carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Wednesday, October 24, 2012

Nangis2 pergi sekolah dan tibalah konsert day!

Assalamualaikum...

Alkisahnya, sy belum atau tidak pernah lagi kan cerita perkembangan  Ammar bersekolah ni. ok, meh sy nak stori mori ok.  Bulan 6 selepas cuti sekolah hari tu, sy telah decide nak hantar dia ke tadika terus. sbb ada la hal yg sy sentap ngan pihak taska. terus membawa diri n nak daftar dia terus g tadika. so, servey la mana satu tadika berkenan di hati.. at last sy decide sekolahkan Ammar dkt tadika yang namanya Gemilang Kids ini. tak jauh dri rumah n silibus pelajaran pun ikut sukatan pelajaran malaysia la kan..n yang penting fee nya pun lebih kurang byr kat taska. so, mari kita cuba..

sy try masukkan awal iaitu masa cuti sekolah 4hb june 2012. sewaktu umurnya masa tu baru la 3tahun 6 bulan gtu.. 1 mgu tu cuti sekolah , dia ok la.. cm duk taska la kaedahnya..

so, bermula la seisi persekolahan penggal ke 2. iaitu 11hb june 2012. pagi Isnin tu ayah dia hantar. so, cm biasa dia excited la nak g skul. tapi... bila ayah dia nak balik. dia menangis.. tp ayah dia balik jer. pas pada ckgu la nk pujuk cm mana. kebetulan kawan pun ada hantar anak dia sekali. dia ckp Ammar nangis. tak nak masuk kelas. ok, hati dh tak tenteram.. dlm kul 9 pagi. sy pegi jenguk kejap.. dh masuk kelas, kata guru besar. ok.so, ok2 je la..

jgn tak tau..1 mgu tu dia mmg x nak masuk kelas.. akan menangis je kalau dh sampai nak g skul pagi2.. tp sy wat tak tau je.. lepas hantar je, balik terus..pandai2 la ckgu nak arrange cm mana.. masuk opis, sy google la. cm mana nak bg anak tak nangis. boleh g skul ok je kan.. n cm mana nak lembutkan hati anak. lepas tu jumpa la mcm2 tips. n sy ambik n print siap2. ada surah2 seperti ayat Toha, doa nabi Daud. n mcm2 la.. so, sepanjang 3 mgu bulan june tu sy tawakal. sy amalkan semua bacaan surah tu.. & Alhamdulliah..masuk bulan July, dia ok. dah boleh senyum2 masuk tadika. & nak masuk kelas la.. sy x kisah dh masa tu cm mana dia belajar. yg penting nak masuk kelas. dh masuk kelas, pandai2 la kan dia belajar mcm mana..

4 bulan pun berlalu.. Exam final year pun tiba. awal bulan 10. masa second day exam, sy hantar..ckgu kata di nangis masa nak jwp exam. oh ..sy syak, 1st time agaknye ada exam2 ni. tentu cuak kan.. btw, Ammar ni mmg sgt2 pemalu okey. n manja pun ye..haha. so, sy terima dia seadanya..nangis2 ni sy dh biasa..

21hb october yang lalu, tiba la hari konsert la kan.. buat kat taman tasik cyberjaya. kat pusat komuniti kat situ. ayah dia hantar. sebb kena dtg awal sejam.. n nak tau, dia pun nangis.. hahaha. ayah dia pun just bg je kat ckgu.. semua student ada buat persembahan. so, kelas 4 tahun akan buat persembahan pentomen alam fauna n flora. sy di beritau dia jadi burung. sy dh cuak.. sy takut dia nangis ata stage. setengah org akan ckp, ala ok punye kan.. tp sy kenal anak saya. sgt kenal.. so, tabahkan hati.. n tiba la saat dia buat persembahan.. agak pemalu tapi well done! tahniah untuk dia sbb ada confident diri tuk jadi burung. walpun ada malu2 tu tp bg sy, sy cukup berbangga ngan dia..

ada 1 lagi buat sy sgt2 terharu n rasa nak nangis ngan dia.. sy tak sangka sgt..

tgok pic ni ...

dapat piala for subjek terbaik dlm final exam.. subjek sains 4 tahun..:D 

persembahan 4 tahun.. Ammar pakai topi agry bird belah kanan.
masa mula2 persembahan.
ni sy ambik kat fb tadika dia. sebelum tirai di buka.

pengalaman sy selama 4 bulan ni sy akan simpan betui2 n akan praktikan di sekolah rendah nanti. Ammar yg sy kenal sagt2 pemalu n akan tidak selesa di tempat baru.

tahun dpn dia 5 tahun. banyak lagi aktiviti, sy berharap dia akan kurang kan sikit pemalu n akan jadi lebih berani. ibu akan support kamu okey! sy tak harap dia dapat no 1 ke apa dlm exam.. tapi ckp la dia nak belajar n hormat pada guru n kawan2. itu yg lebih penting..

sekarang sy lihat, setiap malam mesti dia nak belajar. sy yg jdi pening..sbb nak buat tuk yg dia  x belajar lagi..haha.

doakan Ammar ye kawan2!

bai.. selamat hari raya haji yer.. :)

Monday, October 1, 2012

Pengalaman saya membeli rumah

Assalamualaikum..

Saja nak share pengalaman saya dalam urusan membeli rumah. Rumah yang dibeli adalah rumah terpakai yer kawan2. dgn kata lain, 2nd hand house..:)

Seawal tahun 2012 kami dah cari2 rumah untuk dimiliki. Akhirnya kami dapat tahu seorang owner di kawasan apartment nak jual rumah dengan kadar harga yang boleh dikatakan murah. sesuai dgn pendapatan bulanan la kiranya.

Kebetulan pula, jiran lama dh cuba seminggu awal proses pembelian rumah ni. so,senang skit la kan.

