carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Tuesday, January 31, 2012

Kenduri-kendara ni memang penat tapi happy kan?

hai.

sorry la lama betul saya tak update blog kan? saje jer suh korang dgr ceramah ustaz Azhar tu lelama .hihihi. cuti CNY hari tu kami balik kampung. sbb ada event yg lebih kepada kenduri kendara di kedua2 belah. belah saya, kenduri bertunang adik ke2 & belah asben, kenduri cukur jambul anak saudara. so, biar sy cite day by day aje la ye apa aktiviti memenatkan itew. ceh, mcm ade org nak baca kan? saje je, leh wat kenang-kenangan untuk anak adik nnti 10-15 taun akan datang . kikiki.

tapi kan, dont expect gambar banyak tauu! sbb ada masalah sket, just 1 gambar aje la ye. actually, hari tu dh save dh gambar semua dlm memory card, tapi tadi bile nak transfer ke PC, tak ade pungg. agak frust, tapi ok aja la ye.ni pun 1 pic, adik upload dlm fb die.so, sy rembat la upload kat sini ,.hihihi.


Khamis (19.01.2012)

- gerak balik kampung pukul 10-30malam. jalan lengang gile, 3 jam smpai di kampung ku. ketuk rumah smpai banyak kali, tapi mak tak dengar . huhu. dlm 10minit baru bukak . :( dh la seram sbb malam Jumaat kann? terus ketidoran aje smpai di rumah .:D


Jumaat ( 20.01.2012)
- bermula la aktiviti mengemas rumah. lap cermin & pasang langsir. buat sensorang aje sbb adik beradik semua belum balik lagi ..:D

Sabtu ( 21.01.2012)
- hari ni mmg kena kemas 100%. pasang tirai, letak kusi, karpet & hias untuk di jadikan pelamin la kunun. tapi simple aja. tema is maroon n putih. ni mak yg jahit ** gambar nnti sy usahkan ye. yeayy, smua adik beradik dh balikkk. so, boleh masak & makan beramai2. tapi faham2la. bila dh ramai, kije umah pun dh jadi double. hehee. ptg tu mak suh kopek ikan bilis. dh siap kopek, cume kena buangkan tulang2 n najis yg hitam tu. 1jam buat ngan adik yg bertunang tu. leguh mmg la kan? adik beradik lain buat bunga rampai. potong2 daun pandan & bunga-bungaan . malam pulak siapkan hantaran smua. kitorg semua buat ni. mak siapkan sirih junjung. lepas tu bentang2 tikar n karpet kat ruang tamu. pukul 1pagi tido...

Ahad (22.02.2012)
- hari yg di tunggu2. bangun bagi. mak n ayah dh bangun kul 4pagi. sbb nak g pasar borong, beli ayam, ikan & sayur2. bila mak balik, kitorg baru nak bangun ..hihihi. mandi & sapu kat ruang tamu. segala2 nye la. bg hilang habuk smua kan? pukul 10pagi, jiran2 dh dtg..buat kije masak-masak. kalu kat sini, semua jiran yg buat. kami bole la rest. cume buatkan air & breakfast je. mak buat ketupat pulut cicah smbal ikan bilis as brekafast . sedappp. :D siapkan meja buffet, dlm kul 2ptg, baru rombongan dari Melaka datang.. settle semua dlm kul 4ptg..terus get ready nak kemas2. tikar2 & karpet semua angkat balik, kemas & sapu. &kemas meja buffet. ni pakat2 ngan adik beradik prmpuan. yg lelaki g basuh kawah. masa ni dh penat sgt. tapi gigih je. sbb nak balik umah mertua kann? makan malam, kitorg beli burger special je..hehe. ni pun pau adik yg bertunang tu. tpi burger kat kmpg, tak bape sedap kann? siap2 kemas baju smua, pukul 9malam, balik umah mertua..smpai sana, kemas2 bilik nak tido malam tu & tolong2 apa yg patut. kul 11malam dh tido, kemain penat kannn?

