..hahaha. mmg tak leh sabar kan? dh la kena beratur. boleh je nak potong que, tapi agak kurang ajar, so beratur la kami. bus yang ke4 baru kami dpt naik & duduk! Ammar sgt excited tau. 1st time lah dia dpt naik bus ni. smpai tak nak turun. :D mula2 tu bas tu akan bwak kami smpai ke atas sekali. otw balik baru die turunkan penumpang & ambik penumpang yg dah nak balik. so, setiap tempat tu ada tempat menunggu bus la. so, buat kami yg 1st time ni mmg la agak pening sket. kami pegi turun kat stesen jauh sket dr taman haiwan. so, kena la berjalan pulak ke taman haiwan sbb nak jumpe ngan kawan2 tadi. tapi diorg dh siap mandi & kami just lepak kejap tengok rabit, kuda & burung kat taman haiwan tuh. frust tak dpt mandi kolam..hahaha.

**burung tgh termenung**

lepas tu kami decide nak jalan kaki ke rumah 4musim. ni atas sikit dr taman haiwan. so, mmg kena jalan sbb bas tak kan ambik kalu nak ke atas. if turun baru die ambik. berjalan2 dlm hutan kan. tak penat sgt sbb redup. lalu dekat kawasan khas untuk pejalan kaki. merasa lah jalan kat jambatan gantung. gayat la jugak..hehe.dlm 30minit gak berjalan, baru smpai rumah 4musim. masa tu dh ujan2 sikit2. tapi bila masuk hutan. tak la rasa sgt air hujan tu. enjoy n penat ..hahaha.

**jambatan gantung nak ke rumah 4musim**

akhirnya, smpai sudah ke rumah 4 musim. untuk pengetahuan, bulan 11 n 12 ni musim sejuk! -2 celcius suhunya. sejuk kemain. so, dh peluh2 tu masuk umah sejuk. boleh bygkan la keadaannye mcm mana. :D serahkan tiket & kena beratur dulu. ramai gak orangnye. kena masuk ikut turn. tak boleh ramai sgt. masuk 2buah bilik. setiap bilik dlm 3-5minit je. ada la org jaga kita kat situ..:)


** bergambar dulu. sy ribakan anak kawan yg baju purple tu**


**pokok2 kesejukan **



**dalam bilik sejuk**


sejuuuuukkk. tak merasa nak g London, g sini pun boleh la. tengok salji. :D kemain sejuk tauu. berasap mulut .muahahhaa.


**Ammar, awak tak sejuk kerr? **


**aksi ape tu Ammar? **


dah jalan2 kat area2 situ..masa untuk tunggu bas nak balik. penat sgtt. dh tak larat nak jalan2 lagi..kurang stamina la gni kann? kalu larat,leh g try main flying fox la..mcm2 la kalu anda larat. ttg bayaran tak pasti pulak. tgu bas kejap je dh smpai. kami yg pmpuan & kanak2 ni di halau naik bas. haha. yang lelaki2 ni jln kaki tolak stroler. hahaha. sbb payah la nak angkat stroler naik bas. kali ni naik bas, dpt duk depan sekali..besttt! Ammar la excited sgtt. smpai tak nak turun. haha.

kami lepak kejap kat depan tguu kaum lelaki smpai. berpeluh2 hbs tuh! jauh jugak la tuh. diorg dtg terus g kat keta. penat sgt tuh. :)

balik umah, bersihkan badan , solat & tidooo.

kul 6 bangun cari makanan ..:)

korang kalu tak tau nak g mana, boleh la terjah sini.


for info :-

Taman Pertanian Malaysia
Tel : 03-55107048/03-55106922
Faks : 03-55100922

9.00 pagi-5.00 petang (selasa-ahad)
*Taman ditutup pada hari isnin kecuali cuti sekolah atau perlepasan am

Monday, December 19, 2011

MasterChef Malaysia : Penyingkiran Deena

hai..

agak sedih jugak apabila Deena ni yg tersingkir pada minggu ke 9! Deena ni mmg kategori top la jugak cara masakan dia. tapi entah mcm mana, dgn pertaruhkan spageti msak lemak kupang semalam membuatkan die tewas kepada Felix, Brian & Imelda. mesti Deena dh abis idea mlm tadi, sehingga hero iaitu kupang telah di ketepikan & hanya 4 biji kupang je die hidangkan pada juri. masa mula-mula siaran tu ingat ke Felix atau Imelda yang keluar, tetapi sangkaan melesit sama sekali. sungguh tak sangka kan? tapi tak ape, maybe ada rezeki lain nnti . :) good luck to u Deena!