01-03-2012 : dapat contact dr jiran tu suh col Mr.Eric Cimb Cawangan Bukit Nenas. Btw, kawasan apartment kami ni hanya diterima oleh bank CIMB sahaja. jgn tanye kenapa...hahaha. so col Mr. Eric ni. ckp nak buat loan bla, bla..so, dia suh sediakan dokumen semua (dokumen biasa seperti slip gaji 3 bulan, statatement bank 3 bulan, pengesahan majikan dan statment epf . so, kami buat 2 nama. so, dokumen setiap sorang kena sediakan la. )

05-03-2012 : ambik cuti 1 hari atas tujuan nak ke CIMB n submit dokumen2 untuk apply loan. isi form semua n just tgu katanya.

08-03-2012 : bank col asben. katanye loan dh approved! yeayyy. gitew.. cepat kan. so, dia suh dtg tuk sign offer letter .

14-03-2012 : ke CIMB Bukit Nenas sekali lagi untuk sign offer letter.

23-03-2012 : Org CIMB call katanya nak dtg rumah nak buat evaluation. tapi dia just tgok kawasan rumah je. x jumpa pun.

03-04-2012 : Sign snp n loan aggrement di pejabat lawyer pukul 11pagi. oh ye, kami buat sekali kan je lawyer snp n lawyer loan. senang sikit rasanya..lepas tu lawyer nak no income tax LHDN. sy mmg tak de, so g LHDN Shah Alam. just isi form n dpt kan nombor kat kaunter. tu je. Call balik lawyer n bgtau no income tax. :)

16-04-2012 : start dh col lawyer, tanye progress. katanya snp belum siap . sbb seller duk nun jauh di Kelate. so, kena pos bagai..takpe, kita tguuu.

23-04-2012: col lawyer lgi..ok, snp dh siap katanye. . tgu nak stamping n dptkan surat dr pemaju ( urusan nk kuarkan KWSP )

07-05-2012 : g KWSP. hantar form nak keluarkan duit...yeayy. leh kuarkan 20% dr harga rumah. so, if nak kuar suami isteri. tambah2 dua2 nama n x leh lebih dr 20% la. masa nak keluarkan kwsp ni bawak salinan ic, snp & surat dr pemaju. yang mengatakan kita dlm proses nak beli la. takpe, tu lawyer punye kije la. :) dlm 2 mgu dh dpt duit nya.

06-06-2012: owner dh bagi kunci rumah ! yeayy. kalau ikutkan x leh bagi lagi..tapi cm ne dia percaya kan kami ni..so, dh start wat renovate bagai.. ala, renovate simple2 je. umah lama x ada tiles lagi..so, buat la kan..

24-06-2012 : pindah rumah baru !

01-07-2012 : start membayar loan kat bank! :D

nampak simple je kan prosesnya? the key is must followup lawyer! no excuse. itu kije saya..hahaha. Alhamdulliah ...

meh jemput dtg rumah...tp simple je rumah nye..cukup la tuk kami .:)











Friday, September 14, 2012

Kurus sket kot





dulu - bulan 5 2012




sekarang - bulan 8 2012

kurus la sket kan? tapi b4 tu pic duduk. kang sy cari or ambik gambar duduk k. :P tapi leh tgok kat pic raya sy ada gak duduk.

hasilanya berkat diet kot. n ada la exercise sket2. no product or magic pill. semua tu merepek kan? tapi kalau u;lls ada budget lebih, silakan..cpt sket kot kurusnya..

n now time for maintain..tapi ni yg payah actually!

takpe..yg penting diet tuk seumur hidup. bukan diet kot..its more to lifestyle..

makan nasi gak but cube control portion k!



Raya 2012

salam ..


Syawal dh nak habis, baru la nak up gambar raya kat blog kan?

Cm ne raya u'lls taun ni? best ke idok? mesti la best kan..boleh makan2 dgn jayanya n dpt balik kg jumpa family n sedara mara kan?

Taun ni kami cuti lama gile kott. 2hari b4 raya tu sy paksa rela cuti. sbb tadika Ammar dh start cuti. eh, bukan 2 hari..1 hari tu khamis kot, sy bwk dia dtg opis. jumaat je la cuti. balik kg malam tu..n balik kampung adalah jem tak hengat..start dr Gombak jemnya..Masuk gombak kul 12-30malam n dpt la 30% less tol by t n go kan? smpai2 rumah nye dh boleh sahur..pukul 5 okey! tapi seperti biasa driver aka ayah Ammar la jdi hero x tido..haha. tp esok nye tido smpai 12tgari okey! tapi x mengapa di maafkan..hahaa

raya pun raya la..balik kampung, g umah sedara mara. balik umah mertua, buat BBQ, n tiba masanya balik KL.balik rumah terus timbang. dh set dah..mesti naik ni..almaklumlah makan tak hengat kan.. n sah. naik 3kg! kah kah .. lepas tu terus cover puasa ganti terus..hahaa.

ok tu je la..

nah gambar raya..sy dh cantum2 kan..ambik yg lawa je..hahaha.








jumpa lagi di raya 2013!

Thursday, September 6, 2012

rajin nya ..

salam ..

selamat hari raya semua! masih belum terlambat kan...

pagi ni ada masa free sket ingat nak update la blog. tengok draf. sbb hr tu dh siap2 masuk kan pic raya dr ipad. tapi sekali tgok pagi ni tak ada. maybe line hr tu slow & x dpt nak save. tapi x apa, ni ada la gambar sket nak cite kan..

ammar dh makin besar. bulan 12 ni dah 4 taun. dh besar kan. dan soalan berkenaan bila nak dapat adik tu dh jadi hot topic pun. tp tak apa kan. itu kerja tuhan. siapa la kita nak menidakkan takdir Dia kan? ok, back to Ammar ye. makin besar, makin la mcm ragam. dh terdedah dgn persekitaran tadika ni lagi la. mcm2 yg dia try nak buat.

ini salah satunya..









melipat seluar dalam!


seluar dalam dia kan comel2. kecik2 je..senang la nak lipat. tp make sure ibu yg betulkan dulu. n bentang kat dia suh dia lipat. 2,3 langkah dh siap.tapi x reti nak susun tinggi2. just susun sebelah2. tak ape la.kang jatuh pulak.haha.

lps tu gigih la dia ambik satu2 letak dlm bakul dlm almari dia. gud boy la kan. tpi dalam bakul tu kena adjust balik. dia pakai letak je..haha.

tu je..:P

nnti sy buh pic raya ye..tpi kat Fb dh banyak dh tunjuk :P

Saturday, August 18, 2012

Pengumuman Penghantaran Cookies : Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Taman Equine

Assalamualaikum..

