carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Thursday, March 31, 2011

Makan mcd smpai lebam..:P

As-salam ..

ptg smlam sy dh meroyan kat sy punye status FB nak redeem voucher mcd yg boleh print out je kan kat FB tu kan??.


so, asben balik. dh ckp2 kat die suh pg2 esok pegi mcd kat Puchong Prima nun. die pn ckp okey. goooood.haha.

die kena pegi awal la sbb nye kul 7-30pg dh nak pegi kije kan?so, korang agak2 la pukul bape die kuar umah ..haha. sy duk umah je tgu die balik ngan Ammar yg masih tidoo.

tadaaaa...dh dpt pung mcd breakfast tuhhh :D




redeem 2 keping voucherr. so, belanja rm10 dpt 4 free set breakfast kann? 2 set tuk sy , 2 set tuk asben.
so, 1 dah makan tuk breakfast & 1 lagi tuk lunch ..haha aku tiru ko syana..:P


~ni tuk breakfast tdi. over tau siap pakai ngan garfu, pisau plastik! :P~


korang nak tauu. ni 2nd time sy makan breakfast mcd!!! kecian kan ..hahaha..



P/s : sape2 yg x dapat merasa mcd free ni. tgu tahun depan eh. mana tau mcd baik hati lagi ..:P


Wednesday, March 30, 2011

hujan melebat pukul 3pg tdi telah menyebabkan ??

Assalam ..

sape tau telah menyebabkan ape???




a) Banjir kilat
b) malas bangun pagi
c) baju basah di ampaian .












apa jawapan anda ??


haha.

sape yg follow my story leh tau ape jawapanya..



yes!!! semua pilihan di atas adalah salah ..jawapan palinng tepat ialah ....



































traffic light rosakk..






menci!



JKR, tlg repair eh. lepas tuh masuk dlm budget bagi kalis petir & ribut yer..:P



Tuesday, March 29, 2011

First attempt buat kuih lapis



Assalam ....

Jumaat lepas, lps lunch hour yg panjangg, sy tetibe malas nak buat kije2 opis.haha. kununnn..lepas tu dok surf resepi2 di alam maya ni hah. ingat nk cabar diri buat kuih2 tradisional. yg dlm hati sy nak try kuih seri muka, lompang & lapis. kuih koci & tepung bungkus yg sy suke tuhh, x masuk dlm list must try g..hehe

so, gigih la salin resepi + cuba tuk faham kan ..

ptg Sabtu yg aman damai. lepas si kecik tidoo. toingg dpt 1 idea nak buat kuih lapis. sbb bahan2 smua ada. b4 die tido. kami ke kedai beli santan ..


so..start buat kuih . 1st sekali .pnaskan air , sukat tepungg. and tadaaaaaa..


dh asingkan kepada 2 bahagian. 1 colur merah & 1 lg warna asal..



kukus la selama 45minit (1 lapisan 5minit) . gigih buat lapisan banyak kannn. haha. lepas dh abis kukus. terus rse nak potong.gile kan . mmg la lembik.ms tu dh ckp..oh, x jdi la kot ..lembik..padahal kena sejukkan .**mengong disitu ..:P. sejukkan dulu & buh dlm peti ais.


okey..esok pagi nye..tadaa..dh jadi !! but manis + lembek skett!! but okey la for 1st attempt kannn??





**kesalahan yg perlu di ubah :-

1-kurangkan lagi gula.maybe dlm 150g sajer
2-kurangkan air
3- wat 5 lapisan dh la.ni over tauuu!! haha

okey ..nnti nk cube lagi la..leh la wat sekali-sekala kannn. next attempt adalah kuih seri muka. sbb beras pulut adalah melambakkk. balance buat serawa durian last monthhh..:)

eh,sengkuang ada balance wat popia hr tu. nak buat ape ek selain dr popia..dh lama ngat dlm peti tuhh.cer kasi idea..thanks


'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary


sempat lagi ni nak joint contest ni. :D

anjuran oleh ummiaqeef

puas dh sy godek2 pic ngan Ammar ni. org kata muka kami sama. hehe.




so, sy guna pic ni aje la..:D








nama ibu : Sasuzana bt Zanudin
nama anak : Muhammad Ammar Syawan
umur anak : 2tahun++

nak tag :
1) seri
2) mamaelly

:D

Monday, March 28, 2011

ada beza tak 2 gambar ni ??



Assalam semua !

cm ne weekend? syokkk ker.

cube korang bandingkan 2 pic ni . sy memakai baju yg sama *nampak sgt ko x banyak baju kann? & dgn model yg sama. with my son ler..



ada beza takkk??

~Pic 1~


~Pic 2~



pic 1 - semasa wedding my frem, bulan 3 tahun niii.

pic 2- semasa raya, bulan 9 tahun lepass



motipppp??


haha. ader sorg kawan kata sy nampak kurusss. sorg je pungg..hahaha. cer korng nengok dn kasi tau eh. :P

ke sama jerk..hahaha..

okey. selamat bekerja!

Friday, March 25, 2011

comfort zone

Assalam ..

Selamat Hari Jumaat semua!!

