carian di sini ye

Tetamu Terhormat Kisah Hidup Saya

Labels

shaklee (136) Ammar (73) miss sasu (71) my self (54) misssasu (51) jom kurus (33) nak kurus (29) info (28) promoshaklee (22) Jomkurus (18) esp (18) family (18) baby aryan (17) tips diet (17) drama tv (14) raya (14) misi kurus (13) puasa (13) resepi (13) wish (12) makan2 (9) nak cantik (9) MasterChef (8) outing (8) contest (7) friend (7) DPLI (6) hadiah (6) kawan (6) macam2 (6) rumah (6) setcantik (6) GA (5) Holiday (5) cookies (5) diet (5) jalan (5) masak2 (5) movie (5) rancangan tv (5) vitamin c (5) wordless wednesday (5) Aktiviti (4) Lirik Lagu (4) Port Dickson (4) Reunion (4) breastfeeding (4) fren wedding (4) potluck (4) senaman (4) setdetox (4) balik kampung (3) klinik (3) kurus (3) makan (3) sales (3) sarapan (3) sembang2 (3) shopping (3) tips (3) video (3) weekend (3) A'Famosa (2) Imam Muda (2) blog (2) doa (2) gift (2) iklan (2) info diet (2) kencingmanis (2) kuantan (2) lemak (2) makanan peberet (2) masak (2) mimi (2) misi insaf (2) mutiara kata (2) nursery (2) pengetahuan (2) ragam (2) sakit (2) sembelit (2) surirumah (2) testimoni (2) vitalea (2) vivix (2) 2015 (1) Air Panas Gadek (1) Bola (1) Bonuslink (1) Bukit Cerakah (1) Interview (1) Kolagen (1) Maharaja Lawak (1) Maulidur Rasul (1) Melaka (1) Nuffnang (1) Pantai Klebang (1) Pengenalan Diri (1) Pengkalan Balak (1) Taman Pertanian Malaysia (1) The Stadhuys (1) adik ipar (1) agar-agar (1) anak anak (1) anniversary (1) astro (1) azam (1) baju kurung (1) banjir (1) beca melaka (1) berita semasa (1) bisnessonline (1) bola sepak (1) bonus (1) bulan rejab (1) cadar. (1) cake (1) cantik (1) cinch (1) demam (1) diabetis (1) elektrik (1) facebook (1) glacomplex (1) hamil (1) handbag (1) hari lahir (1) hari raya (1) herblax (1) jiran (1) jubah (1) kalori (1) kaswi (1) kencing manis (1) kolestrol (1) konvo (1) kustem (1) maharaja lawak (1) mengandung (1) milkboaster (1) minum (1) mothers day (1) muzik (1) muzium samudera (1) my home (1) my mum (1) myself\ (1) nasi goreng kampung (1) oat (1) okbaby (1) omegaguard (1) on9 (1) panduan (1) pengalaman mengandung (1) pengumuman (1) pizza hut delivery (1) pms (1) pregnant (1) preloved (1) puasa. makanan (1) puchong (1) sahur (1) sedekah (1) segugut (1) sekolah (1) shop on9 (1) soya (1) tahun 1 (1) taman tasik cyberjaya (1) tazkirah jumaat (1) toys (1) vitaminc (1)

Thursday, June 30, 2011

best kan dpt free gift ni..

Assalam ..

Awal2 bulan cm gni.mmg wajib la berkunjung ke pasaraya2 terdekat nak beli brg rumah kan? so, this month, rase nak melabur duit kat carefour puchong utama ni je. pegi time weekdays mmg best la.nak tolak troly pun sng ..:)




kelihatan di atas gambar tu ada syampoo 2ketul, piring putih gambar meow 2 ekor 3 ketul & 1 kotak cawan anlene.

syampoo tu cashier yg bagi. saje2 bg katanye. sy pun terus suh bg 2 ketul terus. huhu. best tau syampoo ni wangi & lembut je rambut lepas guna. herbal essence punyer. piring meow tu sbb beli susu Dumex dugro. beli 3 pack, dpt 3. hope tgh bulan kang ada stok lagi. sbb nak beli lagi kan susu. berguna jugak pinggan ni nak buh sayur2 & lauk pauk :D yg gelas dlm kotak tu sbb beli susu pack anlene. :P nak cube2 minum susu pulak. kata dh nak masuk 30series kan..:P


korang suke barang free? sy suke..cepat2 nak pegi kat customer services tuh nak redeem. :)


p/s : entry ni dh tulis smlm panjang lebar tapi tak leh nak save.so, ni pun kira ok la..:P









Wednesday, June 29, 2011

Finalist Imam Muda 2

As-salam semua..