Pengumuman Penghantaran Cookies!

Seperti di taun lepas, saya akan buat special delivery di area2 yang tertentu sahaja. so, taun ini saya akan meneruskan aktiviti ini untuk memudahkan anda semua mendapatkan cookies sedap ini!


Choc Chip Cookies
harga:rm12
qty : 70pcs



Double Choc Chip Cookies
harga:rm12
qty:70pcs


1) Sekitar Bangi, Kajang & Taman Equine


Hari :Ahad, 12 Ogos 2012.
Tempat pertemuan :
Bangi :Petronas jalan Reko (sebelah downtown Bangi)
Taman equine : di rumah anda
Masa : Tengahari/petang
Minimum order : 5 balang


2) Sekitar Putrajaya & Cyberjaya.


Hari: Isnin, 13 Ogos 2012
Tempat pertemuan: di Ofis/rumah anda.
Masa : Pagi / Tengahari.
Minumum order : 5 balang


Tarikh tutup order pada : 31 July 2012

Sila call/sms saya di talian 013-2350359 (zana) untuk keterangan lanjut.



Friday, August 17, 2012

Jualan Murah Cookies datang lagi ! dan ada perasa baru !!

Home Made Choc Chip Cookies











tengok gambar dulu kasi terliur yerrr!!

ada dua perasa

1) Choc Chip Cookies ( biasa)
2) Double Choc chip Cookies ( ditambah Coco)

saya nak jual murah2 jeee.

sangat rangup dan sedap! kanak2 pasti suke makan! boleh di jadikan juadah tuk tetamu di hari lebaran akan datang ini!

apa yang anda dapat dengan rm12?


1/2kg bersamaan 70++ pcs home made choc chip cookies !!

berbaloi2 kann?

boleh order sekarang!

order lebih 5 balang. sy boleh antar di area berdekatan seperti Cyberjaya, Putrajaya & Puchong

call

zana : 013-2350359

tq!



p/s :

kepada customer lama ( yang pernah beli dgn saya), yang perasa original sama mcm taun lepas iaitu rm10. yang perasa double coco tu rm12. tq!

Tuesday, August 7, 2012

Lampu lip lap

Baru merasa tahun ni nak berlip lap kan?

Tuesday, July 31, 2012

Helmet angry bird

Salam...

Dh kepoci kt fb, skrg nak kepoci Kat blog pulak.haha.

Anak dh besar beginila,apa yang ibu ayah ada, dia pun nak jugak. Tapi x
Leh salahkan dia sbb tuk tujuan keselamatan kan, walaupun naik motor tu masa g skul je pun.hehe.

Pegi beli kat bengkel moto je, tanya dia nak yang mana, terus tunjuk yang angry bird ni. Boleh la. Rm25 . Beg sekolah, pencil box pun angry bird jugak tau. Lepas tu almari baju pun sama.haha.tp almari tu warna biru cair. Lawa sgtt.hehe.

K la, ni gambar semalam. Beli
Hr Jumaat lepas. Ni first time la pakai. Ayah dia hantar g skul mgu ni.hari ni ujan, tak dapat la naik motor.hehhe

Friday, July 27, 2012

Menu semalam

Hai...

Cm ne pose?.hehehe. Saya dh start ponteng dah.huhu.x best betui sbb asyik lapar.hahaha

Oh ye..semalam sy masak ni untuk lauk. Ayam bakar berempah bersama sayuran.ceh, nama..hahaha.

Ni belum masak lagi. Tgu 20minit baru siap. Nak masak ape ye hari ni.ikan bakar pun best kan?

K la. Selamat berbuka

Thursday, July 26, 2012

Ammar kena cicken pox @ demam campak

Salam semua!

hari tu kan kami cuti seminggu tau. Ammar cuti tak g sekolah 1 minggu. sy cuti tak g kije 4hari kot. lagi 1 hari tu asben cuti. lps tu sy ambik cuti direct la smpai jumaat. lepas g-talk ngan bos..kiki. main gtalk je skrg ..senang ..:P

cm ni..pg Ahad (15.07) tu dia bangun..so, nak mandi la kan..bukak baju, asben notice ada biji2 naik. ada air.sah! kena ciken pox..so, asben g beli air kelapa..so, minum la dia.pas2, g jalan. balik rumah..mak aii. dh banyak naiknye..yg biji2 pg tdi tu, dh meletup.so, g klinik..doc bg ubat demam, ubat tahan gatal & ubat sapu botol merah tu..

ok, isnin..kemain lagi banyak naiknya..so, duk rumah je la kami..makan pun masa tu ayam goreng pedas. sbb dia suka tu aja. sy bg makan kicap sket..lepas tu baru tau yang ciken pox kena pantang kicap! as-sudah..mintak2 la x de ape2, bg sket je pun.

smpai la hari khamis..dh kering sket. x de dh biji2 ada air. so, malam tu balik kg..hahaha. bosan kot duk rumah pg ke malam kann? nak keluar malas.cian tgok dia pakai ubat sapu tu..putih je sana-sini kat muka.

sy ada la google petua2 kan.suh mandikan air oat- ye, sy buat..oat kan melambak. suh mandikan air basuhan beras- ye sy buat..hasilnya.kita tgok nanti, kesan2 tu hilang ke idok. skrg dlm proses nak hilang la kan.


skrg dia dh kurus sket tau..berat dlm 15.5kg ajee. :( * biar la ibu sorg je nak turun, awk naik ye..:D




wajah selepas. Selasa (24.07.12)



ceria kan? senyum jeee.



nak tgok wajah sebelum??

comot sgttt!





tapi gembira,sengeh jeee. hahaha.