Hari ni sy nak share something ttg diri sy ..chewahhh! rahsia diri la kununnn

korang tatap dulu image yg sy jumpe dlm google neh .:P



apa itu comfort zone? entah ...haha.

tp ape yg sy faham . situasi di mana.kita amat selesa dgn situasi sekarang. x boleh nak mintak lebih & kena terima je kebaikan & keburukan dalam comfort zone ituh . korang faham x???

ok..isue yg sy nak cite sakarg ialah soal kerja. kerja yg kita pegi tetiap hari & yg kita dapat duit dr nya. kalu ada kije, ada lah gaji kan ..

tp. secara jujurnya. sy bosan dlm comfort zone kerja sy skarg . sy rase nak lari dari dunia kije sy yg sgt2 selesa. umah dekat + bebanan kije yg sgt2 kurang. sy bosan ok! sy teringin nak rase bz like a bee. haha. idokla bz sgt. so-so je la.:P

actually sy duk kat opis sorang aje. yg buat admin + akaun. sekali-sekala bos akan dtg la. tu yg buat sy bosan sgt. mmg ye. kije x banyak but gaji shap dpt setiap awal bulan. tp..kepuasan tu x der. rasa mcm dunia ni sy soarg je yg tinggal..over sgt kan! tp, tetiap hari sy pegi opis. dtg kije dgn ikhlas. hope ader rezeki lain yg datang ..

skarg bulan 3 kan?? so, sy dh letak target bulan 6 ni sy make sure akan dpt kije lain! sy nak kije yg ada kepuasaan + boleh menggunakan pengetahuan yg sy belajar selama ini!!

korang doakan sy eh..:D

thanks smua sudi baca smpai habis..:D

Thursday, March 24, 2011

www.emak.com.my



Assalam ..

cer korang tekan link ni :



www.emak.com.my




dah?




menarik tak ??



at 1st sy tengok kat FB ada kawan sy tulis status laman web ni. sy ingat die just rindu kat emak die ker. rupenye mmg website tu valid la eh.:D

sini sy copy paste kan eh serba sedikit ttg bengkel yg diorg anjurkan


Program e'm@k merangkumi 5 bengkel khas iaitu :

1- Bengkel Menjahit - Kursus jahitan asas baju kurung dan tudung

2- Bengkel Manik - Kursus manik dengan 20 teknik asas sulaman terkini

3- Bengkel Bakeri - Kursus membuat cupcakes,kek,kuih muih

4- Bengkel Masakan - Kursus ala catering dan ilmu mengenai asas membuat

catering

5- Bengkel Bunga Dip - Kursus membuat bunga dip@bunga kristal yang menjadi

hiasan di majlis pengantin dan juga rasmi


Kesemua kursus ini dijalankan selama dua hari di mana para peserta diberi latihan praktikal . Dan yang pastinya ianya percuma. Khas buat peserta yang terpilih ,terdiri daripada ibu-ibu tunggal,suri rumah dan wanita yang berpendapatan rendah.Tumpuan diberikan untuk kawasan sekitar lembah klang, namun bagi kawasan yang luar..amat-amat dialukan untuk menyertainya.


Kursus ini adalah dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan harapan setiap wanita mampu menjana ekonomi biarpun hanya dari rumah. Bagi peserta yang berjaya dari program em@k ini,akan ditampilkan khas dalam program APA KATA WANITA .


Kursus yang berlangsung mulai awal Januari 2011 kini sudah melahirkan ramai peserta yang berpotensi dan sudah mulai berjinak-jinak melebarkan sayap ke dunia keusahawanan.

Untuk fasa 1, program bengkel telah selesai, namun program ini akan dilanjutkan kepada fasa kedua tidak lama lagi


sila emelkan butiran peribadi ke sekretariat@emak.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dengan info berikut :

1- nama penuh

2- ic

3- alamat

4- no telefon

5- pekerjaan

6- pendapatan

7- bilangan anak


'EKONOMI MENJANA ASPIRASI KELUARGA'

so, kalu ader sape2 yg nak joint atau ader kengkawan ke yg nak kan. try la email details tuh. mana tau terpilih kan joint bengkel2 tuh? free jerk. :P sy email gak..!! :P

okey ..tadaaa..

Traffic light dh okey.

Assalam ..

iyer! smlm kan dh mengadu kat korg sal traffic light dan akibat nye kan??

ms otw balik umah smlm, oh. belum elok lagi. so, decide tgu ayah Ammar balik la. baru nak ambik si kecik. so,smbil tgu, smbil la kemas umah yg dh cam di langgar garuda tuh. dlm kul 6-50ptg. ayah die x balik lagi. lambat la pulok.

lepas tuh..eh. dh smpai dh ..terus tanye die sal traffic light tuh! lor. dah okey rupenye. hampes betui. kalu tau. awal2 lagi dh ambik kan ??

eleh..ko tu mmg penakut kan . ader laki mmg la tgu die..hahaha.

Wednesday, March 23, 2011

ni semua kerana traffic light ni la..





Assalam semua!

hahaha.

x pasal2 traffic light yg kena. tp, mmg bersalah pun. kalu hujan jer terus black out. sensitip amat la awok nih kan . geram tauuu!! petang ni x tau la okey ke idok lagi.

korang jgn risau. bukan berkaitan ngan kemalangan ngeri maupun biasa2 saje. ni smua rungutan driver x bape nak cekap cm saya.
T_____T

kat taman sy ni ader main traffic light kat simpang 4! kete mmg meramai! tambah2 kalau pick hour. mau hon sana sini . kalu yg nak terus. suke la ko kan ..kalu cm sy yg kena masuk simpang tuh..menggigil je bile smpai tang simpang nih..:P

okeh. cm ni. pg tdi Ammar bangun awl le sangat! kul 7dh bangun . sbb diapers dh melimpah luah. sbb tido mlm tdi pekena lagi 5oz susu. meragam tau mlm td nak tido . nape entah ..so, bile die bangun awal.mandikan smua and asben nk antar die pegi taska. tp, sy x bg sbb sy takut nak kuar simpang tu kang. kalu dr rumah kena kuar simpang. kalu dr taska. xperlu just terus je nak pegi opis. so, biarkan sy antar w/pun sy tau akibat nye kalu de budak kecik cm Ammar time2 sy nak bersiap kang ..

