carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Wednesday, February 29, 2012

dulu saya pun pengasuh di taska

salam ..

ramai kan pakat share video ttg pengasuh taska buat kat bebudak tu kat FB..tapi, sy tak tekan pun play! betuii. just baca komen2 diorg je..so, leh imagine la sket2 apa isi video ituu. mmg teruk ek? siap balut budak beso tido cm bedung, lepas tu siap tampal ngan solutape eh ? gile kann?lepas tu kat harian Metro, rupanye...pengasuh 2org tu buat dajal kat owner ek? marahkan owner, tapi buat kat budak2..gile la gtu. ko pegi la ckp direct aje..ni mesti kes owner tak byr gaji or marah2 kat diorg agaknyee..

sy pernh tau kije taska. lepas hbs belajar. tu pun usha2 dlm paper.ambik no tepon n terus col decide nak kije..hehe.terus die suh datang ..masa tu kunun nak kumpul duit wat belanja konvo. masa mula2 kije mmg mencabar kott. sbb bukan sng nak uruskan budak2 kecik ni..tambah2 lagi baru mula kije. mmg menangis gak ..hehe. so, masa tu cekalkan hati n banyak bersabar . owner pun duk kije sekali.so, tak de lah susah sgt pun. gaji pun sket je . rm450 aje kot..huhu..last2 nak berenti pun sayang ..kiki

dulu kat taska, sy ngajar budak 4taun. ngajar menulis & mewarna serta kenal abjad. tapi kan, skrg nak ajar anak sendiri, payah nye la..banyak nau songeh tau. kita lak kena ikut ckp dia. huhu.

sy tak ada la link video tu. x sanggup nak letak pun. korang cri la kat Fb dh bersepah. tapi x tau la ada lagi ke tak, sbb smlm tgok berita, owner tu mintak video tu diberhentikan n akan ambik tindakan kat 2pengasuh yg tak berhati perut tu. biar diorg kena balasan kan? smpai hati buat bebudak mcm tu..

oh ye..taska yg sy kije tu, tempat Ammar duk sekarang ..hehe

k la..babai ..:)

Monday, February 27, 2012

i'm back !

salam ..


budget artis la tu, org merindu kann? haha.

okies. dh lama tak update blog kan? 1week jugak sy tinggalkan entry murah rezeki tu. saje nak bg korg baca2 lama & aplikasi kann. mana tau kan, kita usaha n tawakal. InsyAllah nnti Allah makbulkan ..:D

sy dh lama tak update blog sbb internet kat opis ada masalah. tak repair2 pun lagi. sbb nak uruskan pemotongan line dulu. so, lepas tu baru la kita tukar apa yg patut. nak pakai line 1je. senang sket kot. n jimat pun .

ok, nnti next time sy cite lagi. nk transfer gambar2 dulu ..kang tak de idea pulak kann?

k, jumpe lagi ..

Tuesday, February 14, 2012

Amalan Memurahkan Rezeki

#panduan bersama

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sunday, February 12, 2012

Hadiah dari drypers



besday ammar dh lama berlalu. Tapi last weekend baru la muncul hadiah dr drypers ni. Ni pun ibu dia yang gedix kan mintak kat drypers.kiki..ala, simple je.. Potong je bar cord kat plastik drypers tu dlm 3keping n tulis details ur kids n alamat semua.. N hantar kat alamat nye..tapi sy tak ingat pulak la weh alamat tu, korg google eh..sorrry.

Dpt buku colouring ni.. N ada sticker jugak..so, blh la tambah koleksi buku kann?

Ok..babai semua..

Thursday, February 9, 2012



fuhhhh. Lama gila kott tak makan kfc. Ni tetiba lak asben nak makan masa g giant bandar puteri, puchong sempena besday dia tu.so, order la dinner plate 1 n snack plate 1. Makan dgn selera sungguh la. Kiki. Ammar tak join, sbb ni pegi time lunch hour. Eh, tapi dh mahal kann? Snack plate dh rm1o tauu. Ok, tu je nak cite..hehe

Wednesday, February 8, 2012

Internet downnn

Hai...dh petang baru jenguk kat sini. Alkisahnya, internet kat opis down sgttt. Sent tgi dh, received je yg slow gile kot. Bape kali restart pun dok gtu jugak. Dh coll tm mengadu nsb, kita tgok cm ne yee. Oh ye, ni again kat hp jugak. So, tulis sket2 dh la ye...

