carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Tuesday, October 25, 2011

Jalan -jalan ke ikea

Ahad lepas kami ke Ikea. jalan2 jer & cuci2 mata kan? eh, ni kali ke2 datang sini ! kesian..Sampai sana dh pukul 1pm. agak meramai org kan? nak cari ape entah ramai2 ni. hahaha.

Berjalan2 la kami kat showroom tuh. wah, kemain mahal eh brg2 ikea ni. tapi lawa sesangat. so, berangan la kan. nak deco gini-gini nanti kalu ada budget kan? kehendak je semua ni.muahaha. :P

Sampai ke tempat living room. sofa2 nye empuk sgt. semua org pakat lenjan je sofa2 ni. kami pun ape lagi kan? konon2 nak test. yang diorg berdua duduk ni, sgt bekenan ler. lembut je sofa ni. kayu pun cm utuh je. berangan ni nak buh kat ruang menonton tv. best sbb boleh baring2. :P tapi tengok harga.mak aii. rm5k tuh! pengsan kejap.










Ammar ni 1st time dtg sini, so agak menjakun la sgt kan? nape tetibe banyak sgt sofa2 ni. tu yg die pakat duduk smua kusi yg ada. haha. lantak pi la kan?bukan org marah pung.

ni kat ruangan bilik tido pulak. cantik2 je deco dlm bilik kan?patut ramai org dtg ikea. idea deco tu die bg sekali kan? so, tak perlu nk pening pala, just pilih je..

sedap sgt die main ngan kwn atas tilam ni. kena mrah sekali, turun kejap. lepas tu main balik. eh, budak2 lain pn gtu jugak. ada la yg behave duk je dlm troli ! bagus..huhu

tengok jam dh pukul 3pm! masa turun kat bawah,Ammar ada sebut nak susu! tapi sy tak bawak pulak susu nye. kecian ke dia. ngantuk dh tu. penat sgt duk melenjan kat showroom kan? so, pegi balik naik ats, belikan air dulu. lepas bayar2 nanti, baru rush ke parking n buat susu. kesian. next time kena standby!

eh. bayar?

beli apee?

tak de la brg2 mewah sgt pun. under rm10 je! haha..





frame : rm5.99/3pcs & s shape tu rm5.99/5pcs


tempat buh plastik tu rm9.90. ada warna putih & merah

eh,. tapi kan tu bukan yg buh plastik.ada lagi 1 tu yg tinggi kan? tapi kami hentam je. asal cantik..haha. tu sepatutnye kena tampal or hang. tapi belum sempat lagi, sy dh gigih g sumbat plastik dlm tuh. haha.

kuar Ikea kul 3-50pm cm tuh! terus lunch kat Sambal Ijau kat Penchala. dah pukul 4pm kan? ape la yg ada, tapi makan la.dh lapar kan? :)

next time nak dtg lagi! nak merasa meatballs yg glemer tuh. eh, halal ke idok menda alah tu?

tu je nak cite..esok cuti kan? ke mana korang?? :P

Contest Mari Berpantun Bersama YUI


join di sini



ini pantun saya yerr :D

Sungguh gembira di samping si dia,
Melihat pulak cincin di jari,
Hari lahir hari bahagia,
Senyum simpul sepanjang hari,

Bunga2 harum baunya,
hati2 nanti terkena duri,
wahai cik YUI kami bertanya,
dapat hadiah apa tahun ni?

muahaha. tak reti sgt. tpi boleh la nak mencuba kan?

selamat hari lahir cik Yui!

Monday, October 24, 2011

2intim8-contest-hadiah-keseluruhan

Jom tolong Nana & kawan2 dlm contest Safi ni..hadiah menarik menanti anda smua!

tetiap hari sy tolong vote yer.:D


Klik di Sini tuk join

Happy besday to me!

*google sudah! *

24.10.1981 - 24.10.2011

kira sndiri bape umur ku! muahahhaa.

meh nak wish pada diri sndiri. puas dh baca wish besday kat Fb. oh, best jugak ade Fb kan? ramai org wish kan? sakan la menaip wall thanks. suke-suke. terasa diri di sayangi gtu! :P

1- semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saya

2- semoga Allah permudahkan perjalanan hidup saya

3- semoga Allah lebih sayangkan saya dgn murahkan rezeki *saya nak kije lain.:)


itu sahaja!



