carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Wednesday, December 31, 2014

Misi 2015 : Kurus 9kg !

date : 24/12/2014
berat : 64kg 
status : overweight


nahhhh ! keputusan atau kesan akibat dari 1 bulan mengabaikan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat . 


kah kah .
bulan dua belas kan, bulan makan dan makan ! 

hahahhaa. 

mana kan tidak, 2 minggu di kampung. 
makan cukup, tidor je tak cukup. sebab ada baby kan ? 

so. cabaran 2015 kita mulai dengan 

Kurus 8kg ! 

--------------------------------------------------

Date target : 24/03/2015 
berat : 55kg
status : normal

jom, siapa nak joint iolsss ! 

siapa nak, meh no hp nak masuk dalam group whatsap. 
 whatsap me ok.
012- 985 1718 

---------------------------------------------------------

KURUS BERSAMA SAMA JOMMM. 

 
 

Tuesday, December 30, 2014

Klinik 1 Malaysia di Puchong


Assalamaulaikum semua..

yeaaaaay ! 
rumah kami dah ada perkhidmatan klinik 1malaysia. 



alhamdulliah ..

Klinik 1 malaysia, 
taman putra perdana, 
47130 puchong. 

landmark : 
foodcourt 
cosway. 

tak jumpa juga.
whatsap me : 012 985 1718 

  

Monday, December 29, 2014

Pasca Banjir 2014 ; Kuala Krai, Kelantan menangis ..

Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi...

Minggu ini, kita sedang berduka. Berduka setelah negara kita diberik ujian dan dugaan oleh Nya. saya tidak rasa apa yang mereka rasa. Rumah dan harta benda ranap sekelip mata akibat ditelan banjir. 
Emosi mereka bagai direntap, namun, saya berharap mereka redha dengan ujian dari Nya. Ujian untuk mematangkan kita dan sentiasa beringat kepada Nya. 

amin 
amin

ya rabbal alamin. 

.






gambar gambar ini saya terima secara whatsap daripada kawan kawan sekitar sana. bila buka aja, pilu rasa hati. ada satu gambar, seakan akan manusia. mungkin bayi yang terjatuh dari dukungan ibu nya itu. saya tak serta kan dalam ini, sebab terlalu sedih .sedih melihat bayi tu. 


aduh ..

aduh..


Kuala Krai menangis di penghujung tahun 2014 . 

dugaan untuk mereka. 
peringatan untuk kita semua. 


 


j

Tuesday, December 16, 2014

MANDI PANTAI DI PENGKALAN BALAK, MELAKA

assalamualaikum kengkawan semuaaaa!

-------------------------------

iolls kat kampung sekarang. kampung di jerantut,pahang.

actually dah seminggu dah, tinggal lagi balance seminggu nak habiskan cuti dan balik puchong balik. yeaaay! eh sob sob.. sedih la kann.

2minggu lepas, kami semua ke melaka. rumah adik di alor gajah sana. so, ada lah aktiviti mandi pantai. seronok sangattt! yang seronok tentu la si anak anak. tapi kami pun sama juga mandinya.. hehehee.

satu gambar aja laa, yang lain semua sensor. hehee.

-----------------

babai semua..
wassalam

Sunday, December 7, 2014

HOBI SAYA SUKA MENYAPU

suka sangatt menyapu!

eh silap la. suka main penyapu. memang tu yang akan dia tuju dulu kalau lepaskan kat luar rumah ni.

maybe kut masa mengandung ke dia suka menyapu agaknya! hahahaa.

tapi, harap besar esok rajin la menolong ibu ayah dan abang yer.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

aryan syamil
18bulan..
dah besar ! sangat lasak ok.

Friday, December 5, 2014

MAKAN MALAM DI PAPA ZOLLA

assalamualaikum..

tadaaaa.. jalan jalan cari makan lah kita.

actually, dah lama tak makan kat luar, since projek penjimatan wang. haha. jadi, ada masa sekali sekala jom la memenuhi hasrat anak nak makan ciken cop katanyaaa.

uolss suka tak western? kami suka! macam biasa,saya ambik cicken grill. kurang kalori sikit. haha. ada hati jugak nak cut kalori kan?

ammar n ayah dia ambik ciken cop. aryan ambik je ayah n abang dia punya. yang ibu tak boleh sebab ada lada hitam banyak. so, boleh la ibu makan tanpa ada mengecek! hahaha.

kat mana ni? kat uptown puchong permai laaa. ala dekat ngan round the box yang ada mcd dekat shell tu. sini ala ala uptown, ada ramai yang meniaga dan siap ada food court taau!

nah, tatap la gambar.

update guna hp aja ni.
babai semua.
wassalam.

miss sasu

Thursday, December 4, 2014

RESEPI CEKODOK PISANG SEDAP

assalamualaikum..

cuti cuti sekolah ni, memang buntu dibuatnya nak makan apa kan?

so, buat cekodok pisang pun best ni.
ni resepi untuk uolls ye.