okeh. memula. nak bukak pc! Ammar suh bukak pc ok.! sy on kan aje. nk duduk. duduk la..tp, nak sy duk sebelah dia pulak ..ssh la gini. sy nak jemur baju ni. lantakla.. biar je die menangis. kangx jdi kije. lepas tu die nak berdukung pulak. merasa la sy jemur baju smbil dukung die yg dh hmpir 13kg dh kot!
T________T

okeh.sy nak mandi! die x bg. die nak masuk gak dlm bilik air. so, sy pun mandi cincai2 aje la. sbb ader org duk perati. mandi pun duduk. sbb nnti air merecik pada dia yg dh bersih suci ituh. :P kuar dr bilik air. nak main pulak menda atas peti. ambik la .main la.

okeh (last ni eh). dh siap pegi taska. ! & sy pun selamat masuk opis. :D

ni hah benda alah yg die nak main ats peti tuh. smpai bawk masuk kete :P











tau takkk??



sudu sukatan kan ?:P

konon ibu ko ni rajen sgt buat kueh ..haha





sy pagi ini :D

pakai baju opis jer.x smpat nak iron bagai .






Roxy, sy pakai tudung rose hr ni..:P


sekian ..

hrp ptg kan traffic light dh okeh. sbb ptg kang nak ambik Ammar terus.

thanks baca smpai hbs eh....

Tuesday, March 22, 2011

rutin seharian saya bile suami sudah kije normal

Assalam ..

Tajuk kemain panjang!

Since berkahwin sy sudah bersuamikan suami yang bekerja shift. kije malam, petang maupun pagi buta.so, start awal bulan hari tu. die sudah bertukar tempat kije . kerja normal. masuk kul 9pg balik 6ptg. Sabtu kije jugak. tp, alternate. 1bulan 2 kali Sabtu la. so, Sabtu akan dtg neh. die kije. so, melepak aje di rumah melayan si kecik. :)

bile suami sudah kije normal. sy sebagai isterinye turut jugak berubah. cm ner tuh ?

pagi

-bangun kul 6-30pg, solat subuh,
-masak untuk asben + saya bawak bekal (kecuali Jumaat)* sbb nak jimat $$ :)
- jemur baju.dlm umah jerk pun.
- iron baju kije & kemas beg Ammar
- dh siap masak . mandi + siap2 nak g opis.
- Ammar mandi kat taska.
- kul 8-40pg mesti dh kuar rumah. antar Ammar ke taska.

petang

- balik rumah kul 5-30ptg. singgah kedai beli barang kejap.
- balik rumah.loading baju dlm mesin
- basuh pinggan (pg x sempat)
- sapu ruang tamu
- kuarkan bahan beku yg nak di masak
-mandi & kul 6-30ptg, kuar rumah ambik anak

malam

- lepak kejap b4 magrib
- solat & masak makan malam. , smbil2 tuh pantau keadaan baju dlm mesin.
- makan + layan tenet +lepak tgok tv
- 10-30mlm dh masuk tido (awal kemain!)haha

cm tu la hari2 berkerja. x penat sgt pun cume petang tu yg penat sket. sy x ambik Ammar terus masa balik kije. sbb ssh ngan die. die sibuknak main kat luar. dah x smpat nak kemas. tp, kalu hujan lebat ribut petir tu sy usahakan ambik die dulu. :)

korang pulak cm ne..jom share ! :)

Penat sungguh renovate umah ! :D

Assalam ..



Tadaa...



okey x umah baru sy nih! saje nak lari dr dark color. amacam ok x skarg ?haha.

cer korang kasi idea sket ape yg x sedap mata korang memandang pada my umah / blog neh ..:)

okey . mau rest kejap .:P

Monday, March 21, 2011

botol susu BPA free Ammar

Assalam semua..

Selamat hr Isnin.
Selamat bekerja dari bercuti 2 hari.
sure x de mood kan ? rase nak smbung tido kan ?
hehe. same la tu.nak wat cm ne. dh tanggungjwb kita kan ??

okeh .

sejak2 isu botol susu mgu lepas.. sy pun balik umah terus cek la botol susu si kecik! ada 3 biji ( 1 kat nursery 2 kat umah) . oh. ade 2 yang non-BPA free. sah2 kat bawah die ader simbol no 7! oh. ape la Ibu ni. x cek dulu b4 nak beli kan ..nak kena nih. okey2. kita kasi tukar yer. at least de gak perubahan kan ? dr x ubah langsung ! so, yg 2 pcs tu kt kasi buang yer.. so, cri la yg baru ..





Tadaaaaa..








botol susu gemuk ada pegang dr Disney !

ni warna turquoise kan ?

rm13.90 saje!

beli 1 dulu, dpt gaji kan kita beli lagi 1 yer..:)

:D


Saturday, March 19, 2011

Yess. tekaan mengena Raja Lawak 5


Sape layan Raja Lawak ???

saya la..tetiap Jumaat malam sure tengok !!

so, Man dh masuk dlm list dh bakal Juara. selain Man sy masukkan jugak R2 & Nazmi. tp, malangnye Nazmi langsung x msuk final..kecian ..si kumpulan Balas pulak kan ..sy rse strategi jerk tu masukkan sorg yg x berbakat dlm final kan ?? cam last 2 year. si Amir tuh ..last year x tau ..sbb x layan sgt pungg.

okey ..dpt la Man rm100k! banyak tuhhh. suke-suke. x rugi la berjauhan ngan anak bini lama kan ?:)

baca petikan ni yer.sy ambik kat murai.com




*************************************************************************************


SHAH ALAM, 18 MAC 2011: Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5(RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas.

Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak manakala Balas ditempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM30,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak.

Hadiah disampaikan oleh pelawak lagenda, Mat Sentul yang diiringi Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima dan Warna.

Gelanggang Akhir RL dihoskan oleh Johan dan Zizan dan para finalis ditugaskan untuk membuat dua persembahan bertemakan stail bebas dan muzikal komedi. Turut ditampilkan ialah tiga pengkritik utama iaitu Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo.

Persembahan pembukaan menampilkan semua peserta yang tersingkir sebelum ini menyampaikan lagu tema RL5 sebelum persembahan istimewa dari artis jemputan iaitu Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet.

Friday, March 18, 2011

jom makan calciumm!!!


Assalam semua!! ..

up pic dulu yer...









~suke sgt kan makan calciummm. menjilat jari + sudu ~


Jumaat malam mgu lepas tu ayah die ada beli calcium kat die .so, Sabtu tu bg die makan !! ayah die kije. 2 perisa manggo & 2 lagi perisa strawberry. mak aiii. suke sgt eh die. hbs 1, nak 1 lagi..at last, smpai 3 bekas die makan tau dlm ms 1 hari tuh..bile sy kata dh x de..die nangis2 + melalak. sy pun bg 1 lgi 1 lagi..lepas tu sy tipu..sy bg jelly.die baling okey ..haha. anak dh beso kan..ko tipu.mmg x dpt laaa..

anak anda suke?

:)

p/s : nak start minum anlene laa..umur dh masuk 30series nih!! :)


Thursday, March 17, 2011

kisah saya dan senggugut

Assalam semua!!

Hari ni nak cite pasal kisah saya & senggugut atau pun lebih dikenali dgn PMS. sy & PMS ni mmg x boleh di pisahkan . chewahh! serius.sejak sy umur 14tahun lagi,sy mmg dh terkena ujian sakit menggila seperti di bawah ni..:)



~sakit kat bahagian bawah perut ~



~sakit smpai baring2~



dulu masa sekolah menengah, sy duk hostel masa tahun peperiksaan. PMR & SPM kan.so, kena la duk hostel konon nak study. so, kalu tgh senggugut ni mmg sy akan ponteng nak pegi study! so, ada la alasan. boleh duk melepak dlm bilik rehat. & sy selalu tau x dtg sekolah sbb nye sakit ni. tp, kalu sy sorg2 x kose la nak duk bilik rehat. baik sy g sekolah. lain la kalu de teman.. haha. lgpun hostel kan banyak kisah2 menakutkan ..:)

lepas tu masuk je ke peringkat Universiti. sakit senggugut ni x hilang2 pung. selalu la gak ponteng kuliah kan. ater mmg sakit sgt . x kose ah nak mengerang kesakitan time kuliah . kang x msuk ape kan ?

lepas tu dh kahwin & bersalin. x hilang jugak. org kata lepas bersalin boleh hilang ..mitos saje kan?smpai la sakrg ni sakit senggugut tau ! rasenya ramai g kawan2 yg cm sy kot .

tau x senggugut ni sakit die cm ne?sakit yg amat sgt kat area bawah perut. rase panas je & mengeras.kaki pun cm cramp semacam je. nak wat kije pun mmg x de mood. sy nye sakit cm ni. perut akan sakit dlm 5,6 hari sebelum. so, mendapat la ko sakit cm tuh. lama gile lak tuh. so, time ni emosi mmg kelaut la. lepas tu akan melarat la smpai hari ke 3 ! cube teka bape hari sakit ..:( sy bise amalkan minum air masak banyak je. dulu ada gak amik panadol tuh. tp. lepas khwin dh stop..org kata x elok sgt kan ?so, reda je la kan ..:)


ni maksudnye yg betul . sy jumpe kat wikipedia

Penyakit senggugut
(PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.


hah. sini pun ada banyak info. tengok eh ..


okey la..entry ni di tulis di hari ke3!! so, sy dh bebas dr senggugut ! see u lagi next month :(

babai..:)

Wednesday, March 16, 2011

Cake for besday & potluck

Assalam .



msh dlm entry potluck Ahad lepas ..sy excited terlebih..bise la 1st time kan..korg layan je la yer..kali ni nk cite sal cake. ada cake jugak hr tuh.



cake sponsor from nien !


Choclate Indulgence from Secret Recipe! I like!!!




nak tengok gelagat Ammar bile tengok Nien kuarkan cake ni..
















kan ?excited ngat eh..duk dekat ngan cake tuh!

lepas bukak ni, baby Ali ngamuk nk susu & Nien bwk masuk bilik dlm 10minit cmtu. tetibe Ammar tarik tangan sy nak cake! haha. x malu..kelakar.

nnti ibu buat 3rd besday party kat awak yer!! jgn malu2 pulak..kena excited & sporting tauuu.
bile ?? haha. hujung tahunn niii..haha. lambat g pong ..boleh la nak kumpul rm20/month..kan dlm banyak tuhhh. hahaahha.

Tuesday, March 15, 2011

Our 1st Potluck - makanan yg ada

As salam ..

