carian di sini ye
Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya
Labels
Wednesday, January 21, 2015
Jadual suri rumah sejak anak sekolah
jom menyembangggg !
korang tengah keje, baru lepas lunch kan ? saya belum lunch lagi, tadi on laptop kejap sebab nak buat transfer payment. ni pun kena tunggu Aryan tido. kalau tak, x leh nak on langsung laptop. dia suka on off plug kat bawah meja ni. hahahaha.
saya ada dua anak lelaki. Ammar dan Aryan. Ammar 7 tahun. dah tahun 1 la kan .. si Aryan tu baru 1 tahun 8 bulan.. perbezaan yang sangat jauh la.. dalam 5 tahun kan? susah juga jarak jauh gini kan? penat nye lain macam.. tapi terima la. rezeki Allah yang nak bagi cammana, terima aja..
saya biasa set alarm pukul 530 pagi.. kalau sempat buat tahajud dulu..kalau tak, memang jump terus ke dapur.biasalah kalau dah masuk ke dapur tu, kemas rak pinggan, buat breakfast, siapkan bekal Ammar nak pergi sekolah agama. bekal pagi tadi nasi goreng dan nuget dua ketul dan air masak. lepas tu solat subuh dan load kain dalam mesin basuh. mesin basuh iolls manual tauuu. so, kemain la lama.. nak tunggu boleh jemur tu..
pukul 7pagi, kejut ammar dulu.. mandi, sarapan dan pergi sekolah ayah dia hantar.
pukul 8pagi , kemas rumah ,..bagi makan aryan..siapkan bahan bahan nak masak & jemur kain kalau sempat ..hahaha. kalau tak memang kena tunggu dia tido.
pukul 10 pagi start masak. hari ni masak ayam pedas, sayur brokoli masak lemak dan ikan goreng untuk aryan.. aryan sekarang badan dia naik gatal-gatal. sejak balik kg 2 minggu yang lepas tu memang naik gegatal. hari tu dah pergi klinik. doc bgi antibiotik sbb tangan dia nak bernanah..so, lepas tu dah gatal gatal balik.. just sapu krim herba dan mandi ngan mandian basic H. so far ok sikit la.. tu yang pantang ayam dan telor..la ni tunggu nak beli jerslin oil. sebab kulit dia kering .. tu yang gatal gatal sering ada tu..
pukul 11 pagi. bagi aryan makan.. dia susah makan, tapi cuba juga bagi dia habiskan ..
lepas tu Dhuha jap.. dan ammar balik dari sekolah agama.. time ni memang serabut la.. umah pun dah bersepah balik.. hahaha. bagi dia makan, siapakan dia.. transport datang pukul 1250 tghari...
time ni aryan pun tido dah.. dah kemas segala dan baru nak makan ni..
nanti kita sambung petang dan malam pulak ye !.. babaai semua..
Monday, January 19, 2015
Lirik lagu APA KHABAR, juara lagu AJL29
Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Tuesday, January 13, 2015
update diet 13hb january
huwaaaa!
tak beberapa kental sebenarnya nak diet. haha. jadi suri rumah ni, banyak dugaan . paling dugaan, dengan diri sendiri.
tapi, kena diet juga.
nak kurus jugaaaa!
-------------------
hari ini baru nak USAHA lebih lagi selepas beli baju, baju tu tak muat! oh tidaaak!
wish me luck ok bebeh.