Deena Nalisa Binti Mohd Zain

Umur: 26

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Pekerjaan: Pegawai Projek

Hidangan Kegemaran: Ayam Masak Pedas Tok Wan

Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau

Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Sangat suka membakar kek dan tart

Pencuci Mulut Kegemaran: Carrot cake

Sweet or Savoury: Sweet







** Deena tgh masak**


malam ni Amita akan lawan ngan chef selebriti. agak2 dia akan dpt pin kebal tak ? btw, Deena ni satu2nye yg telah dpt pin kebal. tapi die dh guna dulu masa team group kalah. ni 2nd time Amita di beri peluang lawan chef selebiriti.

p/s : suke tengok Wahidan. kalu die cakap mesti selalu sebut perkataan Allah, InsyAllah, Bismillah. sweet sgt kan?


Friday, December 16, 2011

Tazkirah Jumaat : Tanggungjawab Isteri & Fadhilat

assalamualaikum..

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk
muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah
seperti dibawah :-
...
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/ orang yang
berguna dengan
didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api
neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap
dapat pahala
sekiranya didikan isteri pada anak-anak berterusan dengan baik

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya -
terus masuk syurga

mudahnya seorang isteri nk dapat pahala kan ? jom kita sama-sama ambil iktibar dari artikal ini & InsyAllah hidup kita sentiasa di berkati oleh Nya. bestnye dpt yg no 8. tapi bile memikirkan ttg kematian tu. seram sejuk pulak. amal ibadat tak banyak mana lagi kan?

salam Jumaat dari saya !


dh pandai suh ambik gambar dia



ikut sape kann? :D

hari tu pegi Care4 Puchong ni. benornya tak de niat pun nak pegi. sbb dh pegi pasar malam kat tepi tu. act Ammar yg mengada skrg, nak care4, nak care4 ktanye..saya tanye nak wat ape? nak jalan -jalan. amboii, kemain mengada kann? act ayah yg tak smpai ati nak tolak, jom la masuk care4 kejap! pusing-pusing tanpa tujuan. pegi la tengok bahagian selipar ni. alih2 Ammar ni g duk kat situ & suh sy ambk gambar dia! haha. over tau . tapi die panggil senyum bukan camera. lagi la lawak kan ?

korang layan je die ni. semua tempat nak suh ambik pic & dan2 tu nak tengok jugak!





ni kat rumah pulak. main lego. lepas tu. kunun2 nak wat jatuh2 la. tapi nak suh ibu ambk gambarnye..kelakar pun ada.



tu aje! :D

Thursday, December 15, 2011

Tomyam mebeles di Warung Nita



hai..

hari tu ada ckp pegi dinner kat warung nita ni kan? jgn tanye jalan & tang mana tau! mmg seriusly tak tau tapi kat Usj11. tempat dia mcm food court. tapi mmg sedap la tomyam die ! sape yg minat gile tomyam, mmg sini la tempatnye. ** bg pomot tapi tak tau tempat ! matik la gini..:D


*kolam ikan*

dh discuss tempat, ambik yg hujung dunia sana. senang anak nak menglasak kan? tepi tu ada kolam ikan, so boleh la anak jenguk2 di situ smbil ibu ayah makan yerr. tapi nama pun anak, mana la tenteram kan nak makan. kdg2 tu die pegi ambik nasi buh dlm kolam. huhu. lepas tu kul 7 ada boboiboy pulak. suh die pasang tv, tapi tv rosak pulak! kena g tengok kat depan sket. Ammar tak de la berani sgt pun nak g sana. just pegi 2-3 saat je lepas tu patah balik pegi tempat kitorg.*pemalu kann?


makan ape?




ikan kembung bakar * tak de dlm gambo, sup cendawan tak pedas, tomyam campur mebeles, sotong celup tepung *ni tak bape sedap, telor dadar & nasi 3pinggan.




air pulak. teh 0 suam, air suam & fresh oren


** blur la pulak!*



org dh meramai, baik balik. tapi sebelum tu hirup kuah tomyam smpai abis. hahaha.total semua RM35! for me, berbaloi sgt. sbb ikan n tomyam tu sedap! boleh repeat nnti bulan depan! :D

Wednesday, December 14, 2011

WW : Payah nyer la bila tak support

** gambar hiasan semata-mata-**


now, tgh training Ammar untuk free diapers. dh 60% berjaya di rumah & di luar ! tetapi malangnya pabila org lain (gambar) tak nak support or dgn kata lain buat tak tau jer.

geram!