Tadaaaaaaaaaaaaaaa...

thanx ek sudi bc my blog eh..b4 ni dh tengok my frens kan ..so lepas ni korg akan bise tengok diorg la dlm entry2 saya..:)

meh nak tunjuk makanan on that day !

kami dh siap bgtau sape nak bwk itu & ini. so, sng nak arrangekan ..:)








Fruit Cocktail from Nien ..





Asam Laksa from me..






Spageti from Fyda..
Epal from Afni ( actually die bwk cekedis, lupe nk ambik pic)






Pizza from Mira



best kan ?

nnti kita buat lagi ye...next planning at beach @ waterfall. kita tgu baby Ali besar sket !! :)


Our 1st potluck - kawan2 yg hadir

assalam ..

last Sunday kan sy de ckp nk pegi umah kwn & berpotluck kat sana kan?actully ni kwn dr ex-hppt. iaitu belajar herba di Shah Alam. so, kami ni baik la which is 1 group yg kekal smpai skrg. actually ada 7 org. tp, tinggal 5 (Fyda, Mira, Sy, Afni & Nien) org je yg dekat & always jumpe. nnti sy up pic diorg ye. dr 4 org ni, 2 org (Sy & Nien) yg dh khwin. so, this time nak melawat Nien yg baru dpt baby ni. so, kita buat potluck la. idea come from Fyda. dlm 1 month gak la duk plan & Alhamdulliah its done! :)

janji kul 1ptg nak smpai umah Nien. biasalah melayu kan ..haha, kul 145 cm tu kot baru semua hadir!!

~pic gegar seribu, tp nak upload gak !! :D~


dr belakang kiri: Fyda, Afni, Sy dr depan kiri : Mira, Nien

~Nien pose sama jer :D~


~Nien's Family~



~Sasuzana's Family~


sembang+ makan + ambik pic + makan lagi + sembang + solat

tu je la aktivitinye..

dlm tengah2 tu Nien bwk kuar kek die! ni smpena belated birtday die. so, kita kasi up sekali majlis potluck ni..:) nnti sy tunjuk gelagat Ammar bile dpt tengok kek. die excited okey..sgt kelakar. siap nyayi lagi " happy besday to u lagi !! " tp dlm diam jer. sbb kan pemalu..haha


nnti smbung ..

Monday, March 14, 2011

nama ibu apa?


as salam semua ...


sihat? sy sihat2 aje. hr ni dh start cuti sekolah kan?untuk cikgu mesti best kan sbb leh cuti. tp, ada je plan nak kemana-mana kan?best2 jdi ckgu..tetibe nak jdi cikgu..haha. hope de rezeki sy tahun ni yer. :)

oh yer. meh nak cite. skrg sy tgh train anak sy tau apa nama ibu & ayah die. sng nnti bile org tanya .x la tersipu2 tak tahu. hehe. tp, anak sy ni pemalu sgt eh. smlm pun ader potluck umah kwn pun malu-malu sgt eh. x kuar pun suara .

btw,dh lama train die nama ibu & ayah. tp, ssh tul nak sebut. so, meh tengok nama ibu ayah versi Ammar!!























Ibu : nama ibu ape?
Ammar : Ana (ssh tul nak suh sebut zana)

Ibu : nama ayah ?
Ammar : Ami ( huhu. Amir la..:D)


okey la tuh kan tuk budk 2tahun 3 bulan ni..:)

anak korg mesti dh terer kan sebut nama korg ?:)




kami..

Sunday, March 13, 2011

aktiviti for today !!



assalam ..

today is sunday. day for do a free activities!!

speaking kannn?hahaha.

hr ni kami (kwn2 ex-hppt) ada buat makan2 atau lebih gelemer ngan nama potluck di rumah ibu baru . hehe. kawan, baru dpt baby baru . so , apa lagi..jom la p lawat..ni 1 bulan punye plannning . so, alhamdulliah. dpt jugak di lakukan . w/pun ssh nau eh nak match ngan jadual kengkwan lain yg bz kan ??



kul 1 ptg kang janji nak kumpul kat umah nien ni . umah die kat Shah Alam. so, sy plan nak kuar umah on 12-30tghari. jgn lewat..hahaha.

nak tau sy bawak ape??..kita tguuu nnti .yg pastinye food yg sy suke makan !! :)



p/s : hr ni Ammar bangun kul 10pg !! sakan kan tido kalu time cuti. x pe..ptg kang kita tido lewat sket ye. jgn ngamuk2..:)

Saturday, March 12, 2011

Kebaikkan & keburukkan minum soya .


assalam ..

hr ni hr sabtu. hari untuk bergembira di rumah sbb x yah pegi kije kan ? sy pun x yah pegi kije jugak. tp, x la gembira sgt pun sbb nye asben sy adalah bekerja hr ni. actually die baru kije di tempat baru. nnti sy buat entry psl die yer.skarg Ammar tgh tido. mata tgh tengk cite hindustan kat tv2. Knock Out. entah la ttg kisah ape. tp, cm best je.saspen gtu..:& tangan tgh naip entry ni. terror x sy..haha. **perasan eh.

okey. last 2 weeks. sy tgh memberikan 1 minuman kotak berasaskan soya untuk Ammar. 1kotak 1 hari. saje-je bg sbb nak bg die tukar selera la pulak. lepas tuh, masa pegi Kuantan hr tu my biras ckp x elok sgt. tp b4 tu sy dh tau la.so, dlm mgu lepas baru la buat research sket dekat internet. jom baca ape yg sy jumpe key..sy just ambik 1 artikal je.