Wednesday, July 25, 2012

alat bantuan memasak di bulan puasa

salam semua!

dh lama kan sy tak update blog dgn menceritakan kehidupan seharian. maaf ye. cm ne puasa korang? sy ada ulser kat lidah ni.mak aii, sakit nye la nak makan. tp makan la jugak. kang lapar cm ne?

ada masa sy share kan juadah berbuka ye.

oh ye, skrg dh rajin sket nak masak secara bakar. bukan bakar kek tau. bakar kek sy sgt tidak arif. makan pun x bape nak suke sgt la ni.ni bakar ikan/ayam/ apa2 aja la yg sedap kan ? rasanya semua tau kan..











tadaaa..



grill berkembar.

ada org panggil pemangang ajaib...ajaib la kot.sbb leh tutup n senang masak lak tuh. asap2 pun tak da, bau pun tak de.haha.

sy beli secara on9. rm139 masa tu. sales hari ibu rasanya.see,lama kan? bulan 5, tapi dpt nye hujung2 bulan 6. huhu. lama kann?


so, start hari tu asyik la bakar2 je..sesuai la tgh mode diet kan?

ok. bai..:)

Tuesday, May 22, 2012

rewards

google

rewards tuk diri sndiri la kann? :P

Monday, May 21, 2012

5kg



gambar hiasan



Yeayyyy! berkat diet n exercise lite2, akhirnya berat dh turun sket! dlm 5kg ok la kann? start diet ni sebulan lepas.

next sy share kan rewards nye...:D

10kg more! yeayyy. :P

Monday, May 14, 2012

Jiran

Salam semua..

sorry la lama pulak x update kann? sibuk sket ..hehehe

tgh sedih skrg, sbb jiran sebelah rumah dh pindah rumah baru dia. actually, kitorg sama2 beli rumah hari tu. tapi dia punye owner tu kawan baik. so, x kisah la dia leh bagi kunci awal. kitorg nye kena tgu smpai hbs proses la. la ni, dh ada org baru masuk dh rumah tu , dgn kata lain dah dpt jiran baru la kan? tapi cm x best je..huhu. 

tak pe la, lama2 nnti okey la kott. tapi still rasa tak best, sbb pintu depan kami dekat je. dalam 2depa aje kot. kalu dulu, selalu nyembang. skrg, diam aje..huhu


Ni aktiviti setiap hari Ammar di waktu petang balik dari taska. Turun je dari kete, kawan aka anak jiran yang dulu dah get ready. skrg kesian la kat dia. tak de kawan dah ..huhu


k la semua. jumpa lagi !

Saturday, May 5, 2012

wajib main kalau lalu kat area sini




sape tau kat mana angkat tangan!!!


sy kan duk Puchong, so IOI Mall ni memang dekat la di hati. dulu2 masa sebelum Jusco masuk sini, mmg sunyi aja pun. g sini pun takat tgok wayang n main game. masa dulu2 la b4 kawin. la ni, dh macam2. bersambung2 dh kann? banyak outlet yang dah di buka & banyak la pilihan kann?

yang ni salah satu tarikan kat IOI ni. kuda2 mcm kat genting kann? so, kalu lalu sini, Ammar mesti meminta2 nak naik. biasanya ayah dia je yang teman naik sekali. ibu dia, pening nanti. haha. alasan kannn? tapi sy mmg tak reti la nak naik benda2 ni..cm tak yakin aje..

oh ye, kalu weekend harga nya rm3 1 kuda ni. peneman tak yah bayar x pe. kalu hari kije rm2 aja kott.

:)

Welcome back!

Hai semua....maaf sebab dah lama tak update kan? Btw byak masalah sket nk update kt opis.so, ni Ada beli gadget kan sng sket la nak update. Meh nak list kan apa cer Saya skrg yeee.hehehe

1-sy masih kije Kat Tempat Lama lagi
2- sy masih di rumah lama lagi. Rumah baru belum dapat kunci.dlm proses lagi lah. Dlm bulan depan gamaknyee.heheh
3- Saya skrg tgh pulun berdiet.kekeke.nnti sy bgtau progress ye yee. Ni dh masuk 2nd week.

Tu aja la skrg...

Ni gambar latest sy bersama Ammar yee.dn juga di buat sebagai profile pic Kat fb. Heheheh

Wednesday, April 4, 2012

Stop berblog sekejap

Hai n Salam semua... Saya nk inform ni, Saya akan stop sekejap berblog ni. Ni disebabkan ada masalah skit. Nnti Kita jumpa lagi yer. Terima kasih Kerana sudi baca "kisah hidup Saya".

Monday, March 26, 2012

makan malam

hai u'lls

ni makan malam minggu lepas. nak masak, tapi tak ada benda yg nak di masak. ceh, alasan..haha. so, ajak asben g makan kat luar. tgu dia balik kije, lambat no, dh melapar sgt kan. balik2 je, terus siap2. solat insyak dulu, balik terus tidoo. :D


Fairy Char Keow Teow
Taman Putra Perdana, Puchong


makan kat alamat di atas. selalu gak la makan. tapi selalu gak cm eh, tetiba tak sedap pulak. mesti bertukar kot air tangan. haha.


menu :


Char Keow Teow - Ammar punya- rm4




Keow Teow Goreng- saya punye- rm4



Nasi goreng ayam-asben punye- rm6




air, order air suam n horlick ais sajee.

tapi hujung2 tak abis pun horlick tu. loya la pulak. lama tak minum kan? huhu.


kali ni,macam kureng sikit. 1bulan lepas ni lak buleh makan kat sini ..haha

Friday, March 23, 2012

Retak seribu


bedak cap maybeline ajer. dh hujung2 tu tak boleh jatuh skit. pasti akan berderai sepeti di atas. tapi sbb tak nak membazir guna la..kiki tapi hasilnya kat bawah mesti ada terabur sikit la. x pe, tu boleh sapu kann? g opis tu tak la make-up beria. so, asal boleh je la.

ni bukan sy yang buat jatuh. tapi si kecik Ammar tu la. sibuk sgt nak membantu kan? ambik bedak la. sekali tu boleh lak terjatuh.

dialog die best : bedak jatuh..nanti ayah beli baru yee. :)

ceh, pandai sgtt. :)

*happy weekend semua..

Tuesday, March 20, 2012

dialog standard pagi2

hai semua..