1- sesikat pisang yang sudah masak.
2- 6 sudu besar tepung gandum
3- 6 sudu besar tepung beras
4- 1 sudu kecil soda bikarbonat
5- 2 sudu besar gula
6- 1  sudu kecil garam

cara-

1- hancurkan pisang.
2- masukkan semua bahan.
3- goreng dgn api sederhana kuat.

tips
1- masukkan gula terakhir sekali.
2- celupkan sudu dgn minyak panas dulu sebelum kautkan pisang ke dalam kuali.

hasilnya- cekodok pisang uolls akan rangup diluar, lembik di dalam.

selamat mencuba!

Wednesday, December 3, 2014

Teknik Pemilihan Vitamin c yang hebat


Assalamualaikum semua yang  di sayangi , 

Uolss selalu dengan tak Vitamin C? mesti la pernah dengar, antara vitamin yang paling famous kan? biasa kita jumpa kalau sering selsema. pasti kita akan ckp , dia ni kena makan vitamin c lebih ni. kan ? kan kan ? 

Terdapat banyak  suplemen vitamin C dalam pasaran. Tetapi, jenama vitamin C manakah yang terbaik? Bagi saya, sudah tentulah vitamin C Shaklee yang terbaik.  Apakah kelebihan yang ada pada vitamin C Shaklee ini? 

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.


Kenapa perlu diambil vitamin c setiap hari?
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Vitamin c untuk cantik?
  1. Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  2. Mencerahkan kulit.
  3. Melambatkan proses penuaan.
  4. Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

Vitamin c untuk apa lagi?
  1. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  2. Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  3. Mengatasi masalah gusi berdarah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

menarik kan ?

berminat? sesuai untuk diambil sekarang ! ini kerana, sehingga 31 dec ini, vitamin c akan turun harga dengan banyaknya. rugi tidak mendapatkan sekarang ..

1botol, 180 biji, tahan sehingga 6 bulan .

whatsap sekarang .

012. 985. 1718 - miss sasu 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



 

Tuesday, December 2, 2014

Hari Orientasi & Ujian Linus Tahun 1 2015



Assalamualalaikum semua.. 

Sabtu pada 22nov yang lepas, ammar dah selamat menempuh orentasi untuk tahun 1. yeaaa ! settle dah ..:)

dah nak masuk tahun 1 dah dia.. hehee. cepat je kan, rasanya baru semalam bersalin. hahahha. 
over sangat tuu. 

suasana pagi tu ..

ramaiii. 
sekolah sini ada dalam 320pelajar ! 

wah, cuba bayangkann.. 
akan ada 9 kelas. 



 mula mula ada taklimat dulu.

 

lepas tu, pelajar semua di bawa melawat sekitar sekolah  dan ambil ujian Linus. 

ok, di sini saya akan ceritakan apa itu LINUS 

- Program Linus adalah singkatan daripada perkataan Program Saringan Literasi dan Numerasi.  ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2010 di seluruh negara. Program ini bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dapat menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis ) dan numerasi (mengira).

-----
 


 ujian ni dalam masa 1jam je. lepas ujian, pelajar di beri rehat dan boleh makan dengan ibu bapa.





lepas abis makan, pelajar akan beratur balik ke kelas masing masing .

 
nampak tak Ammar yang mana satu..hehehee. 


hari tu habis pukul 12tghari la jugak. 

ibu bapa tunggu kat kantin je. 

nanti pelajar akan melalui program transisi.  selama 2 minggu ( 5jan - 16jan 2015). ini bertujuan untuk  membantu murid menghadapi perubahan di dalam alam persekolahan yang formal. so, time ni takbelajar la diorg. main je la tu ... hehe. 

ibu is berdebar ! hahaha. risau anak dapat adapt tak dengan suasana baru.. knowing ammar kan sangat pemalu. dia masa masuk tadika pun nangis gak la seminggu. tapi kuatkan hati aja la. hehe


ok. semua..