Tuesday, February 7, 2012

2pagii

Salam ... Skrg dh pukul 2pagi, tapi mata masih segar lagi. Nape entah tak leh nak lelap pulak ni. Godek2 hp, cer try test update blog, kot2 jadi kan? Hehehe. Esok, cuti lagi smpena thaipusam, so tak ape lakan tak tido lgi.hehe

Sunday, February 5, 2012

Apa itu Maulidur Rasul?




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber : Wikipedia


contoh sambutan Maulidur Rasul

Friday, February 3, 2012

selamat cuti u all's

hai ..

sekarang tgh hujan ni..lama dh tak hujan siang kan? i mean hujan masa duk kat opis. hehe. tapi kalu kat umah lagi best, leh tido kann?

cuti 4hari ni u all's pegi mana? Ahad kan Maulidur Rasul, & tuk negeri selangor dll tu dpt la cuti hr Isnin & kebetulan Selasa pulak cuti Thaipusam. berderet2 la cuti kan? hihi. kitorg tak g mana kot. cuti CNY hr tu dh balik kmpg. so, cuti kali ni duk umah aje la ye, kalu nak berjalan2 pun kita g jalan dekat2 aje yee.

eh, smlm besday asben sy yang ke 29! & smlm kami g makan KFC di Giant Bandar Puteri. kitorg g berdua je sbb ptg smlm ajak asben g bank. so, alang2 tu singgah la kejap kat sana. asben cuti smlm, sbb 1day b4 tu kena kije 24hrs. bila nak balik tu singgah Secret Recepi. beli kek 2 slice untuk Ammar. dia kan excited sungguh bab2 kek ni.

tu aja la nak cite. gambar tak de.kiki.

ok, selamat cuti panjang kepada sesiapa yg cuti lama cm saya yee. :D

Thursday, February 2, 2012

setuju 100%

hai semua..

semalam kat FB, sy ada share kan 1 status Sham Kamikaze. yang mana ianya secara tidak langsung mcm melahirkan apa yg sy rasa selama ni kat FB.


ni ada sy print screen kan..

yang dlm petak merah tu ..





tau la semua itu hak memasing kan? tapi ada kalanya tak perlu la kita nak marah2 kat FB sebab marahkan someone or benda itu kan? sbb tu lately ni sy jarang sgtt nak update status ape kat FB .org kata berdiam lebih baik kan? ke korg tak setuju apa Sham ckp ni? :D


Wednesday, February 1, 2012

perbualan dengan Ammar

salam semua..

Ammar dh 3taun 1 bulan. last Dec baru celebrate besday nye yg ke3 taun. lately ni mmg banyak sgt ckp..tpi bahasa die la..hanya kami parents je leh memahami..kikiki.

standard la bila ambik die kat nursery, sy akan tanye mcm2 kat dia.

Ibu : hai Ammar ..
Ammar : hai ..
Ibu : main ape tadi ?
Ammar : main lego.
Ibu : makan ape tadi
Ammar : nasi , sup, ayam
Ibu : ooo, makan dgn siapa?
Ammar : aunty baby suap (aunty ni owner nursery n baru dpt baby)



bla, bla,bla smpai jumpe trafic lite nak masuk umah. & lalu kat kwsan kedai .


Ammar : ibu, nak pegi kedai
Ibu : ok
smpai kedai, park kete & cek purse.
Ammar : ibu ada duit ?
Ibu : ada ..**tanye ada duit tu..kikiki

smpai kedai, dia pegi ambik 2 benda bahan makanan. biasanye 1 je. tak boleh jdi ni..kikiki. kang dh biasa, payah pulak

Ibu : eh, 1 aja la.mana boleh 2.
Ammar : jom2 bayarr. **cpt tarik tangan ibu.
Ibu : eh..nnti ayah marah la..letak balik 1
Ammar : jom222.

tp lepas dh janji mgu ni tak leh g kedai dah, baru la diluluskan & bayar


makan la dgn gembiranya 2 benda tu bila dh smpai rumah..

lepas tu org sibuk2 nak solat . dia pn sibuk gak nak duk atas meja dlm bilik. & atas meja tu ada 1 bakul baju dia belum smpat lipat lagi..

Ammar : Ibu, letak bakul kat sana
Ibu : **ikut je laa arahan si kecik
Ammar : tima kasih, pandai pun.
Ibu : amboiii. dh pdai puji kann? **terharu ..kikiki


eh, dh besar la anak sy ni..kejap je dh pandai berkata-kata..