Minta maaf sbb dh lama tak update blog. agak kemalasan melanda serta tak ada cite pung nak update. hehe. weekend pun sama je aktiviti. tak de la g berjalan mana :) tp sy selalu baca blog u'lls.

so, tak ada cite, marila kita bercerita pasal cite peribadi saje. kiki . cite pagi2 nak pegi kije pun buleh kan? seawal 645 pagi dh bangun. ceh, awal la sgt. tu pun bape kali snooze alarm tepon kannn? so, siap solat n biasanye sy akan masak tuk bawak bekal. in-case rajen bebenor sgtt masak la yang heavy2. kalu kemalasan melanda sy goreng ayam jer.haha. saje je bawak bekal sbb sy malas nak kuar la tghari2 gni. baik duk opis je. lgpun kawan tak de. kesiannn..huhu

siap2 mandi, mesti Ammar akan bangun..dia selalu bangun je, muka adalah seposen. lps tu bwk suar dalam dia (malam bukak, pakaikan diapers). mesti cari2 ibu. muka seposen kan, harus la kena pujuk2 dulu..bukakan baby tv n duk kejap ngan dia, baru la boleh pegi senyap2 pakai baju siap2 nak g kije. lepas tu dia dtg la. sibuk bukak beg makeup ibu. ambikan bedak semua. PA la katakan..hehe. dh ready semua, baru la kuar rumah, hidupkan ejin kete. Ammar biasanye dia akan sibuk nak tekan alarm kete. ok, silakan. kang tak bagi, majuk pulak..

ni antara diolog2 dia pagi2 la :

dh keluar rumah, pegi kat kete

Ammar : ibu duk sini, biar Ammar bwk kete
Ibu : ceh, mcm dh besar ajeee

ok, dh masuk kete ..

Ammar : ibu, baca doa.
Ibu : ok , bla..bla..(baca doa)
Ammar : ibu, pegi kat D (drive)
Ibu : ok..

dh gerak smpai trafic lite

Ammar : IBu, lampu merah ..
IBu : ok, tapi kita tak lalu situ, kena g school (nursery) dulu
Ammar : ibu, pegi no five (5) - suh laju smpai jarum pegi no 5 .
Ibu : eh, mana boleh..laju sgt tu. banyak kete ni..

smpai school. ok, babai ibu..

gtu la hari2..balik pun mcm gtu jugak..:D

Monday, March 12, 2012

kegilaan terhadap wall paper merah ini !



ceh, kegilaaan kunun..

u' alls... sy kan betul2 teringin sgtt nak berwallpaper ni. tapi agak out dated eh menda alah ni. tapi lantak pi la..haha. hari tu kan pegi rumah org kaya tuu. so, ada snap 1 pic berlatar belakangkan wallpaper ni. terus hari terpikat. tpi nak caler merah! kunun2 nak meriah la kan. eh. mmg sy suke merah tau. kiki.

terus google cari wallpaper murah. ceh, nak murah ajer! haha. so, dpt 1 dlm FB ni. belek2 n terus belek. n dpt la 1 yang berkenan. tengok2 dr komen org2 dlm album dia tu, 1 roll dalam rm150-180 tak termasuk kos pemasangan. boleh kot pasang sndiri kan? haha. so, kalu dinding umah sy tu, boleh kot dlm 2 roll kann? kecik aje pun..InsyAllah, nnti nak pindah ke umah sendiri, area sini jugak. umah kecik aje pun..itu je yang mampu kan? so, ni tgh belek2 la mana yg nak di tambah. hehe

oh lupe nak letak pic wallpaper merah ni kan? tengok ni..



cantik ke idok?

tapi asben kata pulak x nak munga2. nak petak2 ke. ceh, ngadee betuiii kan?

Ni Fb dia :

Akma Collection II

Saturday, March 10, 2012

menitis air mata ini

khamis mgu lepas dpt sms dr ex-ofismate, dpt msg 5pagi, sy dh agak ada something yg berlaku! sah, tgok sms. dia accident otw nak balik kampung di utara M'sia. mempunyai seorg isteri dan 3org anak. anak last baru berusia 70hari. dan diberitau bahawa anak last yang bongsu itu meninggal dunia! sgt2 terkejut n terharu. sekejap je Allah bg masa dia melihat dunia.

dan smlm (Jumaat) tepat jam 1015pagi, dpt call dr ex-opismate jugak. memberikan 1 lagi bad news iaitu isteri sahabat saya itu telah meninggal dunia. effect dri accident itu. ya Allah, sgt berat dugaan yang menimpa sahabat saya itu. menitis air mata saya mengenangkan keadaan 2 org anak dia. bagaimana nak meneruskan hidup tanpa seorang yang bernama ibu. namun, sy tahu, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah telah memilih sahabat saya itu untuk menerima dugaan berat ini. saya berdoa agar roh arwah isteri dan anak sabahat saya itu ditempatkan di kalangan org yang beriman. dan semoga sahabat saya itu tabah dalam menerima dugaan yang amat berat ini.

salam takziah dan Al-Fatihah...

Monday, March 5, 2012

Lepak di rumah parents Amir Vanilla Coklat



hai semua..

last weekend agak membz sket sbb ada tetamu dtg jenjalan umah kitorg.. tetamu tu abg ipar n family. diorg dtg naik bus dr Kuantan. stop kat Shah Alam. seksyen 7 sana. ambik diorg malam tu kul 930malam. masuk higway dr umah ni ke shah alam. exit batu 3. lepas tu keluar je, jlm jem. lama gak la duk situ, rupanye banjir tau! apa lagi, cepat2 la masuk jln kat umah kampung tepi tu..agak struggle la jugak mencari jalan keluar. lastly, jumpe la jln keluar dgn bantuan org kampung. diorg semua keluar pegang payung tengok kete banyak. haha, mcm pesta pulak ..

dh lewat ambik diorg ..smpai sana dlm 11malam. terus bawk g makan kat bandar bukit puchong 2 sana. kesian diorg lapar kan. naik bas since 530ptg dr Kuantan tuu..huhu.