semoga bermanfaat ..
thanks..

jumpa lagi ..:)  

Monday, December 1, 2014

Istimewanya Energizing Soy Protein ( ESP )

assalamualaikum semua ..

terima kasih, kerana masih sudi melawat blog kesayangan saya ini.

saya ingin bercerita dengan semua, apa istimewanya ESP ini dimata kami para pengedar Shaklee. saya nak ambik satu contoh sahaja. iaitu soya kami ialah NON-GMO iaitu Non- Genetic Modified Origin atau dalam bahasa melayunya ialah tidak diubah secara genetik.

ok, begini. ini selalu terjadi apabila permintaan melebihi pengeluaran. jadi, pihak pengeluar selalunya akan mempercepatkan proses pertumbuhan soya. jadi mereka akan memasukkan racun untuk memastikan soya soya ini masak dengan cepatnya . racun racun ini la yang telah masuk dalam soya dan menghancurkan kebaikkan sebenar soya. TETAPI kami tidak begitu ye, kami tidak menggunakan soya GMO. tidakkk! oleh itu, jika anda ada dengar beberapa cerita buruk tetang soya , itu ialah soya GMO. yang telah memasukkan racun dalam soya untuk memastikan soya itu cepat masak dan cepat digunakan untuk dibuat produk akhir.


ini adalah FAKTA.

bertindaklah sekarang wahai kawan - kawan. sanggupkan anda memasukkan racun ke dalam tubuh badan anda yang cantik itu ?

ini cerita yang bakal anda dapat kesan 10 tahun akan datang. sekarang memang tak nampak, tapi anda akan dapat nanti.

dapatkan ESP non GMo dari saya sekarang !

assalamualaikum ..)

012- 985 1718

Friday, November 28, 2014

moh jogging!

assalamualaikum semua.

nak heboh ngan korang yang saya dah ada aktiviti baru!!

akibat bmi diparas kritikal, hahaha. ini semua sebab kuat makan tau! so saya pun sedar diri la juga nak kuruskan badan agar berat pun turun la juga.

so, aktiviti sesuai ialah moh la berjoging kitaaa. tapi tak la joging sangat pun..hahaha. lebih kepada berjalan pun ye.

ok semuaaa.

nanti saya akan share ngan korang, ada perubahan berat ke idok yee. :)

ok.. babai.
assalamualaikum semua..

Monday, November 24, 2014

7 sebab seram kena ambil suplemen


assalamualaikum..

why ?
 why? 






why? 

fuhhhh, x kose la nak suplemen bagai ,setiap hari makan kan ? buat apa eh nak suplmen bagaiii . 



kan ? 

kenapa ??

OK, KENAPA kena ambik suplemen?? 


cuba baca di atas dan renungkan ..

ok . bababai .



eh, kejam sangat macam tu ..
tepek gambar dan blah cm tu je. issssh, tak patut !


ye la.. 
ye la..


1) korang biasa bau asap kenderaan tak? atau busuk bau longkang ? 
yes, kalaubiasa, kena ambikla..sbb tu pencemaran alam tu. mudah sangat la beri kesan kepada imunisasi badan. tu semua radikal bebass. 

2) ok, korang tau tak kalsium kena ambik 1000mg sehari? tau , tapi buat tak tahu, itu lagi seram.. tapi korang rasa , dapat tak 1000mg sehari hanya dri pemakanan? tak kose kan nak minum susu bagai.. sbb tu la OStematrik atau pil kalsium direka.. gitewwww

3) korang beli buah epal tanam sendiri eh? beli je kan kat pasaraya atau pasar malam.. fuhhh, kemain banyak bahan kimia tu sebelums ampai ke tangan korang.. so, thaty la kena ambik pendinding agar bahan kimia tu tidak akan merosakkan sel badan korang 

4)  hisap rokok eh ? atau mmg malas bersenam ? hah, spesis korang ni wajib la sangat ambik supplemen. 

5)korang makan cukup tak diet seimbang. ada karbo, protein, fiber dan lemak ? cukup.. bagus ..kalau tak, makan sayr pun tak, guana nak diet seimbang . sebab tu kena ambik suplemen, nak topup mana yang kurang .