Isnin (23.02.2012)
Kenduri cukur jambul.. tolong2 apa yg patut. sapu2 habuk . adik beradik pun dtg kenduri ni. so, layan diorg jap. bg Ammar makan..settle smua kul 3ptg. solat2 dulu & baru kemas pinggan. kat sini ramai yg membantu. so, just kemas2 pinggan n gelas kat rak aje. malam tido awal. kul 12 dh tido. hihi..

Selasa (24.02.2012)
Ada kenduri akikah sepupu PIL kat bandar Jerantut. so, pegi sana kejap. makan-makan & balik umah mak sy kejap ambik barang2 yg tertinggal. kul 6ptg, gerak balik KL..fuhhh, jem la skit kat area tol. tapi biasa2 je. kul 10-30smpai n tido. tpi asben kena g kije, sbb ada on cal. gile penat kann? kul 6pg baru dia balik, kul 9 dh nak g kije..kecian kan? :D

tu je..sekian..


nah ambik gambar yg sekeping je niii.


















saniza & hantaran


:D

InsyAllah bulan 12 nnti majlisnya..get ready yeeeay ! :)

Friday, January 27, 2012

Hukum Meninggalkan Solat


renungan kita di pagi Jumaat


Friday, January 20, 2012

hr ni balik kg dahh



semangatt gile balik kg awal. chinese smua masih kije lagi, sy yg malay ni pulak sakan balik awal. hahaha. ampunn.

balik awal ni bersebab. sebab nak tolong emak kemas2 rumah. sbb Ahad ni ada majlis bertunang my adik. yg ckgu kat Melaka tu. selalu kan sy g Melaka, lepak umah die. so, being kakak yg 2nd n dh kawin ni, harus la over sket kan dr yang lain. buat kije2 mengemas ni kan bukan smua org nak buat..so, mari la kita bekerja sama ramai2..nak wat kenduri, yg paling penting nak mengemas dapur n ruang tamu. habuk2 kasi sapu semua..:D dh lama tak buat kenduri ni. mau pengsan ni.haha. hari isnin pulak, my biras belah asben nak wat cukur jambul.so, mau tak pengsan nk mengemas..hahhaa

okey,. jumpa lagi korang semua. selamat bercuti yer. :)

Thursday, January 19, 2012

celebrate besday Ammar

hai..

btw, ni gambar n kejadian lama. lama tak lama taun lepas la. hihi. tapi tak pe, lambat2 pun kita kasi up la kan? ini besday ke 3taun.besday die 24dec. and then masa tu sy berkampung kat kampung selama 1 week. so, alang2 tu kita buat kat kampung la. buat pun tak silap hari Sabtu 31Dec.

ayah die balik ambik kitorg pagi Sabtu tu, so mmg sengaja tgu ayah die pun nak celebrate sekali. senang sket ada ayah die, boleh pegi town Jerantut beli kek. kenyataan di sini ialah sy tak pernah lagi berjaya drive sndiri ke sana. huhu.

beli kek kat area bank islam sana. memg situ aja la port nak beli kek. sbb dekat ngan bus stand. so, dulu2 kan sng, rasa nak naik bus kul 5, kul 4 lebih g la lepak makan situ kejap..:)rindunye time dulu2 kann? time belajar komputer n selalu la kena tinggal bus. naik teksi kemain cekik darahh. lepas tu tulis surat kat cikgu belajar komputer, ckp nak balik awal .huhu.



kek padang bola katanyeee.. Rm30




sambut sekali ngan cazen die. abg adam. 6taun umurnya



ni anak2 jiran di kampung. kitorg kan duk felda. so, penempatan adalah berjajar. iaitu jiran ada di depan, sebelah ngan belakang. tp kami baik ngan umah depan. kebetulan cuti sekolah. so, diorg balik la umah tok nya. diorg ni rata2 duk kat kelate sana. so, mmg pekat gile kot loghat kelate nyee. entah cm ne Ammar berkomunikasi. hahaa. tapi sy syak die diam aje kott. die kan pendiam ..

so, ni alang2 ajak la mereka sekali makan kek.






p/s : tak sempat2 lagi nak celebrate kat nursery. maybe taun ni kot.sbb last year kan. insyAllah next year nak antar kat tadika full day. tapi tengah riki2 lagi pun ni nak antar mana.