Friday, October 21, 2011

Drama Tv kegilaan saya sekarang



Assalamualaikum..


Salam Jumaat semua. Semalam sy mc, atau cuti sakit. demam la ..:) tapi ni dh okey sket & boleh dtg opis mcm biasa.

oh yer, ni nak cite drama2 tv kegilaan sy sekarang. kegilaan yang bermaksud kena tengok. kalu tak tengok, meroyan jadinye. & nsb baik la isi rumah okey je bile tengok cite2 ni semua.



tempat pertama jatuh kepada





# cinta elysa!

suke sangat sbb story line nye mcm penuh suspens. tak leh nak agak cm ne endingnye. setakat tarikh ini, Aril di halau dari rumah oleh Maksu nye. lepas tu Aril bwk Elysa lari sekali. suspens kann? :) w/pun nympah ngan gosip cinta si Fasha tu tapi admit la yg die berlakon mmg power kan?



tempat kedua jatuh kepada :-




# Soffiya!

suke pada mulanye. kisah yang die kena raped ngan ayah sndiri tu kan? & suspen nye skrg ttg antara die ngan Elyas tu duk 1 umah. tak boleh bygkan sbb Elyas tu mmg ada hati lagi kan ngan Soffiya & skrg Fiona tgh nak selidik latar belakang si Soffi. cm ne la endingnye nnti. tak mo la ending yg biasa2 jer..nak yg luar biasa..hehe




tempat ketiga jatuh kepada :-




# Jiwa & Lara

cite ni tgh malam. so, mmg banyak hari la termiss. tapi boleh tengok kat tonton! skrg cite ttg Zaman dh dpt skit2 balasan atas apa yg die dh buat 30tahun yang lalu. suke sgt membunuh org sana sini kan? skrg terima la akibat! :) eh, si Lara tu tk mati lagi eh. pelik pulak tuh.:) tak pe, kita tgu endingnye nnti yerr



tu aje kot wat masa ini. tapi kan ada 1 cite yang glemer jugak, tapi sy tak pernah tengok.tak suke kot. nak tau cite ape?

















nah !












memang tak minat la. korang minat? korang layan cite pe skrg ?

& hari2 selebihnye tu layan CSI la..:)




Tuesday, October 18, 2011

Ibu, Allah hu Akbar!

Assalamualaikumm..

Lama tak menulis kat sini. eh. lebih kepada menaip la kan? skrg dh jarang dh menulis. semua pakai type jee. nak tulis list barang nak beli kat supermarket pun type dlm henpone. & believe what yang saya tulis diari pn dlm kalendar hp! not diari la. just something happend on that day..:P

okey..Ahad lepas tuh, tak tau nak kemana. so, Ammar bangun tido je. terus sound kt Ammar, cepat mandi, kita naik kete! ayah die diam je..haha,. ibu yg over. siap2 semua..naik kete dah.



nak kemana ni??



entah..


nak kemana ni?



pegi je la mana2..hehehe



ke Shah Alam sudah la..:)



smpai je dekat round board yang ade masjid tu. terus ambik hp nak capture apa yng patut kan. beno nye bosan.sbb nye banyak kete. tapi si anak dh rampas hp tuh. tu maksudnye die nak snap la tuh. biasa la dh terer la kununnye.tpi selalunye ke laut je ambik pic entah ape2.


ibu,Allah hu akbar! .*terus ambik pic nak snap..

ibu..* bg hp kat ibu


wahhh. cantikk!










nak tengok?




















ni sy dh zoom kan sket.

ada bakat jugak die ni! hehe.


dh kedepan sini, die tanye mana Allah hu akbar? dh hilangg dah... suke sgt kan? dia kan suke tengok azan kat oasis tuh. tapi lately ni asyik nak tengok baby tv je kijenye..hehe


tu jer nak cite..hahahaha


*hujan sesaja hari ni..dh sejuk bangat dh ni..:)


Friday, October 14, 2011

training di Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikumm..

kami mmg selalu pegi taman tasik kat cyberjaya ni. dekat sgtt! kan dri Taman Putra Perdana tuh dh ade 1 jalan dalam kan? so, mmg dekat gile la kalu nak pegi cyber & putrajaya! so, ptg smlm g sana lepas ambik Ammar dr nursery. ayah Ammar smlm mc. so, pegi sana la boleh ambik angin petang kan? tapi ayah dia dh siap bgtau, if nak pgi main kat playground ajak ibu, ayah tak larat . muahhaha. tak ape, i ok jerr! :D

eh, tajuk training kann? training apee?