6)kalau ye pun ambik makanan yang sihat, tapi korang sure ada terlebih atau terover minyak, gula, garam dan sesekali minum kopi..hah, tu semua menggangu korang nye nutrien.. 

7)hilangnya nutiren dari cara masakan korang .. ada yang terover masak, hilang terus nutirien bayam tadi..pahtu guana nak detox. 

faham kann? 

rasa rasa perlu tak suplemen dalam masa sekarang ?? 



perlu kan ?


nak juga la makan !!




nak juga.



tak mau la sakit, cegah dari sekaranng la uols..



betul nak ??


apa  kata 

search my fb : sasuzanazanudin

atau whatsap sekarang 

0129851718

babai 
see u

Sunday, November 23, 2014

aryan dan belon


assalamualaikumm


hari ini ada masa free nak ceritapasal aryan..

si kecil yang dah menjangkau 18bulan. dah last inject. hip hip horaay tak yah dah pergi klinik, just beli ubat cacing je umur 2tahun nanti.

ni.cite semalam kot.. kemain dia ingat belon tu.bola.dia duduk atas.belon tu dah melantun2 kan badan.. amboiii. 


abangnya risau pecah, tapi dia tetap la sengeh.aja..



ok la.. babai 

gla

Jom Detox dengan Mudah


assalamualaikum..

sekarang sibuk sangat perkataan DETOX. 

macam maca trend, la ni paling femes emes ialah INFUSED WATER . ala, yang guna pelbagai buah buahan atau sayuran dan menjadikannya AIR dah letak dalam PETI semalaman, then esok boleh minum sampai habis dan akan boleh refil 3x guna buah yang sama. 

TAPI, tak semua orang rajin.. RAJIN nak kena hiris buah dan buat air. tak semua. haha. saya tau apa korang rasa la... sebab saya very the malas.. hahaha. kalau boleh la kannn, nak yang senang aja. almaklumlah, bukan tak banyak keje duk umah ni..melambak ok. keje tak sudah sudah, dan selagi hidup ada keje., seram takkk ?? 


Ok. saya di sini akan memudahkan kerja uolls. nak kurus kan ? nak detox kann? tengok pic kat atas, dannnn. pegi beli now!  haha. tu je la.. lepas tu korang buat la apa yang patut .. mcm bawang, eh mmg dah ada kat umah. so, lepas ni tambah la bawang dalam masakan anda. jangan kedekut tauuu. nak detox kan ? bayam boleh buat sayur , lemon buat air suam suam.. wahh, mmg terbaik laa. 


eh , lagi nak senang.. uolss nampak tak ada ALFALFA SPROUTS tu kan? ala,, shaklee ada keluarkan lahhh. jangan risau, korang taip ALFALFA COMPLEX. hah, menderu banyak testimoni .. kalau untuk detox, cari je untuk detox. comfirm korang akan setujuuuu. 

cm ne, nak mudah ke nak susah??? 



apa? nak mudah ??



cari la miss sasu .
di mana? 

whatsap bebila masa aja. 0129851718 

atau nak cari fb misssasu yang femes emes tu la..




hoihhhh, mudah aja nak KURUS 
babai. thanks uolls baca cerita gue.  

Friday, November 21, 2014

resepi pancake sedap

tadaaaaa...

hujan hujan ni mesti LAPAR kan. kalau ada anak kecil, lagi la kan..jenuh nak memikir nak buat apa time petang..

jom cuba!

Tuesday, November 18, 2014

jom hafal surah al kahfi

assalamualaikum..

tahukah anda, dengan membaca surah al kahfi, kita akan selamat dari fitnah dajjah?

digalakkan dibaca setiap malam jumaat. dan juga digalakkan menghafal ayat 1-10.

jadi, jom kita hafal ayat pertama ni dulu ok.

Friday, November 14, 2014

kerap makan,masalah no 1 sukar kurus.

hai..

assalamualaikum..

saya seringkali mendapat aduan tentang bagaimana nak kurus, tapi.asyik rasa nak makan.

tambahan, di musim hujan sekarang, lagi la membuat kita makan lapar tanpa kira masa.

bagaimana nak kurangkan berat badan jika kalori tetap sama setiap hari? tak buat defisit kalori, macam mana nak kurus kan?

saya tetap mengatakan makan banyak la punca seseorang itu gemuk. walau apa suppliment yang anda makan,tapi tetapi makan makanan berkalori tinggi, memamg impian kurus anda tidak akan menjadi kenyataan.

ok la .. ini tips saya bagi. cuba la.. saya dah cuba, dan dah dapat rasai perbezaan..

salam sayang
miss sasu

Thursday, November 13, 2014

DOA SAYA UNTUK SEMUA PEMBACA

insya allah

amin ya rabbal ala min.