Tuesday, January 17, 2012

iklan tv yg menarik hati Ammar

hai..

anak korang suka tengok iklan? anak sy tu suke la sgtt. tu kalu ibu tengok cite kat tv melayu la , kalu tengok tv baby tv, axn smua mana la ada iklan kann? sy kan stok yg suke layan cite melayu leleh ni. cth cm bicara hati, carekarama * cm ne eh eje?, ariana mikail tu. tapi bila ayah die ada kat umah, jgn harapppp. sentap tauu. tgh2 layan cite ariana malam tadi, g dapur jap, anak nak air. bila dh nak duk dpn tv, dia dh alih tengok axn . so, malas nak gaduh2 kan..layan je la..agak2 membosan sgt, buat la alasan yg anak nak tengok cite duit jatuhh * money drop tuhh. Ammar kemain sukee tauu cite tuu. "cian die, duit dia jatuh kan ibu" gitewww. hahaha

eh, nak cite pasal iklan tv kan? meh nak bg list, iklan paling suke ialahhh

1- sos cili

pernah tengok? lagu die kemain rancak & ada bebudak comel2. cili pun merah menyala jer dlm bakul. kalu dulu masa masterchef ada, selalu keluar iklan ni. terloncat2 la si Ammar ni..lepas tu, masuk dapur. ambik sos cili dlm peti & letak kat dpn tv.. T______________T


2- ribena

ni pun comel kan? terloncat2 buah berry tu kat ladang. lepas tu lompat2 masuk lori n tetibe dh masuk dlm jag air ribena kann? lepas tu dh ada botol ribena ada kat dapur. g ambik jugak letak kat tv. bersusun la botol ribena ngan sos cili kat situu. huhu

3- milo sejuk

ni pun layan kan? sorang pmpuan g kedai beli milo sejuk. lepas tu otw nak balik umah, ada ramai2 budak ikut die balik rumah kan..kunun2 naik lori milo2 tu kannn? comel jeee. 'boleh kami minum milo sejuk?" semua masuk dapur..huhu. yg ni pn ada tin milo kat umah. harus la Ammar pun show off kat dpn tv. hahaha

lepas tu..ibu dh hangen, nak tngok tv pun dh tak nampak..nampak sos cili, ribena n milo je kat situ ..ape kess? hahaha

anak korg suke iklan ape?

Monday, January 16, 2012

my weekend



hi..

weekend x kemana pun . dekat2 aje jln area sini. Sabtu bangun awal sbb nak mengemop lantai. asben kije. so, boleh la mengemas n mengemop lantai dengan cepat . kul 7 dh bangun. huhu. lepas tu masak terus. masak sardin n sayur cmpur aje pun. kul 9, tetibe Ammar dh bangun, awal la sgt die bangun. bukannye nak pegi nursery pun. melepak aje la di rumah. lepas tu bosan takde cite kan? terus la subscribe Ombak Rindu kat Astro 1st. dulu dh tengok kat youtube tapi tak feel sgt. lepas tu nak tengok sekali lagi dlm youtube dh tak boleh. so, tengok la Ombak Rindu ber ulang kali. hahaha. smpai Ammar ckp. 'ibu, nak tengok cinta ibu ker? haha. dia panggi cite tu cinta ibu pulak. haha. malam tgu ayah die balik dlm kul 730malam. terus siap2 pegi tesco kepong. sbb ada kwan celebrate besday anak dia kat a&w dalam tu. jem gilerr tu . kul 9 baru smpai . kul 10 dh nak tutup. so, 1jam aje la dpt duk sana pung. sampai2 je Ammar dh takut2 sbb nampak maskot a&w tuh. haha. kesiannn. lepas tu gerak g KL kejap. jumpe adik. die nak tumpangkan beg nak bawak balik kg khamis malam ni. biasalah die naik bus, malas la tu nak usung banyak2 beg. takpe. sy kan akak yg baik gitewww. haha. settle semua, g danau kota . g sana nak cri baju tuk Ammar, kebetuln adik ada bg duit sket kat Ammar, so kena guna terus kang habis entah ke mana. haha. kul 1baru balik umah..