ni hah. training pakai selipar yang tak de support. maksudnye, yang tak de tali kat belakangg. dh umur nak masuk 3tahun baru train! huhu. tak ape, biar lambat asal selamat!

training boleh la di katakan berjaya jugak. dh boleh control kaki tu supaya selipar tak tercabut. tapi ada jugak 2,3 kali tersadung ..lepas tu cover balik, suh pakaikan semula. & ada terjatuh sekali sbb terlanggr jalan yang tak rata. mcm biasa, dia akan salahkan jalan. haha.



tapi nak main kat playground ni kena bukak selipar. suke sgt die main kat sini. cm gaya nak bawak kapal kann?

dh nak magrib, jom kita pulangg. tapi mcm biasa, die tak nak balik.

Ammar, jom balik!

Tak nak..

Jom, ibu nak beli kek

kek happy besdy to tuuu

okey2..jomm



dh kena singgah care4 sana beli kejap kek nyerr

die suke kek tiramisu tuhh rm4 saje 1 bekas comel tuh!



Ammar, ibu nak sikitt.

ibu tak adaa..

nak la sikittt

okey *ambik sikit je suapkann.



kalu dia dh suke kann? mmg jgn harap la nak mengecek!

:D

Wednesday, October 12, 2011

Resepi Sambal Sardin simple

goggle




sesimple mcm mana???



sy main campak2 jer.



cer tulis..nak tau jugakk!!


okey2 nak tulis nih..



get ready!


bahan2

1- 1 tin besar sardin cm ayam brand
2- 1 labu bawang besar
3- cili padi - ikut suke
4- kunyit hidup -sikit je
5- 2keping asam keping
6- air -1/2 tin
7-garam + gula


cara2..

1- potong bawang besar
2- tumbuk lada + kunyit hidup
3- panaskan kuali. tumis bawang smpai kuning
4- buh bahan tumbuk smpai wangi
5- buh sardin, gula, garam, air & asam keping
6-slow2 kan api. & rasa . dh best tutup la..:D



senang kann?


rasanya pun sedap. betui. tak tipu


idea : dr kawan jugak. sy cube2 & cm sedap je & teruskan la cm gini je..


Tuesday, October 11, 2011

ke Kuantan



kami ke Kuantan hari Jumaat (30.09) yg lepas. lepas solat Jumaat, gerak pegi umah PIL.sbb diorg pun follow jugak ke sana. tidor rumah abg ipar di Taman Indera Sempura, Jalan Pekan. ni kali ke2 la pegi sana. smpai sana kul 6ptg mcm tuh. dlm 2jam la dari rumah. Ammar membuta je sepanjang2 perjalanan tuh. lenguh semacam meribanyerr.smpai2 je makan nasi impit..sambil2 nak beraya la kununnyerr.


pegi sana pun dgn 1 tujuan je. g repair kete! iyerr..jauh2 ke sana sbb nak repair kete saje. sbb abg ipar ni mekanik. mmg terer repair kete. so, buat ngan dia.lebih percaya + jimat. cume beli spare part + duit upah sikit. dh settle.

so, Sabtu pun tiba. kul 8pagi diorg dah start buat kije repair kete. repair kat bengkel sana. kitorg kat umah ni membosan tak yah cakap la. tgu dan tgu je bila diorg nak siap repair kete. tapi dh get ready dah diri sendiri yang akan tau mmg akan menunggu punye kan?so, tabahkan hati je.smpai kul 10malam la diorg buat kije..lamaaaaaaaaaaaaaa sgt kan?malam tu duk umah je sbb diorg dh penat kan? kesian pulak nk ajak keluar2 pun kan? ikut hati, nak je ajak diorg pegi lepak TC. tapi x smpai hati tu la..haha

Ahad pulak pegi wedding kawan dekat Pekan. kawan abg ipar.kami follow je la. dlm kete ni tak yg cakap la, Ammar ngan Dijah (anak abg ipar) bergaduh aje kijenye. berebut ke entah apa2. Si Dijah suke merengek2. yang Ammar ni ganas tau. main lepuk2 je budak tuh. huhu. kat taska ni mesti la ketua buat org kan?