Nak kurus kena detox dulu


assalamualaikum semua..

bagaiamana semua? ada penurunan berat tak? 
kalau ada, tahniah !! 

u can do it !

kalau belum, jangan susah hati dan teruskan usaha ok ..

ok. hari ini saya nak kongsi dengan semua kenapa perlu detox untuk sihat dan kurus.

anda perasan tak setiap hari, makan apa sahaja. semua kalau boleh kita nakmakan kan ?jadi, anda tau tak di mana semua makanan itu akan pergi? yess, pastilah ke dalam PERUT. kesian perut uolls, yang jenis berlemak, lagi la..perut tak sempat proses, dah melekat terus kat dinding. tu yang menjadikan ianya kotor dan berkeladak. 

jadi. di situ la punca pelbagai penyakit. 

yess. penyakit adalah disebabkan oleh usus yang kotor. 
dan, payah nak turun berat juga adalah disebabkan oleh usus yang tersumbat dengan lebihan lemak dann sisa makanan yang tidak dapat dicernakan.

saya suka mencadangkan uolls ambik Herb-lax ! 

mesti la herbs base. tengok nama pun tau la kan ? hehhee

antara ramuan utama nya ialah 

1- senna leaves 
2- buckhorn bark 
3- fennal seeds
4- anise seeds


dan banyak lagi...

ianya disatukan dan diperhebatkan untuk membantu :-

1- pembesihan najis yang tersumbat
2- membantu masalah sembelit 
3- mengempiskan perut 



bagaimana? berminat ? 

harga : murah bangattt ! 

whatsap dulu eh 
012. 985 .1718 
fb : sasuzanazanudin.


Wednesday, November 12, 2014

RESEPI : lempeng gula merah

  

hai .

terliur tak ? hahahahahaha. 

rupa pun tak seberapa kan ? sibuk nak suh orang terliur. haha. 

Ini adalah resepi kalau saya malass atau tak ada idea dah nakbuat apa untuk diorg minum petang .. ammar ni kalau petang, mesti dia lapar sebelum nak g main ngan kawan kawan. 

so. terjadilah Lempeng Gula Melaka 


ni resepi. saangat simple ..

gula melaka
air 
tepung 
minyak 


hahahaa. tu aja, 

cara 
1- letak dalam periuk, gula melaka + air 
2- masak dan bagi gula  melaka cair 
3- gula melaka dah sejuk, baru letak bersama sama tepung. agak agak aja agar tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembek ok. 
4- pahtu korang canaikan aja atas kuali. 


taaddda.. dah siap . 

gula tu korang agak aja tau. main agak agak aja la..hahahaa

ok. babai..:)

Tuesday, November 11, 2014

BERSANTAI DI TAMAN CYBERJAYA

assalamualaikum..

hai .. semua..

ni cite rabu minggu lepas, kami ke TAMAN CYBERJAYA. pergi dalam 130petang untuk berkelah kononnyaaa. berkelah sempena kawan kitorg nak berhijrah ke tempat lain. sob sob.. sedih.

sampai sampai aja, aduh langit dan.hitam..nak hujan! tapi gigih la juga nak pergi.

duduk kat tempat yang ada bumbung tu. siap bentang tikar dan hidang makanan,terus hujan. huhu. mula mula hujan rintik .. lepas tu datang dengan lebatnya serta angin. hahahaam abis basah kena tempias! tapi relek aja la.. makan. haahaha.

ni gambar masa dah nak balik. kejap.aja pergi sebab rushing nak ambil ammar balik dr lawatan..

syok!

korang dah pernah pergi taman cyberjaya? best kan?

ok.. bababaai

Monday, November 10, 2014

GLA dari BORAGE atau EPO

assalamualaikum..

ada yang sedang merangcang untuk hamil? tapi kitaran period terganggu? aduiii. masalah juga tu.

atau

atau

atau..

yang nak kurus, tapi susah sangat. makan dan jaga, senaman dah buat. tapi masih susah nak kurus!

jangan risau. itu semua adalah disebabkan oleh HORMON!

dan, tahukah anda GLA boleh membantu mengawal selia hormon anda.

kebanyakkan produk sekarang menggunakan EPO tetapi Gla shaklee adalah dari BORAGE.

apa itu GLA? ianya adalah singkatan untuk gamma- linolenic acid. banyak khasiat GLA ini, tetapi hari ini nak cite, GLA dari BORAGE.