*************************************************************************************

Kesan pemakanan pada badan Kaitan susu soya dan kanser

soalan kepada doktor..

Doktor,


Saya tidak boleh minum teh, kopi atau susu kerana saya menghadapi masalah angin di perut apabila meminum minuman tersebut.

Kemudian saya beralih ke susu soya untuk sumber kalsium. Saya serasi dengan susu soya. Perut saya tidak meragam apabila minum susu soya.

Saya minum susu soya satu kali pada setiap pagi sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini saya menerima e-mel daripada kakak saya yang menyatakan kita boleh mendapat pelbagai jenis kanser jika kita minum susu soya secara berlebihan.

Adakah kenyataan itu benar? Tetapi setahu saya, susu soya elok untuk mengelakkan penyakit jantung dan elok untuk merendahkan tahap kolestrol badan.

Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkan pemakanan sayur (vegetarian)? Mereka bergantung kepada susu soya untuk diet harian mereka. Adakah mereka berisiko menghidapi kanser?

– MAS, PETALING JAYA

Jawapan:


Saya telah menerima beberapa e-mel serupa yang mengaitkan produk soya dengan kanser tertentu.

Produk kacang soya sememangnya mengandungi bermacam jenis phytohormon yang belum lagi dikaji sepenuhnya fungsi dan tindakannya.

Dakwaan yang mengaitkan kanser dengan kacang soya bagaimanapun mungkin hanya khabar angin dan ketepatan maklumat yang disampaikan agak sukar ditentukan.

Namun, jika anda mengambil susu soya sebagai sumber protein, anda juga boleh menimbangkan sumber protein lain seperti produk vegetarian lain yang juga kaya dengan protein seperti dhal, sayur-sayuran dan pelbagai jenis kekacang.

Jika anda mengambil susu soya sebagai suplemen kalsium, maka anda patut menimbangkan pelbagai jenis daging dan juga sayur-sayuran untuk sumber kalsium.

Walaupun teori kanser di kalangan pengamal minuman susu soya belum lagi dibuktikan, amalan meminum susu soya sekali-sekala mungkin adalah selamat


sumber dr :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm


secara kesimpulannya : berpada-pada la mengambil soya. so,maybe sy akan bg Ammar dh 1,2 kotak dlm masa 1 mgu jerk..:)

Friday, March 11, 2011

ke TC malam hari

assalam ..

sihat semua ???

hope sihat ye, kalu x sihat pegi klinik , ambik mc & tido!! :P

Hari tu pegi jalan ke TC. kalu malam sure la gelap kan? dh la meramai org. nak masuk pun jem eh. pegi ngan abg ipar 1 family. lepas tu otw g sana..tetibe msg ngan kengkawn yg dtg wedding mimi tu. rupenye diorg dah ader di TC! so, apa lagi..ke sana la kami. ptg tdi x smpat nk menyembang lama kan ?

so, smpai sana. cri kawan dulu sbb diorg tgh makan ..asben bg chance suh sembang dulu ngan kawan. sembang2 la..lepas tu asben coll. suh pegi kat die + cm marah2.nyampah.haha. nk menyembang lama sket pun x leh .

so, x dpt la sy nak jln2 kat situ g ..sbb dijah (anak abg ipar) dh mengamuk..tp, sempat singgh kat 1 kedai tepi2 tu jual FM.tp, dekat 5minit sy duk situ, org jual x de.ingat nk belila. nak wat GA kasi korg..tp..x de rezeki..hehee. lain kali yer...





:candid:


: kami yg suke sembang :

okey ..Ahad balik KL..x jem pung ..:)

Thursday, March 10, 2011

jumpe kawan chat/bloger di Kuantan

assalam semua .

msh lagi cite2 kat kuantan hr tuh . jgn boring yeeee...

1week b4 nak g sana, sy dah arrange nak jumpe ngan 2 org kwn lama,jiran, kwan chat & also blogger jugak !! pegi sana bukannya selalu kan?so, mari la kita make appoinment nak melawat umah kawan . :)

so, selepas mengedix di umah pengantin berbaju merah ngan kengkwan bukan pengantin, beransur la kita ye. kebetulan dua org ni duk kat area yg sama iaitu Indera Maktota. tp, lain la IMnye. sorg IM2, sorg lagi IM14. jauh gak la..hehe.nsb baik driver mmg anak jati Kuantan.so,baik serah pd yang pakar !!

mula2 pegi umah Suzi. Atually, die jiran 1kampung. tp selalu la chat kat FB maupun YM..:) tp..kat kmpung jumpe 1 tahun 1 kali jer. haha. tu pung masa raya. kalu x de raya, alamatnye x jumpe la..haha.melampau ..Suzi hidangakn sy ROTI JALA & KARI AYAM. which is my feberet!! sgt suke. tau2 je ko kan suzi!! sy makan dekat 10biji rase, sedap..eh.eh..nape x sma cm sy buat pung ..x aci..kena g tanye dia wat cm ne..hahaha. ke kalu makan kat umah umah mmg cm gtu ..hahaha

::cilok dr blog die. hr tu lupe nak snap..::

dlm kul 3++ smpai sana..lebih 1 jam melantak dgn hebat+ sembang2+ambik pic, balik la kita tuk pegi umah sorg lagi ..