Tuesday, December 13, 2011

Tengok MasterChef Malaysia di Youtube


ketinggalan nak tengok live Masterchef Malaysia?

jangan risau korang semua.
sy pun peminat gile kot ngan rancangan realiti ni. so, if ketinggalan dn susah sgt nak tengok ulangannye. sy tau nak tengok kat mana..

bukak Youtube

& search

uploaderkun's channel

kat situ, korang akan tengok ada semua episod yg latest. mmg cepat giler die upload!

selamat menonton! :D

cite weekend kami



hai semua!

malas bangun pagi tadi. tapi kena gagahi jugak. hehe. biasalah cuti 3hari kan? smlm negeri S'langor cuti sempena keputeraan Sultan Selangor sbb jatuh hari Ahad kan?.

tak kemana pun cuti baru ni.maksudnye tak berjalan jauh la. dekat2 jer. :) Sabtu kami ke Shah Alam untuk lunch dekat Pak Mal Nasi Ayam . femes kan nasi ayam ni? mmg sedapp sgtt. special nye tu dekat sos la. 1 set rm4.50. so, kami ambik 3set. Ammar pun suke gak. tapi makan nasi n sup aje. tanye nak ayam tak, dia tak nak. kata lekat kat gigi. huhu. banyak ngat alasannye.:P lepas makan balik rumah. lepak2 aje. lepas tu after Asar, pegi Bangi. melawat kawan di sana. die dh nak smpai due nak bersalin dah. lepas Magrib baru balik rumah:) terus balik sbb perut sakit. almaklumlah 1st day period kan? hehe


**google *

Ahad pulak kami kuar dinner kat USJ11, Subang. makan dekat Warung Nita. nnti sy wat entry lain. sedap sgttt. :) tomyam die mebeles ..:D usai makan, singgah surau sebelah sunway pyramid tu.asben solat magrib dulu n baru kami masuk KL. masa kat surau tu, Ammar dh ye-ye je ingat nak pegi pyramid. hihi. kesian die tunjuk2. dh masuk KL, nampak Sogo baru die bertenang. kesian lama dh tak berjalan mall kan? :D kami masuk Sogo dh lewat sebenarnye. 8-45mlm dh masa tu. tapi ramai g org pun. kami g sana, jenjalan jerr. tak membeli ape2 pun. hehe. dh keluar lagu keramat nak tutup sogo tu baru la kami keluar, lepas tu perasan staf diorg pun dh say thank you masa nak turun escalator. so sweet.muahaha. lepas tu lepak masuk Tasik Titiwangsa. ingat nak tengok org main kete remote, tapi hampa betui. tak de pulak . kesian kat Ammar, almost 1-2 bulan agaknye kempunan nak tengok. hehe. lepas tu, kami lepak kat depan tu je. ada tempat lepak tu kan . cerah aje. ada 1restoran mamak kat situ. kami lepak tepi tasik tu je. dlm 30minit aje, terus balik .sbb dh ngantuk.:) masuk higway Putrajaya-Kl, dlm 30minit dh smpai rumah. cepat mmg cepat tapi sediakan duit tol aje. huhu. :)


Isnin lepak rumah & ada tetamu datang ..:) lepak2 aje. mlm je kuar kejap pegi anjung kat Putrajaya sbb nak g atm bank Islam. :)

tamat ..:)

Friday, December 9, 2011

tgu ayah balik






kejadian malam kelmarin

ibu nak melipat kain, tapi malas masuk bilik..so,mari lipat di ruang depan sambil berdiri. ambik bantal beso ni letak atas meja. ambik baju 1 sekali ngan hanger. lipat baju n letak ats bantal tu. hanger n pengepit letak tepi. lepas tu dtg la si kecik ini. mybe agak excited nak duk atas meja jugak. nak tengok apa ibu buat kan ? biasalah ayah balik lambat.membosan sgt la kan?

dh siap ibu buat kije..melipat kain & menyusun dlm almari. eh, die pun sama jugak tolong..letak gitu je dlm almari. dh kena lipat again..tak pe..ok saje.

