carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Friday, August 16, 2013

Pengedar Sah Shaklee

Assalamualaikum.. 

Dengan rasmi nya nak bgtau semua follower yang sy baru join 1 bisness iaitu Shaklee! 

Mesti korang biasa dengar kan .. 

Jenama yang paling top dalam bidang kesihatan. rata2 org mengamalkan makan vitamin di bawah jenama ini. 

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.

ini sy ambik di website Shaklee. 

so, lps ni jangan malu2 nakbertanya tentang produk shaklee ye. 

just sms / email/ pm di fb saya je

sms : 0129851718



Friday, August 2, 2013

Last day kerja

salam semua...

jangan la jeles. sy last day kerja hari ni. last day b4 cuti raya la kan? tapi balik kampung lambat lagi ..huhu. nak buat cm ne, asben belum cuti.. balik kg adalah hari selasa!yeayyy. raya ngan baby aryan la kite taun ni kann?

raya taun ni turn umah asben dulu.. ala, kitorg kan 1 kampung. nun di jerantut sana..so, raya mesti la balik rumah dua2, cume lambat ngan cepat aje.

ok, nnti jumpa after raya yer..:)

selamat hari raya semua, jaga diri bebaik ye.. :)

Thursday, August 1, 2013

Baby Aryan kena kuning & petua nak kurangkan kuning baby

gitewww..panjang kan tajuk nyee..

ok, lps bersalin 16 mei tu.kena tahan ward lagi tau. dok la melangut kat ward, sbb nye doc kata nak cek bp lagi..sbb kena tahan ward kan bp high. so, nak monitor la tu . so, redo aje la. huhu.. baby aryan tak da la behave sgt kat ward. 2 malam kena jaga sndiri. agak huru hara gak la. tapi nsb baik ada kwan2 seward yg boleh tolong n di bawak bersembang ... hahaa.

hr sabtu 17mei gtew, pepagi buta doc buat rondaan. nak bgtau la sape boleh balik ke x boleh balik ke.. smpai katil sy, doc kata..ok, dh boleh balik..sekian,sekian .. so, hati sgt gumbira la kan. terus dan2 col asben, suh dtg ambik .hahaha. sgt over kan??tetibe kannn...suspen sgtt. pukul 10pagi, doc buat rondaan lagi.katanye x boleh balik sbb nk cek baby. kot2 ada kuning nye pulak..nyampahh tauu. kalut terus sbb nye sy dh suh asben pegi potong nama. byr bil la mksudnye.

ala, doc.. absen sy dh g byr pungg. kata sy dgn gedixnye..

itu la, xpe, kita ambik darah baby dulu ye, kalau tgi kita duk bwh lampu. kalau x, boleh balik. 

debar2 la kan.. tgu result darh dlm 2 jam..

2jam adalah masa berdebar2.. lps je 2 jam terus g jumpa doc tanye result, yes! tak tgi sgt ..buleh balik but esoknye kena g hospital kat kmpg cek darah lagi ..

ok2.. nak balik sgt kannn

so, smpai la hr ke 12 sy kena ulang alik g hospital bwk baby cek kuningnya! sgt kesian ok..hari ke 12 tu dh slow sket sbb sy baru guna petua nak bg reduce kuning tu. masa ammar dulu x de kuning . tu yg agak blur sket ..

petua nak bg reduce kuning cara saya ialah : 

sediakn anggur hitam & daun pokok dukung anak. 

ok..anggur hitam tu ambik airnye..sket je la.jgn over sgt. celupkan dlm mulut baby. diulangi, sket je tau.. n ibu2 pun boleh makan jugak yee.

daun dukung anak tu dibasuh bersih, n direbus bersama air yg banyak .. lps tu di buat mandi. air tu campur ngan air mandian baby, buat bilas. jgn dilap2 baby. biar dia kering sndiri,. isnyallah boleh turun ..

sila cube yee...

ok..dah..tu aje..:)

Tuesday, July 30, 2013

kronologi kelahiran Muhammad Aryan Syamil, pengalaman induce

hai hai ..

apa khabar semua? alhamdulliah .. sy dh selamat melahirkan anak ke2. lelaki jugak mcm abang nye. tak de rezeki nak anak pmpuan kali ini.hehhee

eh, puasa cm ne? ok tak .sy puasa penuh smpai hr ni.. alhamdulliah, walaupun bf kan baby aryan, still boleh puasa lagi..tapi ptg2 sket nak berbuka tu mak aiii,tekak sangat la haus. dah la cuaca pun panas semedang jeskrg ..

ok, back to topic ye..

kali ni mengandung, bersalin banyak dugaan. dugaan yg betul2 buat sy hilang semngat la. start dr mengandung, company tutup. so, sebulan tu x keje la.dah masuk bulan ke 5 baru la ada org bg keje. ala, keje biasaje. tapi alhamdulliah kann?