::gmbr dulu la..::


::baru anak suzi (ayen) masuk ::


dlm kul 430++ smpai umah Zawiah . ex-opismate neh. skrg die stay kat Kuantan. tgh preggy 9 bulan !! tp, hidangan nye..mak aiii. sy x preggy pun x leh buat ..haha. aterr ko x reti mmg la gitu kan ?kat situ pun makan ngn hebat gak ..anak pulak tgh tido lagi la best ..ammar tido ms otw nak g umah zawiah nih. tetibe jer terlentok!! die x bise cm gitu!! ..supriseee..ngadee..

tengok x hidangan nye..sedp kan ?puding roti + kek sarang semut!! suke-suke..ko mmg kuat makan kan ?haha. x la .sekali-sekala kan ...



:: makanan yg sedap ::


::sy , zawiah & Adam. yer, yer Adam nk dpt adik!!::



okey. masa dh time!! jom balik.....



smpai umah..lembik .penat wei...tp, malam kuar lagi..ke TC kita !! tp gelap + ramai org ..tguuu cite :)


p/s : Ammar cm dh terer sket kan senyum & focus pd kamera kan ??


Wednesday, March 9, 2011

pengantin berbaju merah


assalam..

masih dgn entry ke Kuantan hr tuh .


kami smpai umah kenduri tu kul 1ptg. makan-makan + lepak + sembang ..best rase..1st jumpe ngan Fiza. die ex-housemate sy masa stay di Bangi tahun 2007 dulu ..dia pung baru khwin hujung bulan lepas. sy x boleh pegi. asben kije. tp. sy lupe nak bg die ape2..huhu. lupe dowh.

dh lepas makan, pengantin pun smpai ..berbaju merah . meriahh gitu. majlis pun mewah kan ..:) masa ni sy dh hbs makan ..so,terpaksa la bangun tuk bg chance kat org lain duduk & pegi tengok pengantin. Ammar ngan sy masa ni. sy dukung sbb die dh luar kawalan. langgar org kan saje je kan ?


::Saya, Ammar, Maya & Fiza::

kat sini jumpe ramai kwn lagi iaitu Fida, Natt, Ros & Maya...semua ex-housemate kecuali Natt. sgt heaven kan bile dpt meet together ngan kengkawan lama..lepas tu asben ambik Ammar . bwk masuk kete.die bg sy chance tuk jumpe pngantin. tp, x boleh lama sbb masa tu pengantin tgh bersanding + renjis mawar kan .so, sy ngan fiza decide tuk salam je & ambik pic senget2 jerk. nk wat cm ne. dh asben+ anak menunggu kan ?lagpun sy pegi ngan abg ipar 1 family..cm ssh sket la kan nak lelama. :( lain kali sy kena manage time betui2 la. kena dtg lewat sket .dlm kul 2 ker. boleh la ambik pic ngan pengantin kan ?sedih di situ ..:D


:: Raja sehari :D :


:Saya & Fyda ::


:: Saya, Fiza & Mimi ::


lepas tu..gerak umah mak mertua abg ipar ..tumpang solat + dlm kul 3-30 cm tu ..gerak ke umah kawan lama...hari melawat kawan lama..i like!!!to be continue..


last, sy tinggalkan ngan gambar kat meja makan pengantin.



cantik sgt !!



scroll yerr ..




















kan ?

:)

Tuesday, March 8, 2011

@ Kuantan. Majlis Nikah

Assalam ..

dh lama rase eh x apdet blog. tetibe mood dh merndum. cepat2 kasi naik semula :)

Jumaat lepas kami ke Kuantan kan?tujuan ke sana untuk attend wedding one of my best fren. banyak g list yang bride- to -be ni .InsyAllah. so, ke sana kami gerak kul 4ptg. agak lewat kan?at last jem sagt2 dekat MRR2. mula la nak salahkan sape yg menyebbkan lewat ..:)sepanjang perjalanan tu hujan jer. tp, Alhamdulliah, selamat smpai ..

Dlm kul 8-30 mlm,kami smpai di Sg. Isap, Kuantan . terus ke umah mak sedara asben. tukar baju & solat magrib. kul 9++ gerak ke umah pengantin untuk attend majlis nikah. masa kami smpai dh nikah dh pung . x smpat nak dgr lafaz dr pihak lelaki. oh. kat sana, Ammar adalah sgt melasak. naik amarah dh sy time tuh. tp, sabar je la kan . anak lelaki mmg cm gitu . boleh guna pakai ke kata-kata ni ?:)

:acara batal air sembahyang. dh nikah awk ye Mimi :


dpt la jumpe ngan pasangan suami istri yg baru diijabkabul ni. moga-moga berkekalan hingga ke akhir hayat ye. nnti kita berpotluck kat umah awk yer..:P

p/s : next entry makan kenduri ..:)

Friday, March 4, 2011

Pengumuman

assalam smuaaa...

jap lagi dlm kul 3ptg nak gerak pegi kuantan !! wedding my best friend yg sy cite hari tuh ..


with bakal pengantin :D

jap g ambik Ammar kat nursery terus gerak ke sana.

doakan kami sampai dgn selamat yer..InsyAllah ..:D

Thursday, March 3, 2011

DPLI Ambilan July 2011 dh keluar



as salam ..

jom sape2 yg ade niat nak mintak DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah), boleh dh nak apply sekarang. beli no pin kat BSN dulu. lepas tu boleh klik dekat sini :-




tarikh2 penting :-

14March 2011- tarikh akhir pemohonan online

18March 2011 -tarikh akhir hantar dokumen



p/s : 1st time nk mintak nih..:D

malam tdi pegi tampal gigi ..scary gak ek

assalam ..