dh abis, die pegi duk lagi atas meja.
& hasilnyeeee:













menyusun hanger di kerusi!

takper..dpt belajar cara menyusun dengan baik. & at last, die menyusun hanger & di letakkan pengepit setiap satu! comel la jadikan. tersusun je. tapi lupe nak snap. hehe

ayah balik 11-30, cepat2 kemas..tau pun ! :)

Thursday, December 8, 2011

suprise besday



hai.

ni cite lama..ku akui..namun nak jugak abadikan di sini. hehehe. btw, tak sangka ada org sudi nk suprise kan i tauuuu * statement kesian






the cake.


hari tu balik kg, masa raya haji. lepas beraya di rumah sndiri, harus ke umah mertua pulak. harus pulak, wajib..kedebuk. kedebak semua..masa nak balik umah sewa sndiri pulak. tapi wajib *sekali lagi balik umah my parents dulu. alasan di beri. mau kutip2 baju basah. so, tgh dalam misi mencari -cari baju yg entah ilang kemana, tetibe



mokde, dlm peti ada kek *bisik anak saudaraku

iyo la tuuu . *jawab ku endah tak endah..cepat2 cari lagi baju bajan sementara jam sudah lewat benar.



ok, dh pack semua. terus g depan..eh, ada kek la..tengok2 ada tulis nama di situ, harus la..eh. tuk sape ni? sape beli ni..wau.terharu nyee.muhahaha..


yang di raikan..

adik is Ina (tudung itam) kakak is Nisah (tudung pink)




ni gambar tak nmpak muka pulak ..muahahha..


excited takk? of coz la kann? ni adik yg duk Melaka tu plan . giteww. suprise u menjadi tau.besday die bulan 11 baru ni. tapi tak dan lagi nak sambut..matik la gini..hehhe. harus di ungkit gini..hehehe

ok.sedap bangatt kek tu. bawak 1 slice balik Puchong..esok pagi, tengok dh habis kena makan..hehehe

tu je.

Tuesday, December 6, 2011

cara betul ajar anak




ambik kat sini sini




note :

tak leh tengok smpai abis, nak nangis .huhu

huru hara 2-3hari ni.

hai semua..

huru hara sgt la kan sbb tu blog tak berupdate. logik tak alasan ni? muahaha. meh la baca kisah huru-hara sy ni yer.

02-12-11

Jumaat kan? dh ready nak g kije ni. ready ngan beg2 nursery Ammar ni malam tu. tapi pg Jumaat tuh Ammar bangun kemain awal kul 6pagi. panas je badan. sure la demam. tapi hr khamis tu mmg panas dh badan die. so, decide aje. cuti aje la. jaga die kat umah. kesian pulak kan. malam tu g klinik. cek doctor. mmg demam la. tekak pun merah & bdn ada ruam. ambik ubat semua & g beli bubur mcd. sbb tu je yg die suke if demam pun.

03-12-11 & 04-12-11

weekend! sah2 la tak leh nak update blog. eh. berukband celc*m tu apesal lembap sgt lately ni? nak bukak Fb pun ssh tau! bosan gile.. hr Sabtu tu Ammar ada demam sikit2 lagi. ayah die kije . so, melepak aja la di rumah. tak g mana2 pun. bdn tak sihat kan?
Ahad tu bangun je tido, sy pulak rasa tak sihat. nak telan air liur pun sakit. sah la nk nak demam jugak! so, cepat2 minum 100+ & minum air masak. ok la sikit. kul3 kuar jenjalan kejap. g shah alam aje pun. umah abg. lepas tu, rasa nak demam. baring aja la. makan actifast. ni 1st time telan benda alah tu. mmg fast la sgt tau. hehehe. tido awal malam tu. suh ayah die jaga Ammar. tapi tak leh tido jugak. g bantai main game kat hp .haha

05-12-11

bangun pagi. dh siap2 nak g kije. bdn rasa tak sihat betui lagi. kena aircond terus la bergigil2 badan tau. tapi gigih jugak g opis. sbb tak sedap pulak asyik la cuti kan? smpai kul 12 cm tu, kepala betui2 pening. g klinik, ambik mc la. balik umah .tido. kipas tak pasang, pakai sweater & sure la berpeluh2. hehehe. bangun kul 4ptg, mandi & solat zohor. kemain lewat solat. huhu. makan maggie. sedap kan makan maggie demam2 ni.hehe. kul 5ptg kuar ambik Ammar kat nursery. terus la melepak je depan tv smpai ayah die balik.