15mei 2013

pagi2 buta pegi checkup kat klinik dengkil. jumpa doc sbb nak scan baby. smpai sana, mak aii darah naik pulak. tinggi sket la. dlm 140/70.. huhu.. doc tak sedap hati..dia bagi surat refer pegi hospital . so, pergilah hospital dgn harapan kununnye boleh balik rumah lagi. boleh makansedap2 kann? smpai sana.. doc kata, eh kena admit ward la sbb dh masuk 38weeks. so, dh boleh la kalau nak bersalin kan? so, sy redha aje la. walaupun dlm hati tu , nyesal g hosp dulu. kalau  x boleh g makan2 lu kan. sbb bila dh jumpe doc, jgn harap ok nak balik rumah!sy pun di tolak ke labour room hosp serdang ni. naik wheelchair tuh. smpai labour room, cek darah..dh normal.. lps tu buat ctg, seluk sana sini..baru 2 cm. hosp serdang ni sgt pack la. ramai gile org, sudahnya sy dpt naik ward 1030malam! dr tenghari tuh. gile la..tapi sabarr

16mei2013

pagi2 buta tu nurse kejut, suh pegi bilik rawatan. nak induce katanya!! sy dgr induce, dh meremang bulu roma. sakit kot kan ? so, pegi la.. masuk kat bontot. caranya sama la mcm dia seluk nk cek bukaan tu. doc kata dia bg masa dlm 6 jam dulu. lps tu if x de contraction jugak, continue next induce! ceh, buat org berdebar aje kann. so, pukul 11pagi cek. contraction tngii, cek bukaan dh 3cm. ok, so tgu je la.. sambil jalan2 di ward.. bahagia sgt kan..hahhaa. start pukul 4 ptg, contraction dtg dengan hebat nye... ngadu kat nurse, so doc cek bukaan. yeayy dh 4 cm. jom g labour room.. smpai labour room, doc pecahkan air ketuban.. smpai la pukul 8 malam. still 4cm. x berubah pung, tp sakit sgt ..pukul 8 malam, sakit yg amat sgt..ckp katdoc, skit sgt ni.. rasa nak berak sgt. oh ye, husband ada teman.. dia masuk dr pukul 6 ptg lagi. ada la teman menyembang kan..ala, bukan nyembang pun.. sakit ada la.. hahhaa.  tiba2 kan.. sakit mcm nak berak tu dtg lagi..teran la.. pas2, nurse mcm kelam kabut.. ambik kain hijau nak alas la..gunting semua. rasa berdebar datang ..'puan, cpt teran..dh nak nampak kepala baby' eh.. kenapa cpt sgt pulak. td kabo 4cm. tp teran je la kan..kang x tern kena marah pulak. kali pertama n kedua teran, tidak menjadi. hahaha. rasa kelaka pun ye..kali ke3 tu, terus sekuat hati ..teran..keluarla baby.. huhu..alhamdulliah ...lahir2 je baby mcm lapo sgt . haha. ye la. keluar time lapo. mana makan nasi  lagi ..dan2 situ gak minum susu ibu kan? alhamdulliah ...

ok, nnti jumpe next entry ..kita cite pasal kuning pulak yeee.. kelam kabut oiii, anak kuning pulak.

Monday, July 8, 2013

Dua beradik

Alhamdulliah...

Dah lahir ank kedua & dah hbs pantang pun. Hehe

Tuesday, April 9, 2013

33 weeks already

salam semua..

dh lama tak update blog kan? bukan apa, ada masalah internet sket . ni dh ok sket la. boleh bernafas sket .hehe.

oh ye, rabu ni , esok la kan..dh masuk 33 minggu. yeayy. x lama dh nak bersalin kan.
yeayy kunun..padahal dalam hati berdebar2.. takut je lebih..bila bersalin anak 2nd ni lagi la berdebar, sbb dh tau sakit nye cm mana kan?

ok la..jumpa lagi..




ok la, lagi 1, insyallah 2nd ni boy jugak! hehehehe. x kisah pun, leh la bergusti ngan abg Ammar tu nanti. skrg tgh serabut nak pikir nama anak. haha.

babai..:)

Tuesday, February 5, 2013

Ultraman tak abis2

Ni cd dapat sbb beli ultraman kecik2 tu. Cek2 kena tgok kat vcd. So, tak dapat la tgok kat tv. Kemain la nak tgok kat laptop jer. Kat sini port paling sesuai. Dekat ngan plug. Laptop dah uzur, kena plug in kalau nak bukak.

Ibu pun tak fhm napa suka sgt kan. Dh la bahasa cina, hahaha langsung x faham tu.

Layan je la kan.

Saturday, February 2, 2013

Step by step solat istikarah

Salam...

Untuk panduan kita bersama.

Ada orang share dlm fb. So sy share dlm blog eh.