Ahad, lmbt sket bangun. sbb sabtu dh over kemas rumah kann?bangun pagi terus pikir nak masak ape tuk lunch. tengok ikan ada, jom buat asam pedas! simple je..tengok serai, lengkuas tak de pung. tak pe la..bedal je..haha. lepas tu jiran bg cempedak goreng. sedappp gile. batuk2 makan cempedak goreng mmg giler kann? lagi la batuk tu tak mo hilang ..haha. ptg kul 6 kuar g taman tasik cyberjaya. bwk Ammar main playground. 10minit je dri rumah dh smpai. kemain suke main sbb ada kawan die. kul 7 lebih baru balik. & masa balik tu try drive pulak. 1st time la kunun. nnti senang nak pegi sndiri kalu asben kije kan? balik singgah pasar malam beli bawang, ikan bilis & asam keping. malam kul 9cm tu , Ammar dh tido. bagusss. leh tengok BFF dgn tenang..haha. best jugak cite tu kann? ala-ala remaja giteww


Thursday, January 12, 2012

Calon2 ABPBH2011


sape pencinta calon2 di bawah ni boleh la start vote yerr. beli je surat kabar berita harian tu.:D

Penyanyi lelaki:

1 – Faizal Tahir

2 – Anuar Zain

3 – Aizat

4 – Hafiz

5 – Black

Penyanyi wanita:

1 – Najwa Latif

2 – Yuna

3 – Stacy

4 – Alyah

5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan:

1 – 6ixth Sense

2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 – Meet Uncle Hussain/Hazama

4 – Bunkface

5 – Forteen

Artis baru lelaki:

1 – Johan Ariff As’ari

2 – Hazama

3 – Awi Rafael

4 – Aeril Zafrel

5 – Beto Khusyairi

Artis baru wanita:

1 – Tasha Shilla

2 – Najwa Latif

3 – Neelofa

4 – Nur Fathia

5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Shaheizy Sam

3 – Adi Putra

4 – Syamsul Yusof

5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita:

1 – Lisa Surihani

2 – Maya Karin

3 – Diana Danielle

4 – Yana Samsudin

5 – Eja

Pelakon TV lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Adi Putra

3 – Remy Ishak

4 – Fizz Fairuz

5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita:

1 – Fasha Sandha

2 – Tiz Zaqyah

3 – Scha Alyahya

4 – Nora Danish

5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki:

1 – Zizan Razak

2 – Johan

3 – Nabil

4 – Along Cham

5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita:

1 – Noorkhiriah

2 – Sharifah Shahira

3 – Didie Alias

4 – Kenchana Dewi

5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki:

1 – Aznil Nawawi

2 – Faizal Ismail

3 – Ally Iskandar

4 – Awal Ashaari

5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita:

1 – Fara Fauzana

2 – Cheryl Samad

3 – Sharifah Shahira

4 – Raja Azura

5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki:

1 – Faizal Ismail

2 – Aznil Nawawi

3 – AG

4 – Halim Othman

5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita

1 – Fara Fauzana

2 – Linda Onn

3 – Raja Azura

4 – Abby Fana

5 – Sharifah Shahira


sumber : sini

Wednesday, January 11, 2012

Drama Bicara Hati



hai ..