06-12-11

hari ni kan? dh sihat dah..cume de sikit2 lagi sakit kat tekak ni. takpe.dugaan ni ..hehe

ok. tu aje nak cite..:)

Thursday, December 1, 2011

Tentang Dhia


hai..

dh nak balik baru sempat nak update cite kat sini. eh, korang layan tak cite tentang dhia ni? mesti punye kan?? dh abis cite soffiya, kita sambung pulak layan cite ni. nsb baik magrib kemain awal kan? solat dulu baru leh layan kan? sy balik opis kan awal. siap2 masak. msa tu dok tengok ke jam je. takut termiss kaedahnye..padahal duniawai tu je..hahaha.

mula2 sy tak layan sgt cite ni. kemain nyampahnye pulak. kisah budak lelaki yg tak nak masuk kelas darjah 1, lepas tu nmpk girl yg kemain la lawa kununye..eh, alih2 terus masuk n nyembang terus..haha. eh, ada 1 part yg kelakar yg si rafi tu pakai baju kakak die kan & pegi umah dhia.haha. comel lote pulak tu pakai dress.

lepas tu diorg besar & konflik sana-sini. kawin tak jadi la.si azmi tu kena kebas ngan mely..smpai la ni, si dhia dh belah bagi nak pilih sape antara zikir ngan azmi tu. & alih2 smlm, dugaan dtg lagi bila azmi kena tangkap polis sbb ada dadah dlm beg die kan?si mely tu yg buh. ingat nak dajalkan si rafi.

tapi, sy sikit confuse jugak cite ni..

1- kenapa diorg tak marah ke si rafi tu.padahal die yg buntingkan mely. kenapa si mely je yg di persalahkan? pelik2 kann. scene yg mely panjat pagar umah die,oh, kesian pulak nengok si mely tu.

2- mak mely releks je lepas dpt tau si rafi yg buntingkan anak die. tak de pun nak g serang si rafi suh die bertanggungjawb..erm2..

3-eh, si azmi ni tak kije ke? tak de pun g kije..

4- lama dh dhia tak niaga nasi lemak kan? hehehe

tapi si Dhia tu kemain putih kan? dh la putih melepak sungguh. nangis je pulak tu..& zikir pun alahai lembut nye kata2. cair tau ! hehee. eh, si rose dh tak muncul, mna die mengilang..pegi afrika gamoknye beli diamond.hahaha. & si mely tu hebat tau berlakon. real sungguhh! hehe

ok, kita tengok ptg ni cm ne yer kisahnyee.

Wednesday, November 30, 2011

kisah hidup saya 2-3 hari yg lepas..

hai..

lama tak menulis kat sini. ada je ni.tak kemana pun, cume tak de masa nak on9. mula tu nak update kat umah, tapi 'beruk band' kat umah tu dh cm nazak rupanye. nak bukak Fb pun kdg2 jenuh nak tnguu. tgu masa je tu. tak lama lagi nak terminate rasanye. buat ape bazir duit byr bil tapi tak leh nak guna kan?

meh la dgr cite-cite hidup saya 2-3hari yg lepas. hehehee. kan cuti 3hari, so cite pun mgkin banyak tapi gambar tak ada. bukan sbb tak ambik pic, tapi malas menghantui diri.ngeh, ngeh..:P

Sabtu (26.11.11)

- bangun pagi2, duk memikir nak masak ape. wahh. kemain ibu mithali kan? so, suh asben g kedai beli ikan kembung! apa lagi, nak bakar la. lama sunguh tak membakar. bakar ikan kembung 2 ekor,ulam-man n cicah budu. muahaha. best aper kan? lepas tu duk umah aje. sbb asben ade kije-an ptg tu.so, duk umah melayan en. Ammar smpai ke malam..:)


Ahad (27.11.11)