1- Ianya ada 2kali ganda berbanding EPO.
2- 3kali ganda lebih dr segi bioavailabiliti
3- 3kali lebih berkesan .

shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan SASKATCHEWAN.

jadi, kenapa masih guna yang kurang berkesan?

lepas ni saya akan cerita apa faedah pengambilan GLA ye.

babai.
jumpa lagi.

Sunday, November 9, 2014

PUNCA KERAP LAPAR



 Assalamualaikum semua sahabat alam maya miss sasu ! 

bagaimana progress diet anda? 

dah menuju ke kejayaan atau masih ditakuk lama ?

adoiii, tak boleh la, sebab ASYIK RASA LAPAR. NAK MAKAN AJAAA! 

JOM KITA SEMAK APA SEBAB KITA ASYIK LAPAR..




*

Sebab Cepat Lapar #1: TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Jika kita selalu skip sarapan, makanya tabiat ini harus dihentikan. Sarapan merupakan hidangan yang paling besar setiap hari dan ianya wajib diambil. Cuba makan sarapan secara tetap dan gula darah kita akan stabil supaya kita tidak akan terasa untuk nak makan sepanjang hari. Masukkan protein ke dalam hidangan pagi untuk menampung kelaparan dengan lebih berkesan. Jadikan ia suatu amalan makan setiap pagi dan kita tidak akan cepat berasa lapar lagi.


Sebab Cepat Lapar #2: ANDA SEBENARNYA DEHYDRATED
Terdapat beberapa situasi apabila fikiran anda mungkin mengelirukan anda. Ini bermakna anda tidak boleh makan setiap kali anda berasa lapar; mungkin badan anda mengalami dehidrasi dan anda hanya memerlukan air. Tanda-tanda kelaparan dan dehidrasi adalah hampir sama. Sebagai contoh, anda akan kekurangan tenaga dan rasa mengantuk. Dicadangkan minum segelas air pada mulanya dan kemudian anda akan melihat sama ada anda lapar atau dahaga. Taktik ini mungkin sangat berguna untuk anda dan ia boleh mengurangkan sejumlah besar kalori



Sebab Cepat Lapar #3. ANDA MAKAN MAKANAN YG MENGANDUNGI EMPTY CALORIES
Jika selalu makan makanan yang merapu (empty calori) anda akan merasa cepat lapar walaupun selepas makan berat. Makan makanan yg mengandungi empty calori akan memberi bahaya kepada kesihatan. Mengapa tidak beralih kepada hidangan sihat yang penuh dengan nutrien dan vitamin yang berbeza? selera makan anda akan berubah dan anda tidak akan lapar lagi.



Sebab Cepat Lapar #4. TIDAK CUKUP TIDUR
Tidur yang kerap adalah salah satu perkara utama yang kita perlu untuk kekal sihat, cantik dan bertenaga. Plus, selera kita amat bergantung kepada berapa banyak kita tidur. Jika kita tidak mendapat tidur yang cukup, badan kita akan letih dan ia memerlukan tenaga tambahan. Semua ini akan menyebabkan perasaan lapar yang berterusan. Sudah tentu, makanan adalah sumber terbesar untuk tenaga. Jadi, setiap kali apabila kita mengalami kekurangan tidur kita akan cuba untuk makan lebih daripada kebiasaan. Tidak dinafikan, tidur yang sihat akan membantu kita menjaga kesihatan dan pada masa yg sama meningkatkan produktiviti



Sebab Cepat Lapar #5. TIDAK MAKAN MAKANAN YANG CUKUP LEMAK DAN PROTIN
Sentiasa berasa lapar akan menyebabkan kita tidak selesa dan sebagai penyelesaian kita mungkin akan makan snek dengan banyak. Penyelesaian kepada masalah ini mungkin sangat mudah - hanya tambah lebih banyak protein dan lemak yang sihat dalam menu makanan anda dan anda akan berasa kenyang selama beberapa jam. Selepas makan nutrien ini anda tidak akan mengidamkan makanan kerana makanan dicerna untuk tempoh masa yang panjang.