yer..sy de msalah gigi depan yg cm mereput & mnyebabkan berlubang dh.! maluuuu. ptg smlm, balik kije. mandi + gosok gigi. tetibe lepas mandi nak tengok cermin ..mak aiiii. yg reput tuh dh berlubanggg. malu la weiii. so, asben balik, terus la mengadu domba kan..so,die pun terus la ajak pegi klinik gigi Zainal dekat Puchong Prima..

on internet, cri no phone. nak tanye tutup pukul bape. nsb baik tutup pukul 9mlm. so, ambik Ammar, terus pegi. smpai sana kul 7-20mlm..tgu jap, & then masuk bilik doktor. dup dap-dup dap lah ..debar. kuatkan hati jerk. doc tanye nape..sy pun..bla, bla, bla..baring ..sy tanye sakit x..die kata ngilu sket..okey, tabahkan hati..1st step, die korek dulu yg reput & buang habis..lepas tu relaks kejap..suh sy kumur..tp b4 tu sy dh asyik nak muntah jer. sbb cm de air sejuk masuk dlm mulut kan ? kejap2 sy rase nak muntah..doc siap ckp, x leh buat cm ni, kalu xleh tahan..so, sy pun tahan..nafas cm bise & dh siap dlm 25minit cm tuh. huhu. scary la jugak bg sy yg penakut amat nih ..:D

dh siap..byr bill..bill dlm rm90! . mahal kan ?melayannng duit. x pe, kata nak cantik kan ?hehehe. boleh je pegi kat gomen klink..tp nak cepat kan..belasah jerk lah ..:P

balik umah jap makan & solat magrib. dlm kul 9mlm gerak g putrajaya. jumpe kwn blogger nak antar tudung ..:)

sekian ..x de image pung .sbb x de mood nak ambik pic.takut kan ..:D

Wednesday, March 2, 2011

suke duka hantar anak ke nursery ..

assalam..

sy terpanggil untuk share ngan kengkawan ttg pengalaman sy meletakkan anak di bwh jagaan nursery 100% sewaktu sy bekerja maupun sewaktu sy ada hal2 penting yg x boleh bwk anak. :)

antar anak kat nursery mula2 tuh banyak gak org terdekat mempersoalkannye , antaranye



ko percaya ke nursery tuh ?kalu aku, takut la..

macam2 hal la kat nursery ni kan, risau pulak nak antar ke sana.aku nak tukar suh org jaga je.


kecik lagi la anak ko tuh. x sesuai la duk reramai ngan budak2 besar ..


boleh ker ckgu2 tu jaga. ramai tu budak..mesti main acuh x acuh je kan ?


tu la antara persoalanan nye. sy hanya senyum je la. dlm hati..Ya Allah, tawakal pada Mu sahajala..



kenapa sy hantar anak ke nursery???


time ni dia dh duk nursery



actually, lepas sy hbis pantang ke 60hari. hari ke 60 tu la sy start hantar die di nursery. tambahan pulak. owner taska tu dulu adalah majikan saya. sy pernh kije kat sana dlm 2 tahun gak la. lepas grad. b4 konvo la. nk cri duit lebih kan..lepas tu continue lagi ..sbb x dpt kijer g. so, dr situ sy percaya la kat owner nih. bg sy. duk sana sng, ade ramai kwn & bile die dh besar sekalipun nak pegi tadika & sek rendah. sy akan jdikan nursery tu transit die. lebih baik lagi. bile owner tu pung ade wat service transport ..

duka bile anak duk nursery ??

banyakkk la jugak...tp. x smpai masuk hospital la..so, boleh bertahan lagi lah ..tp, bukan x de langsung .ada.

1- bontot merah . maybe sbb x tukar diapers kerap. w/pun sy buh 6-7keping diapers
2- tangan kena gigit . tp, ni dlm 1,2 kali jer pung.
3- lebam sana sini . ni dlm 1 bulan tu 2, 3kali la. bise la. anak tgh melasak kan
4- cakar sana sini . ni pung dh biasa
5- tertukar baju kotor ngan bebudak lain . ni dlm 1 bulan tu 2,3 kali gak lah. confuse ye dik?tp, sy bise basuh jer. dh bersih baru pulangkan.dlm 2,3 hari dpt la balik baju Ammar yg betul. dn bersih jugak .
6- balik dgn keadaan yg ada isi dlm diapers. means berak la..:D ni sokmo jadi. x suke..maybe Ammar pun x bgtau kat cikgu2 nye. aterr. dh nampak mak nye dlm kete. harus la die terus berlari nak kuar kan ?
7- x main kat luar taska. bise petang2 ckgu2 bwk diorg main. tp, dlm 1 mgu tu 1 kali jerk pung.cian ke budak kann?x nk wat cm ne, time weknd je la bwk Ammar g main ..
8- tu aje kot. x ingat la..tp, banyak baik dr buruk la..:D


suke bila anak duk nursery ?

1- balik umah dh bersih +kenyang ..
2- dpt makanan banyak bile bebudak lain wat besday party ..:D
3- boleh la bergaul ngan bebudak lain


so, mybe ni atas rezeki masing2 .ada yg dpt nursery yg teruk. & ada yg sebaliknye kan ?ape2 pun tawakal la yg penting. ingat taun depan nak hantar ke tadika.& still duk kat nursery tuh. just byr transport kos jer. nursery ni x de belajar. just day care jer.:D so, kena pegi tmpat lain la tuk belajar..tp nak belajar free diapers dulu. dh suh nursery ajar. die kata tgu lu. huhu. selagi diorg x ajar. sy x leh nak start. kang wekend je free. g nursery pakai pulak.guane tuh.

ok..semua.