Maaf dh lama tak update blog .:) saje menyepi nak mengubat hati yg lara..hehehe

Jumaat lepas, masa org2 lain dok sibuk tengok Maharaja Lawak final kan? kami anak beranak layan Imam Muda aje. bukan sbb terlalu islamik nau sampai tak mo tengok sepah & jozan kan?? haha. tapi dh tak de saluran berbayar Warna tuh! so, baik duk dendiam tengok channel lain yg jugak berbayar. eh. skrg tgh sibuk2 org nk boikot astro kan? korang boikot ker? sy ok jer. pakai je la..sbb kalu tak pakai. gambar image di tb sgt tak bape nak cantik..:P

eh. melalut pulak kann? btw, sy mmg follow imam muda ni. sbb nye si kenik suke dengar lagu tema diorg tuh!.so, layan je la..kan ?

imam muda ni yg bestnye sbb pengisian program diorg tuh. 1mgu 1 tajuk. & akan dikupas sedalamnye. dri teori sehingga praktikal. & ada exam lagi. exam bertulis tuh! lepas tu yg istimewanya, sesiapa IM yang terkeluar awal, akan terus ikut program diorg, tapi tak di nilai untuk ke final. best kann? mmg betul2 nak mendidik & memberi ilmu agar menjadi imam muda yang best .:)

so, Imam Muda yang layak ke final ialah :-














sy mmg dh target diorg berdua ni boleh masuk finall :)

sbb mmg selalu dpt pelajar terbaik mingguan.!

tak kisah siapa yang menang pun.. :)

:D

Monday, June 27, 2011

tidak ada rezeki lagi



semua dah lancar je but stuck maybe dekat degree.degree tak bape nak match & tahun ini dah limit kan bilangan calon yang dapat.:(


mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik dari ini. :)

amin

Thursday, June 23, 2011

Replika Keretapi, Pantai Klebang & Pengkalan Balak


last destination ialah di replika keteapi ni hah. tak tahu ape nama yang formal. :) so, smpai sini. terus aim nk ambik pic kat tangga keteapi ni hah. tapi Ammar je la duduk. sy duk menempel je la kat tepi tu hah. :) eh. lama dh tak naik keteapi rasenye. lepas kawin x perng g naik komuter maupun keteapi. :)

meh layan pic sudah la yerr ..





lepas tu naik beca ke dataran pahlawan tuh. dh bayar semua & terus masuk dalam dataran .nak beli air. dahaga sgt eh. :P lepas beli air.tetibe asben ajak naik kat atas bukit A'Famosa tu.so, jom ..:) tp mak aii. penat weh. haha. sapa suh naik :P




lepas tu masuk balik Dataran pahlawan. nak beli-belah. :P dpt la tshirt yg tulis Melaka tuh hah.:) dan 3keping fm . :) korang nak ? ada lebih tu 1 je.




lepas tu dh lapo kan, jom mencari makanan. terus decide nak g ke arah pantai. best jugak kan lunch depan pantai. huhu. kitorg pegi kat pantai klebang. makan kat food court situ. dpt la merasa asam pedas kan .:)

ni la panaroma pantai klebang tu. tak bape best sgt..sbb kena tambak & tak boleh main air kat sini. boleh main layang2 je . tu yang ramai yang jual layang2 kat situ. kitorg just lalu je. tak turun pun.






meneruskan perjalanan ke pantai pengkalan balak pulak. :) smpai sana pun dh jenuh. lambat lagi ke lambat lagi ker.haha. masa tu Ammar dh tido dh ats riba sy ni. lenguh di buatnye. ok, dh park kete. terus asben kejut Ammar. jom mandi air laut nakk?? terus die bangun! suprise tu ibu die. haha. kalu tak sure melalak kan org kejut die tido. :) ni ok jer.

tengok pic eh.:) lepak sini pun dlm 1 jam jugak.










ok la ..sekian sudah cite jenjalan Melaka..:)





Muzium Samudera



dari Bangunan Stadhuys tuh,kami di bawa ke Muzium Samudera. ala, yg ada kapal besar tuh. tapi kami tak masuk dalam . sbb naik ngan beca kan? just ambik pic & lepas sekejap jer. lagipun malas je nak masuk . hehe





Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Wednesday, June 22, 2011

naik beca & bangunan The Stadhuys

lepas dh jenjalan kat sekitar A'Famosa tuh. eh, tetibe nampak beca. so, bg 1st timer ni mmg la jakun kan ? haha. so, tanye kat pakcik tuh. cm ne nak naik nih? lepas tu die buat lawak.

die kata naik je. & duduk.

T_______T .

lepas tu baru die panggil org yang free. rupenya da pakej jugak .

rm15- untuk pegi ke bangunan Stadhuys & Kat replika keteapi tu & patah balik ke dataran pahlawan. die antar & ambik pic.

rm20- untuk pegi ke bangunan Stadhuys, Muzium samudera (kapal besar), replika keteapi & patah balik ke dataran pahlawan.

so, decide skit2. ambik lah yang rm20 tuh.& amik 2 buah beca la..

jom..jalannn..

wau. best jugak eh naik beca ni. yang bawak kitorg ni budak 17tahun. die pasang lagu kuat ..so, cm best jerk..:P



kami yang jakun! :D



Bangunan Stadhuys





baca ni:-



Stadthuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan satu contoh seni bina Belanda yang terbaik ketika itu. Bangunan tersebut dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur.