Sebab Cepat Lapar #6. ANDA SEBENARNYA SEDANG RASA BOSAN
Pernah tak hadapi situasi di mana kita suka buka peti sejuk bila kita takde apa2 aktivtii yg nak dibuat. Bagi kebanyakan orang, ini adalah cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kebosanan, tetapi, malangnya, ia mengundang kepada kalori yang tidak diingini. Jika lapar disebabkan oleh kebosanan, anda perlu menahan godaan untuk makan sesuatu. Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda lakukan untuk menghiburkan diri sendiri.



Sebab Cepat Lapar #7: ANDA MUNGKIN ADA MASALAH KESIHATAN
Dalam kes anda tidak boleh mengatasi rasa lapar anda, ia adalah munasabah untuk berjumpa doktor dan mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan lapar. Sebagai contoh, rasa lapar mungkin isyarat penyakit seperti kencing manis. Oleh kerana ini, adalah bagus untuk berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan. Apabila anda tahu sebab, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan lebih cekap.


kredit : SINI


bagaimana ? anda dah tau punca anda kerap lapar ? jadi , senang la untuk kita ubah balik tabiat makan kita dan boleh la kurus dengan mudah ! 

apa apa pertanyaan tentang diet atau shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 

012-985 1718 

 
 

Saturday, November 8, 2014

cara atasi demam

assalamualaikum semua

aduhai..

rasa nak demam..sakit tekak aja.makan apa semua tak selera ni.

belek belek almari, capai botol gedabak vitamin c. pecah dua then telan dengan air masak. lepas tu minum lagi air masak sampai 3 liter secara perlahan lahan..maksudnya bukan.serentak.

now, nak.tido.kejap.sementara aryan tidur juga.

harap harap nanti ok ya.

selamat berhujung minggu.

info tentang vitamin c
- 180biji
- makan sebiji.sehari
- rasa oren.sebenar. 7biji oren, bersamaan 1biji.vitamin c.
- yang pasti dilepaskan secara berperingkat..

berminat?
whatsap me 012,985.1718
cod ; puchong

Tuesday, November 4, 2014

Shaklee harga murah bulan november



Assalamualaikum semua..


saya nak war warkan kepada semua tentang promosi bulan Novemnber. memang setiap bulan, Shaklee bermurah hati sangat nak bagi promo harga murah kepada semua distributor nya. dan kami akan kongsi ini semua kepada anda. 

anda yang setia dengan shaklee. 


yes, Bulan in adalah promo OMEGA GUARD 

wahhh. ini adalah salah satu produk peberet saya, sebab ianya adalah untuk semua. yess, untuk semua! 

apa yang ada dalam Promo ini ??

1- Buy 6, free 1 . 
~ lagi murah . 
~ anda buleh share dgn sesiapa dan anda akan dapat free membership ! 

2- Buy 2, get 5% discount 
~ beli 2 aja dapat discount tau ! 


tapi berapa ? 
ok, kami adalah dilarang untuk mempamerkan harga di umum. oleh itu amat berharap untuk korang whatsap saya direct yer .

miss sasu 
012- 985 1718 

saya akan share kebaikkan omega guard dalam entry saya selepas ini. 


stay tune ! 
asslamualaikum.

 

PAHANG MENANG PIALA MALAYSIA 2014






ASSALAMUALAIKUM 

wahhhh ! sekali lagi PAHANG mengekalkan kejuaraan PIALA MALAYSIA 2014 !! 
siapa sangka kita boleh menundukkan JDT dengan hanya 10pemain. 

saya , yes kami sekeluarga memang orang pahang. :) 

 
 


ok. nak tengok juga ammar pakai jersey Pahang ? 

heheee. 


 


 
 


adik ada juga, tapi time ni adik dah tukar baju, later kita ambik pic bersama sama yeeee.



btw, tahniah PAHANG ! 

untuk JDT cuba lagi tahun depan ok
 

 

selamat datang november



Assalamualaikum semua ..

Selamat datang november ! 

Bulan ini agak instimewa untuk saya, sebab bulan anniversary perkahwinan kami yang ke 7 ! wahhh, betul ker, tak sangka pulak kan ! 






09.11.2007 
09.11.2014 

wah, dah 7 taun dah diam diam.

terlalu banyak pengalaman pahit manis kan ?
tapi itu semua lah yang akan mematangkan kita bukan ?


ok, semua later saya akan cite lagi .

da...