Sabtu esoknye, diorg nak pegi rumah ayah angkat diorg..so, pegi la..sy mmg teringin nak pegi ..sbb umah ni jdi tempat shooting Vanilla Coklat. umah parents Amir tu..kiki..punye la pengaruh tb kan?

smpai2 je terus buat rondaan.

masuk2 je dh teruja. bukak je pintu ada air kat bawah n leh tengok ikan besar .kiki. gambar atas tu kenai dok? tempat ayah n emak amir duk ckp yg 'kita dh nak dapat cucu!"..hehehe





lepas tu ni tempat ayah amir n ayah zara duk bincang kan? lepas tu dtg si minah gedix tu tanye amir kat mana kan?



cermin besarr giler



ni area dapur




ni area luar rumah. ala, ada emak zara dtg jumpe ayah amir tu kan? n tempat mak amir ckp tepon n amir ngintai tuu.





lepas tu jenjalan kat luar. nak tgok kolam tu..n kecik je pun tgok yg real. hehe.






duk jap la kat sini..hehe




kul 3ptg cm tu balik umah. masing2 dlm umah tu bz sgtt.:D



nnti smbung lagi yer..





Friday, March 2, 2012

Empat perkara: petua Imam Syafie

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
... 3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



## untuk panduan bersama-sama

Wednesday, February 29, 2012

dulu saya pun pengasuh di taska

salam ..

ramai kan pakat share video ttg pengasuh taska buat kat bebudak tu kat FB..tapi, sy tak tekan pun play! betuii. just baca komen2 diorg je..so, leh imagine la sket2 apa isi video ituu. mmg teruk ek? siap balut budak beso tido cm bedung, lepas tu siap tampal ngan solutape eh ? gile kann?lepas tu kat harian Metro, rupanye...pengasuh 2org tu buat dajal kat owner ek? marahkan owner, tapi buat kat budak2..gile la gtu. ko pegi la ckp direct aje..ni mesti kes owner tak byr gaji or marah2 kat diorg agaknyee..

sy pernh tau kije taska. lepas hbs belajar. tu pun usha2 dlm paper.ambik no tepon n terus col decide nak kije..hehe.terus die suh datang ..masa tu kunun nak kumpul duit wat belanja konvo. masa mula2 kije mmg mencabar kott. sbb bukan sng nak uruskan budak2 kecik ni..tambah2 lagi baru mula kije. mmg menangis gak ..hehe. so, masa tu cekalkan hati n banyak bersabar . owner pun duk kije sekali.so, tak de lah susah sgt pun. gaji pun sket je . rm450 aje kot..huhu..last2 nak berenti pun sayang ..kiki

dulu kat taska, sy ngajar budak 4taun. ngajar menulis & mewarna serta kenal abjad. tapi kan, skrg nak ajar anak sendiri, payah nye la..banyak nau songeh tau. kita lak kena ikut ckp dia. huhu.

sy tak ada la link video tu. x sanggup nak letak pun. korang cri la kat Fb dh bersepah. tapi x tau la ada lagi ke tak, sbb smlm tgok berita, owner tu mintak video tu diberhentikan n akan ambik tindakan kat 2pengasuh yg tak berhati perut tu. biar diorg kena balasan kan? smpai hati buat bebudak mcm tu..

oh ye..taska yg sy kije tu, tempat Ammar duk sekarang ..hehe

k la..babai ..:)

Monday, February 27, 2012

i'm back !

salam ..


budget artis la tu, org merindu kann? haha.

okies. dh lama tak update blog kan? 1week jugak sy tinggalkan entry murah rezeki tu. saje nak bg korg baca2 lama & aplikasi kann. mana tau kan, kita usaha n tawakal. InsyAllah nnti Allah makbulkan ..:D

sy dh lama tak update blog sbb internet kat opis ada masalah. tak repair2 pun lagi. sbb nak uruskan pemotongan line dulu. so, lepas tu baru la kita tukar apa yg patut. nak pakai line 1je. senang sket kot. n jimat pun .

ok, nnti next time sy cite lagi. nk transfer gambar2 dulu ..kang tak de idea pulak kann?

k, jumpe lagi ..

Tuesday, February 14, 2012

Amalan Memurahkan Rezeki

#panduan bersama

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sunday, February 12, 2012

Hadiah dari drypers



besday ammar dh lama berlalu. Tapi last weekend baru la muncul hadiah dr drypers ni. Ni pun ibu dia yang gedix kan mintak kat drypers.kiki..ala, simple je.. Potong je bar cord kat plastik drypers tu dlm 3keping n tulis details ur kids n alamat semua.. N hantar kat alamat nye..tapi sy tak ingat pulak la weh alamat tu, korg google eh..sorrry.

Dpt buku colouring ni.. N ada sticker jugak..so, blh la tambah koleksi buku kann?

Ok..babai semua..

Thursday, February 9, 2012



fuhhhh. Lama gila kott tak makan kfc. Ni tetiba lak asben nak makan masa g giant bandar puteri, puchong sempena besday dia tu.so, order la dinner plate 1 n snack plate 1. Makan dgn selera sungguh la. Kiki. Ammar tak join, sbb ni pegi time lunch hour. Eh, tapi dh mahal kann? Snack plate dh rm1o tauu. Ok, tu je nak cite..hehe

Wednesday, February 8, 2012

Internet downnn

Hai...dh petang baru jenguk kat sini. Alkisahnya, internet kat opis down sgttt. Sent tgi dh, received je yg slow gile kot. Bape kali restart pun dok gtu jugak. Dh coll tm mengadu nsb, kita tgok cm ne yee. Oh ye, ni again kat hp jugak. So, tulis sket2 dh la ye...

Tuesday, February 7, 2012

2pagii

Salam ... Skrg dh pukul 2pagi, tapi mata masih segar lagi. Nape entah tak leh nak lelap pulak ni. Godek2 hp, cer try test update blog, kot2 jadi kan? Hehehe. Esok, cuti lagi smpena thaipusam, so tak ape lakan tak tido lgi.hehe

Sunday, February 5, 2012

Apa itu Maulidur Rasul?