- bangun pagi jugak. lepas tu asben ckp, gaji dh masuk. jom siap2 nak p Seremban! wah..gitew.. kemain smangat kan. sebenarnye nak attend wedding belah lelaki cazen asben. cazen die prmpuan, buat kat kmpung.kami x balik.so, agak tak relevant pulak tak g yg belah lelaki yg dekat itu kan. dekat tak dekat lah. dlm 2jam drive smpai la ke umah pengantin tuh. hujan adalah turun. so,agak terhad la pergerakkan. payung pulak tertinggal. so, pinjam payung sape2 yg berdekatan & boleh la makan kenduri . tpi so-so aje masakannye..huhu . lepak smpai kul 230ptg. lepas tu gerak ke Melaka! pegi rumah adik di area alor gajah. sbb my parents ada kat sana. di sebabkan kami pegi wedding kat seremban tuh, kami dh terlepas nak join diorg g mandi pantai ! huhu. sgt rugi rasanya...lepak smpai malam. malam tengok bola yang kalah itu. :( rugi sbb kita ada chance nak menang. tapi maybe tak de rezeki kita untuk menang lagi! malam tu asben bawak my parents pegi mandi air panas . sy kena tinggal jaga bebudak. muahaha.

Isnin (28.11.11)

-kemain awal bangun ni. sbb biasalah kan ada org tua, kena bangun awal. muahaha. Ammar pun bangun awal. nak sambung tido pn tak leh. siapkan brekst, lepak2 berbincang. best ape,dh lama tak menyembang kan? hehe. tghari tu kami g makan lunch kat umah bakal mertua adik. ehem..ehem..nak bertunang taun baru cina ni..oh. sy nak sponsor baulu yg bentuk ikan tu la..comel lote kan? hehehe. usai makan, sembang2. gerak pegi Mydin! hahaa. malas nak g bandar hilir sbb ujan je. so, jom menyoping dalam mall! adik menyoping barang2 nak wat hantaran. so, sy & emak pun yg jadi ketua memilih. hehehe. kul 5ptg baru kuar & gerak balik rumah . lepak + masak2 & makan2..:) masakan mak kan, mesti la power. walapun lauk biasa2 je. :) kul 9malam, gerak balik Puchong..:) smpai 10-30mlm. kejap aje pun.

Selasa (29.11.11)

sy ambik cuti mengejut! sbb keletihan n sakit pinggang n tak cukup tido.haha. so, melepak duk umah ngan Ammar. tapi tak leh rest jugak. sbb anak ada kan. dok melayan die aje la..malam tu kuar g care4 Puchong beli barang dapur .

okey.tu aje. sekian..:P

Friday, November 25, 2011

happy weekend u all's!

hai..

pagi tadi nak update cite sebenarnye. tapi tak buleh pulak nak upload pic. payah benor la pc sy ni. takpe,nnti buleh cube lagi.

so, kita cite aje la yer ptg2 ni. korang g mana cuti 3 hari ni. lately ni banyak jugak dpt cuti 3 hari kan? nnti masa sultan selangor pn cuti. 10/12 kot. & lepas tu krismas pulak. kije 4 hari je la kita ni kan ?

kami ni tak tau la nk g mana cuti 3 hari ni. btw, ada wedding invitation. cume belum decide lagi ngan asben nak pegi ke tak. minggu ni asben kije malam. so, tak la menyembang sgt. 1jam je kot jumpe. huhu. so, kita tunggu & lihat & kepoci kat blog kan?

okey la. salam Awal Muharam yer semua yang beragama Islam. semoga hidup kita lebih baik lagi di masa yang akan datang .amin.

jumpe hari Selasa ye InsyAllah ..:)

Thursday, November 24, 2011

Masterchef Malaysia : Nik tersingkir

*encem gak mamat ni :D*

hanya kerana salah meneka nama buah duku yang disangkanya langsat membawa malang buat peserta ini dan sehingga tersingkir dari gelanggang MM. pada mulanye sy mengjangka Imelda, namun maybe rezeki die masih ada. Namun, kuat kan semangat anda Nik. Anda ade rupa n bakat, for sure akan dpt jadi chef glemer nnti tak pun, ada la pengarah or penerbit nak jadikan anda artis.:D

tgu lagi mgu depann.