sejak Masterchef Malaysia dh tamat ni, tercari-cari la drama baru untuk di tonton kan?. gile la sangap tak tau cite apa nak follow. haha. kuat betui penangan MM tu kan?so, mlm tadi dh set nak tengok drama Bicara Hati kat Prima. Drama ni dari novel . rasa nye dulu pernh baca novel ni. tapi ingat2 lupa dah. sekarang dah mmg trend kan novel ke drama atau filem . tapi ke drama lagi besttt. cite nye lengkap a to z. kalu filem ni, nak cepat2 jee. tau2 dh hbs.

malam tadi punye citee, Zahlia dh setuju nk jadi isteri Syahran cume untuk seminggu 2, & terima duit sebanyak rm30k sebab nak mengubati kawan die yg ada kanser. kawan die tu pulak mmg suke kat zahlia. die jadi serba salah pulak. lepas tu, masa diorg lepak kat cafe tgh discuss ttg majlis kawin, tetibe mak syahran datang. & mak die suke kat zahlia, die pun jadi serba salah sbb menipu kan? mak syahran pulak nak wat besar-besaran siap nak wat rombongan meminang. terus jdi konflik dah plan diorg tu. smlm, masa kat butik. Linda dtg & terkejut sbb owner butik tu cakap mak syahran dh tempah baju pengantin. dia ingat tuk dia la tuuu. kita tgu mgu depan. mesti diorg dh kawin.



SINOPSIS DRAMA BICARA HATI
Bicara Hati mengisahkan cinta yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa. Kisahnya bermula ketika terjadinya kemalangan kecil tidak disengajakan antara Tengku Syahran dan Zahlia. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya memperisterikan Zahlia.Ini kerana dia tidak mahu mengahwini Linda, wanita pilihan ibunya.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu, namun pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur. Namun setelah berkahwin, Tengku Syahran berubah menjadi ego.

Apakah perkahwinan mereka tidak akan mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan?


Lakonan hebat : Sharnaaz Ahmad (Tengku Syahran) ,Suzanne Stokstill, (Zahlia) dan Marsha (Linda)

gambar diorg kawin..

:D

Tuesday, January 10, 2012

progress free diapers

hai ..

agak lama jugak sy tak menulis kat sini kan? bukan ape, lately bz sket dgn hal2 duniawi ni. tapi sy selalu la jugak jenguk2 kat u'lls nye blog. tp jrg sgt la bg komen. hehe.

meh nak cite ttg progress nak free diapers Ammar tu. sebenarnye tu azam sy taun lepas kan? tapi biasalah dh azam sendiri buat kan, buleh la nak cary forward. haha. ok, seingat sy la kan, start ajar die shi-shi kat toilet ialah bulan ogos taun lepas. masa tu kan puasa. so, sy start weekend je dulu. struggle la jugak . hr sabtu n ahad je sy start ngan bangun pagi, mandikan die & pakaikan seluar dalam je. masa ni mmg selalu mop la lantai ni.stanby je. w/pun 15 minit sekali suh die g toilet. so, sy sabarkan ati.penat mmg la kan? .sy teruskan misi ni sampai nak raya. lepas raya je dh ok la sket. tak la asyik nak terkucil je kat dpn tv kan. tp nak yak-yak masih fail lagi..takpe. slow2 kan? smpai la bulan 12 baru ni.. sy ckp kat taska.


sy : dik, nnti balik petang ni, tak yh pakai diapers yerr

adik : tghari pakai tak ?

sy : pakai jerr ( sy tau taska bukn nak ambik risiko kann?)

adik : ok.


dlm 1jam cm tu, sy sms pulak kat owner. in case, adik tu tak faham kan apa yg sy ckp pagi tadi


sy : kak...bla..bla..