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber : Wikipedia


contoh sambutan Maulidur Rasul

Friday, February 3, 2012

selamat cuti u all's

hai ..

sekarang tgh hujan ni..lama dh tak hujan siang kan? i mean hujan masa duk kat opis. hehe. tapi kalu kat umah lagi best, leh tido kann?

cuti 4hari ni u all's pegi mana? Ahad kan Maulidur Rasul, & tuk negeri selangor dll tu dpt la cuti hr Isnin & kebetulan Selasa pulak cuti Thaipusam. berderet2 la cuti kan? hihi. kitorg tak g mana kot. cuti CNY hr tu dh balik kmpg. so, cuti kali ni duk umah aje la ye, kalu nak berjalan2 pun kita g jalan dekat2 aje yee.

eh, smlm besday asben sy yang ke 29! & smlm kami g makan KFC di Giant Bandar Puteri. kitorg g berdua je sbb ptg smlm ajak asben g bank. so, alang2 tu singgah la kejap kat sana. asben cuti smlm, sbb 1day b4 tu kena kije 24hrs. bila nak balik tu singgah Secret Recepi. beli kek 2 slice untuk Ammar. dia kan excited sungguh bab2 kek ni.

tu aja la nak cite. gambar tak de.kiki.

ok, selamat cuti panjang kepada sesiapa yg cuti lama cm saya yee. :D

Thursday, February 2, 2012

setuju 100%

hai semua..

semalam kat FB, sy ada share kan 1 status Sham Kamikaze. yang mana ianya secara tidak langsung mcm melahirkan apa yg sy rasa selama ni kat FB.


ni ada sy print screen kan..

yang dlm petak merah tu ..





tau la semua itu hak memasing kan? tapi ada kalanya tak perlu la kita nak marah2 kat FB sebab marahkan someone or benda itu kan? sbb tu lately ni sy jarang sgtt nak update status ape kat FB .org kata berdiam lebih baik kan? ke korg tak setuju apa Sham ckp ni? :D


Wednesday, February 1, 2012

perbualan dengan Ammar

salam semua..

Ammar dh 3taun 1 bulan. last Dec baru celebrate besday nye yg ke3 taun. lately ni mmg banyak sgt ckp..tpi bahasa die la..hanya kami parents je leh memahami..kikiki.

standard la bila ambik die kat nursery, sy akan tanye mcm2 kat dia.

Ibu : hai Ammar ..
Ammar : hai ..
Ibu : main ape tadi ?
Ammar : main lego.
Ibu : makan ape tadi
Ammar : nasi , sup, ayam
Ibu : ooo, makan dgn siapa?
Ammar : aunty baby suap (aunty ni owner nursery n baru dpt baby)



bla, bla,bla smpai jumpe trafic lite nak masuk umah. & lalu kat kwsan kedai .


Ammar : ibu, nak pegi kedai
Ibu : ok
smpai kedai, park kete & cek purse.
Ammar : ibu ada duit ?
Ibu : ada ..**tanye ada duit tu..kikiki

smpai kedai, dia pegi ambik 2 benda bahan makanan. biasanye 1 je. tak boleh jdi ni..kikiki. kang dh biasa, payah pulak

Ibu : eh, 1 aja la.mana boleh 2.
Ammar : jom2 bayarr. **cpt tarik tangan ibu.
Ibu : eh..nnti ayah marah la..letak balik 1
Ammar : jom222.

tp lepas dh janji mgu ni tak leh g kedai dah, baru la diluluskan & bayar


makan la dgn gembiranya 2 benda tu bila dh smpai rumah..

lepas tu org sibuk2 nak solat . dia pn sibuk gak nak duk atas meja dlm bilik. & atas meja tu ada 1 bakul baju dia belum smpat lipat lagi..

Ammar : Ibu, letak bakul kat sana
Ibu : **ikut je laa arahan si kecik
Ammar : tima kasih, pandai pun.
Ibu : amboiii. dh pdai puji kann? **terharu ..kikiki


eh, dh besar la anak sy ni..kejap je dh pandai berkata-kata..

Tuesday, January 31, 2012

Kenduri-kendara ni memang penat tapi happy kan?

hai.

sorry la lama betul saya tak update blog kan? saje jer suh korang dgr ceramah ustaz Azhar tu lelama .hihihi. cuti CNY hari tu kami balik kampung. sbb ada event yg lebih kepada kenduri kendara di kedua2 belah. belah saya, kenduri bertunang adik ke2 & belah asben, kenduri cukur jambul anak saudara. so, biar sy cite day by day aje la ye apa aktiviti memenatkan itew. ceh, mcm ade org nak baca kan? saje je, leh wat kenang-kenangan untuk anak adik nnti 10-15 taun akan datang . kikiki.

tapi kan, dont expect gambar banyak tauu! sbb ada masalah sket, just 1 gambar aje la ye. actually, hari tu dh save dh gambar semua dlm memory card, tapi tadi bile nak transfer ke PC, tak ade pungg. agak frust, tapi ok aja la ye.ni pun 1 pic, adik upload dlm fb die.so, sy rembat la upload kat sini ,.hihihi.


Khamis (19.01.2012)

- gerak balik kampung pukul 10-30malam. jalan lengang gile, 3 jam smpai di kampung ku. ketuk rumah smpai banyak kali, tapi mak tak dengar . huhu. dlm 10minit baru bukak . :( dh la seram sbb malam Jumaat kann? terus ketidoran aje smpai di rumah .:D


Jumaat ( 20.01.2012)
- bermula la aktiviti mengemas rumah. lap cermin & pasang langsir. buat sensorang aje sbb adik beradik semua belum balik lagi ..:D

Sabtu ( 21.01.2012)
- hari ni mmg kena kemas 100%. pasang tirai, letak kusi, karpet & hias untuk di jadikan pelamin la kunun. tapi simple aja. tema is maroon n putih. ni mak yg jahit ** gambar nnti sy usahkan ye. yeayy, smua adik beradik dh balikkk. so, boleh masak & makan beramai2. tapi faham2la. bila dh ramai, kije umah pun dh jadi double. hehee. ptg tu mak suh kopek ikan bilis. dh siap kopek, cume kena buangkan tulang2 n najis yg hitam tu. 1jam buat ngan adik yg bertunang tu. leguh mmg la kan? adik beradik lain buat bunga rampai. potong2 daun pandan & bunga-bungaan . malam pulak siapkan hantaran smua. kitorg semua buat ni. mak siapkan sirih junjung. lepas tu bentang2 tikar n karpet kat ruang tamu. pukul 1pagi tido...