#Zamir, kenapa awak senyum ,cute sesangat tuh!haha

Wednesday, November 23, 2011

MasterChef Malaysia malam tdi (22.11.11)

hai.

mlm tadi decide layan masterchef ni. abaikan je cinta alesya tu. sbb buleh nengok kat tonton. hehe. so, smlm fokus la jugak tengok. hehee

smlm, Ary dh memilih Saiful utk jadi ketua kumpulan biru. Ary memilih kumpulan Merah & di anggotai oleh Syariah, Nik, Zamir, Raymond, Imelda, Zahin, Leena, Brian . Saiful pulak memilih Deena, Felix, Ezani, Wahidan, Kamarudin, Daniel, Zuraidah, Anita. ada kot nama tak tulis. terlupe sudah ..:)

diorg di bawa ke CM untuk membuka gerai kat sana. & yg best tetamu yg akan rasa food tu semua adalah foreigner. kat situ kan ramai foreigner. Food tuk kumpulan biru ialah Mi Goreng Mamak, Popia Basah, Cucur Ikan Bilis, Buah Melaka, Bubur Cacar,Pisang Goreng,Sirap Selasih manakala kumpulan merah ialah Kuey Teow Goreng, Samosa, Cucur Udang, Kuih Ketayap,Sagu Gula Melaka,Goreng Keledek,Air Longan. Pemilihan food ni adalah pilihan kumpulan itu sndiri. Pelbagai aksi la yg boleh kita tengok . smua nye huru-hara. yang Ary tu asyik la mulut pot-pet. maybe itu cara die yg atasi rasa gugup as a leader kan? & ada 1 peristiwa sos jatuh. Zahin yang jatuhkan. huhu. & team biru pulak masalah dekat Saiful jugak . die adalah pendiam & tapi buleh la jdi ketua . at last tu die cm baran kan? sbb food tak siap lagi. dia dh tumpahkan sirap tu sikit atas meja! & nasib baik Deena & Felix ada tolong Saiful.

cabaran tamat & masuk gelanggang semula.

kumpulan biru rasa diorg akan kalah ! tapi...

masa kat gelanggang masterchef tu di umumkan yang food paling laris ialah kuey Teow dr kumpulan merah yang Syariah masak! tetapi akhirnya kumpulan biru yang menang! hanya sikit je perbezaan markah iaitu 3%. sikit je pun kan? tapi kalah tetap kalah. tetap masuk pusingan penyingkiran. masa umum kumpulan biru menang, si K tu angkat Saiful.huhu. sweet je. dah la mamat tu pemalu ajek. & si Saiful tu sokmo sy tengok cium tangan Ary. mybe die hormat lebih kat Ary yang dh umur 40 tuh kan? :)

so, malam ni kita tengok siapa yang akan tersingkir. tengok dr sedutan smlm tu, diorg kena teka nama buah! paling confuse adik beradik langsat la kan? ada duku la..jgn la Zamir yg kuar. nak die lak masuk cabaran chef selibriti pulak! esok sy update yerr. yes! sy penggila masterchef skrg !muahaha. :)

ok. nak tengok cinta alesya jap kat tonton..:D

Tuesday, November 22, 2011

sofa untuk dijual di Nilai



hai..

nak iklan jap..

Mencari sofa untuk rumah anda?
nah, ini la yang terbaik!








3+2+1 plus meja
Berkeadaan amat baik. Beli 2 tahun lepas dgn harga rm1700. tp jarang guna.

Kawasan : Taman Desa Indah, Nilai
Penghantaran: Tidak ada. Kena ambil sendiri. Cash and Carry.

Harga : RM750!
(murah dh tu.cer coll tuk nego lagi, mana tau anda dpt harga lagi murah kan?)


berminat ??

call sekarang sebelum terlambat !

Phone
(Hafiz)

Tahniah buat kontijen negara !



haii..

mcm mana? tengok bola tak malam tadi? semangat giler kann?akhirnya negara kita Malaysia dapat mempertahankan piala emas untuk bola sepak bawah 23taun! Tahniah sekali lagi.

siapa tengok game malam tadi boleh tau la mcm mana kita di asak dengan pemain lawan yg mak aiii, ganas betui main. kecian kat captain selalu jdi mangsa! setelah bermain dalam masa penuh dan 30minit masa tambahan, akhirnya di sudahi dgn penalti dan berkesudahan 4-3! Tahniah!

namun tak lupa buat kontijen negara untuk acara lain2. mendapat 59pingat emas dan mendapat tempat ke4! namun yang pasti 'ibu' emas adalah milik kita!! itu sudah terbaik buat negara kita & berjaya melepasi target. Bangga menjadi anak Malaysia kan?

Skuad bola sepak bawah 23tahun! 


kesian pulak kat team Indonesia kan? bermain dgn penuh tekanan dgn ribuan penonton. kalah pulak tu!


tengok ni..kesian kan? nanges kat tepi pagar. sayu jugak rasa hati









apa2 pun Tahniah buat kontijen negara ke sukan sea! semua adalah terbaik!