owner : skrg, tak pakai diapers pun

sy : yeaaay ** dalam hati je.. bukan sng tau nak suh taska ajar anak kita


so, sejak tu smpai skrg, mmg tak pakai dah diapers kat taska. tapi diorg pakaikan time tido tghari. kalu sy, sy tak pakaikan. tak pe, kita slow2 kan ? ye la taska ni nak jaga ramai org, sy faham. at least, antar tadika kan? tapi..tapi..nak yak-yak , masih tak berjaya. sy syak dia tak yak-yak kot kat sana.

bila nak kuar jenjalan pun, sy tak pakaikan diapers dah. if dia nak shi-shi dia cakap. & sy pun just tenang kan die & cari toilet cepat2. mmg penat, tapi puas hati sesangattt!

smpai la malm tadi. jeng-jengg.


Ammar : ibu, nak yak-yak

ibu : jom2. g toilet ..

smpai toilet, shi-shi aje..


dlm 10 minit gtu..

Ammar : ibu nak yak-yak

ibu : jom2..

smpai toilet . shi-shi jugak..sabar ni..


dlm 10 mini lagi ..


Ammar : ibu, nak yak-yak.

ibu : jom2.

Ammar : jap2..smbil bukak baju ni..

ibu : jom la.

Ammar : jap2..smbil tgok cite duit jatuh tuu

ibu : jomm

Ammar : jom22...

smpai toilet, angkat die dok kat toilet & sy ckp.." tak pe, ibu pegi susun pinggan jap..Ammar yak je la yerr".lepas tu sy pusing..dh berjaya! dia cm geli la sket kan..sy cepat2 flush2..huhu.


ibu : wahhh. give me ten. dh bejaya yak dlm toilet!

Ammar : ' buat aksi give me ten . smpai 3-4 kali. hahahaa.

ibu : good boy . senang kan yak2 kat sini.basuh pun senang kan? ..:D



terus sms ayah die.


sy : yeayyy. Ammar dh berjaya yak kat toilet !!

suami : oooo..ok..


menci tauu! takde perasaan. hahaha.sy sorg je excited.

Monday, January 9, 2012

Ezani : Juara Masterchef Malaysia pertama


semangat tengok mlm tdi. :) akhirnya Ezani di nobatkan juara pertama MM mengalahkan Wahidan dgn perbezaan markah 7% sahaja!

Tahniah Ezani. dpt rm100k & berpeluang mengeluarkan buku resepi sendiri.



p/s :
1- agak serabut sket bila ada 5 org peserta membantu Ezani & Wahidan menyiapkan makanan.
2- agak tak patut pulak bila Wahidan sebagai naib juara tak membawa apa2 hadiah pun, seeloknya bgi la trofi je pun
3- best je masa diorg berkumpul bercerita sebelum di umumkan result



tak de MM, boleh la fokus kat cite Bicara Hati ..:D

Wednesday, January 4, 2012

MasterChef Malaysia : Siapa yang layak ke Final ?



hai ..

nak update pasal Masterchef lagi ..hahaha.

Malam ini (04 .01.12) akan berlangsung seisi memilih calon2 ke peringkat akhir MM. tak tau bape org yang akan ke peringkat akhir. so, kita tengok je malam ni ye. esok sy akan update resultnye.:)

calon2 nya :-



Ezani Farhana

Umur: 26

Asal: Kajang

Pekerjaan: Doktor Pergigian





Amita Tan

Umur: 31

Asal: Melaka

Pekerjaan: Peguam




Wahidan

Umur: 42

Asal: Kinabatangan, Sabah

Pekerjaan: Pekebun




Arshad Zamir

Umur: 19

Asal: Shah Alam

Pekerjaan: Pelajar


p/s : tak kisah la siapa yang akan terpilih ke final kerana semuanya sgt berbakat & berjaya harungi semua ujian.


updated: Ezani & Wahidan masuk final! jgn lupa saksikan final ahad ni jam 9malam.

Sunday, January 1, 2012

Choc Chip Cookies


Klik Gambar di sebelah.

Sentiasa ada stok.

call sy : 013-2350359