lepas wedding tekak dahaga kan? jom makan tutti frutti! it was my 2nd time. sedap tekak sejuk2 kan? tapi ambik sket2 je. kang memahal pulak kan? tapi dpt makan 2,3 suap je. sbb ada org lain yg konker.muahaha. :)



nnti kita g makan lagi yer.

lepas dh sejukkan tekak, jom ke East Coast Mall! ni 1st time pegi ni. jakun la kejap...hehe. best jugak lepak sini. besarr. masuk kedai sana, sini ..smua la..Ammar, jgn ckp..die mmg suke bab2 berjalan. bukan takat berjalan.berlari pun suke. semput tau nak kejar! jumpe 1 kiosk jual mainan, nangis2 nak. tapi kitorg saiko lebih.ckp rosak je..selamat! haha.

lepak kejap kat tepi ni hah. makan biskut famous amos. lepak, tengok gelagat org ..haha

*dah besar kan nampak dia ni. apesal putih ni.mak kau itam ..haha



**bebudak tak pandang pung..


dh nak masuk margrib baru keluar dr Mall ni..best, lenkali buleh lepak lagi..:)

lepas Insyak, gerak balik Pahang..

percutian yang panjang sket kali ini. penat tapi bestt!

Monday, October 10, 2011

Balik kampung makan durian

musim durian dh habis kan? tapi durian ni special sket. muahaha. sbb dh hujung2 baru dia muncul. hr tu mak coll.



ayah suh balik kampung kalau nak makan durian! *gitueww! ganas tul mak saya kan.

okey2, Jumaat ni balik * kata saya

ok.bai, nak tepon ina, za, abg... (adik beradik semua) *terus letak..muahaha.

so, khamis malam bergerak la balik. kul 12mlm baru gerak. gile kan? kul 3pagi baru smpai rumah! smpai2 je, tengok mak dh stanby bukak pintu. kuat betul pendengaran mak saya kan?

tido kul 3pagi, bangun kul 8..tak boleh nak tido dah.mak dh bising bersembang ngan jiran..huhu.

bangun2 pagi. terus bg cadangan nak pegi ladang sawit sbb nak makan durian kat tepi pokok. eh, durian dlm ladang tau. sape anak felda, tau la goner rupanye ladang sawit ni. kalu kecik2 dulu selalu la tolong ayah kutip buah relai ni. lepas tu dpt upah kan? suke-suke. skrg dh tak de. smua dh serah pada Felda yang buat. ayah pun dh tak larat ler nak usahakan ?



huduh nye muka saya! *kepenatan naik motor g ladang.



si kecik berpeluh2 . duk sibuk nak kutip durian!


1st time masuk ladang kann?



durian di atas pokok!



banyaaakk nyerrr!



makan smpai pengsan! muahaha. :)


lepas solat zohor hari tu gerak pegi Kuantan! nnti sy update citenyerr

Friday, October 7, 2011

Kerana Baby tv



baby tv kat astro tu dah tamat free nya kan? tapi masih ada smpai 5Oct baru ni. kul 8pagi macam tuh, terus unavailable, please contact ... as-sudah. masa tu Ammar tgh layan tv smbil minum susu. terus die tengok kat luar, kot2 hujan kan? ater, kalu hujan terus gelap kan? terus mengamuk.nak baby! nak baby! aduhaii. cm ne ni?

langgan je la - kata ayah nyee.

okey la. ambik phone coll astro terusss

okey! sudah..layan la Ammar weh. kata sayang anak kan? anak org lain ada ipad, ps2 la macam2. ni ibu mampu rm5 sebulan sudah..eh, kalu lama2 smpai 5-6 tahun, sama jugak dok.? eh. tak kan 5-6 tahun lagi, die nak baby tv lagi ! tak la kan? huhu

korang langgan tak?

tapi limit smpai kul 9malam sudah. lepas tu ibu kau ni nak tengok cite2 die pulak..:) eh, tapi cite soffiya kul 7 tu kadang2 boleh tengok gak..hehe

ok, total kena bayar bulan2 kat astro rm45! ambik family sudahh.

Thursday, October 6, 2011

meh tengok ni. anda yg mana 1

WANITA?? ANDA YG MANA?

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
... d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
...
WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah



anda no yg mana?

saya api!

hehehe. kebetulan ada yg sama pulak tuh..:)