Ahad (22.02.2012)
- hari yg di tunggu2. bangun bagi. mak n ayah dh bangun kul 4pagi. sbb nak g pasar borong, beli ayam, ikan & sayur2. bila mak balik, kitorg baru nak bangun ..hihihi. mandi & sapu kat ruang tamu. segala2 nye la. bg hilang habuk smua kan? pukul 10pagi, jiran2 dh dtg..buat kije masak-masak. kalu kat sini, semua jiran yg buat. kami bole la rest. cume buatkan air & breakfast je. mak buat ketupat pulut cicah smbal ikan bilis as brekafast . sedappp. :D siapkan meja buffet, dlm kul 2ptg, baru rombongan dari Melaka datang.. settle semua dlm kul 4ptg..terus get ready nak kemas2. tikar2 & karpet semua angkat balik, kemas & sapu. &kemas meja buffet. ni pakat2 ngan adik beradik prmpuan. yg lelaki g basuh kawah. masa ni dh penat sgt. tapi gigih je. sbb nak balik umah mertua kann? makan malam, kitorg beli burger special je..hehe. ni pun pau adik yg bertunang tu. tpi burger kat kmpg, tak bape sedap kann? siap2 kemas baju smua, pukul 9malam, balik umah mertua..smpai sana, kemas2 bilik nak tido malam tu & tolong2 apa yg patut. kul 11malam dh tido, kemain penat kannn?

Isnin (23.02.2012)
Kenduri cukur jambul.. tolong2 apa yg patut. sapu2 habuk . adik beradik pun dtg kenduri ni. so, layan diorg jap. bg Ammar makan..settle smua kul 3ptg. solat2 dulu & baru kemas pinggan. kat sini ramai yg membantu. so, just kemas2 pinggan n gelas kat rak aje. malam tido awal. kul 12 dh tido. hihi..

Selasa (24.02.2012)
Ada kenduri akikah sepupu PIL kat bandar Jerantut. so, pegi sana kejap. makan-makan & balik umah mak sy kejap ambik barang2 yg tertinggal. kul 6ptg, gerak balik KL..fuhhh, jem la skit kat area tol. tapi biasa2 je. kul 10-30smpai n tido. tpi asben kena g kije, sbb ada on cal. gile penat kann? kul 6pg baru dia balik, kul 9 dh nak g kije..kecian kan? :D

tu je..sekian..


nah ambik gambar yg sekeping je niii.


















saniza & hantaran


:D

InsyAllah bulan 12 nnti majlisnya..get ready yeeeay ! :)

Friday, January 27, 2012

Hukum Meninggalkan Solat


renungan kita di pagi Jumaat


Friday, January 20, 2012

hr ni balik kg dahh



semangatt gile balik kg awal. chinese smua masih kije lagi, sy yg malay ni pulak sakan balik awal. hahaha. ampunn.

balik awal ni bersebab. sebab nak tolong emak kemas2 rumah. sbb Ahad ni ada majlis bertunang my adik. yg ckgu kat Melaka tu. selalu kan sy g Melaka, lepak umah die. so, being kakak yg 2nd n dh kawin ni, harus la over sket kan dr yang lain. buat kije2 mengemas ni kan bukan smua org nak buat..so, mari la kita bekerja sama ramai2..nak wat kenduri, yg paling penting nak mengemas dapur n ruang tamu. habuk2 kasi sapu semua..:D dh lama tak buat kenduri ni. mau pengsan ni.haha. hari isnin pulak, my biras belah asben nak wat cukur jambul.so, mau tak pengsan nk mengemas..hahhaa

okey,. jumpa lagi korang semua. selamat bercuti yer. :)

Thursday, January 19, 2012

celebrate besday Ammar

hai..

btw, ni gambar n kejadian lama. lama tak lama taun lepas la. hihi. tapi tak pe, lambat2 pun kita kasi up la kan? ini besday ke 3taun.besday die 24dec. and then masa tu sy berkampung kat kampung selama 1 week. so, alang2 tu kita buat kat kampung la. buat pun tak silap hari Sabtu 31Dec.

ayah die balik ambik kitorg pagi Sabtu tu, so mmg sengaja tgu ayah die pun nak celebrate sekali. senang sket ada ayah die, boleh pegi town Jerantut beli kek. kenyataan di sini ialah sy tak pernah lagi berjaya drive sndiri ke sana. huhu.

beli kek kat area bank islam sana. memg situ aja la port nak beli kek. sbb dekat ngan bus stand. so, dulu2 kan sng, rasa nak naik bus kul 5, kul 4 lebih g la lepak makan situ kejap..:)rindunye time dulu2 kann? time belajar komputer n selalu la kena tinggal bus. naik teksi kemain cekik darahh. lepas tu tulis surat kat cikgu belajar komputer, ckp nak balik awal .huhu.



kek padang bola katanyeee.. Rm30




sambut sekali ngan cazen die. abg adam. 6taun umurnya



ni anak2 jiran di kampung. kitorg kan duk felda. so, penempatan adalah berjajar. iaitu jiran ada di depan, sebelah ngan belakang. tp kami baik ngan umah depan. kebetulan cuti sekolah. so, diorg balik la umah tok nya. diorg ni rata2 duk kat kelate sana. so, mmg pekat gile kot loghat kelate nyee. entah cm ne Ammar berkomunikasi. hahaa. tapi sy syak die diam aje kott. die kan pendiam ..

so, ni alang2 ajak la mereka sekali makan kek.






p/s : tak sempat2 lagi nak celebrate kat nursery. maybe taun ni kot.sbb last year kan. insyAllah next year nak antar kat tadika full day. tapi tengah riki2 lagi pun ni nak antar mana.