Bangunan yang tersergam indah ini merupakan contoh seni bina hebat penjajahan Belanda yang kini dijadikan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi.

Di sini dipaparkan pakaian perkahwinan tradisional dan peninggalan sejarah Melaka selama 400 tahun. Kedua-dua muzium dihias dengan indah dan menawarkan penerangan terperinci mengenai sumbangan pakaian dan peninggalan ini ketika zaman kegemilangan Melaka.


Tuesday, June 21, 2011

Air Panas Gadek & A'Famosa

Assalam ..

Sabtu lepas, kami ke Melaka. unplanned! asben balik kije kul 6ptg. 'jom g melaka nak'? jommm! apa lagi seronok la kan? btw, ada adik kat sana. so, sng la & tak perlu la nak sewa bilik kan?
jimat sudah situu. :) so, gerak dari Siantan (my apartment) lepas Magrib, adik dh bg direction dh nak exit mana. dlm kul 9-30mlm dh exit Simpang Empat dah. tol dari Kajang ialah dlm rm12. lepas tu cube la nak cari umah adik ni sndiri. ni 1st time kami pegi sana. lepas tu sesat larat! huhu. adik dh tersalah bg direction. dia pun tak bape nak fasih lagi jalan2 kat situ. ape lagi, at last dlm kul 10-30mlm baru kitorg smpai umah die. tu pun die suh kitorg tgu je kat mana2. dia pegi cari & ambik kitorg. huhu.

Lepas subuh. dh tak boleh tido. Ammar tido sgt2 lasak! dh nak ke lantai dh saya. so, ape lagi. terus kejut adik. jom kita mandi air panas nak? dekat je dlm 5minit drive je. Ammar & ayah die tido lagi..smpai sana, mak aiii. ramai gak budak2 muda. diorg siap tido sana lagi. kul 8pagi cm tu baru diorg balik. oh ye. sini bukak 24jam. kalu dh pagi,air lagi panas. tu diorg dtg malam tuh. tapi yg tak best sini tak de surau & tak de border untuk lelaki & perempuan. so, agak tak selesa la sket .:P sy just rendam kaki je . & nak balik baru try2 masuk kan separuh badan. mak aii. panas yg ampun! :P


ni ada info ttg AIR PANAS GADEK

pintu masuk


Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.


Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 km.


Bayaran masuk : RM4.00 (Dewasa), RM2.00(Kanak2)




Kolam ~ada lebih kurang 8 kolam cm gni


Pool ~ada 2 biji



ok..dh puas mandi. mari kita berjalan ke Bandar Hilir, Melaka. :D








kalu pergi Melaka & tak dtg sini, mmg tak sah la kan?? :) panas terik mentari pun dh tak heran. tapi, time kitorg dtg tuh, tak la meramai sgt org . so, just nice je. buleh la ambik pic tuh :)


baca nih ! BUKIT ST.PAUL (A'FAMOSA)

Bukit St. Paul (A' Famosa)

Portugis menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan adalah membina sebuah kubu yang menghadap sungai. Ia dipanggil A'Famosa. Oleh kerana Melaka merupakan pusat perjuangan antara kuasa besar pada masa itu dan menghadapi ancaman serangan yang berterusan, kubu A'Famosa adalah penting bagi Portugal memelihara cengkaman penjajahannya di Timur Jauh.

Di dalam kubu terdapat kawasan perumahan dan gerai makanan, sebuah istana, bilik mesyuarat untuk Majlis Portugis dan lima buah gereja. Serangan selama tujuh bulan oleh Belanda hampir memusnahkan seluruh kubu, meninggalkan hanya pintu gerbang dan struktur gereja di puncak bukit.

Berjalan-jalanlah mendaki Bukit St. Paul pada lewat petang yang dingin dan merayau-rayau antara pokok-pokok besar dan peninggalan sejarah. Di sini, anda hampir boleh membayangkan kejayaan dan penderitaan orang-orang Portugis yang dikepung pada masa tersebut...


best kan sesekali pegi tempat bersejarah nih! :)


ok, lepas ni sy nak cite kami naik beca! tunguu :)

Friday, June 17, 2011

Pengajaran dari drama Nora Elena



Assalam ..



Wahhhh..dh habis pun kan drama kegilaan ramai tuh! cm ner puas hati ke dok ending nyerr. happy ending la for nora & seth. but jadi sejarah hitam la tuk si ivon (ssh eh nak eja) tuh! :)

smlm sy tak bg full attention pung tengok drama tuh! time tu la si kecik nk itu dn ini. tapi my asben ralik tengok. huhu. ni sape yg lebih ni...dulu nak tengok cite melayu2 ni kim salam la..kuat tul kan pengaruh drama ni. drama ni org suke tengok sbb hero & heroin nye. dn jugak jalan cite tuh. as perempuan kan suke baca2 novel kan? so, skrg dh trend pengarah & penulis novel bergabung. di harap nnti makin banyak la drama yg best2 di tayangkan kan? x perlu la asyik2 nk tayang drama dr seberang tuh. **bosan oh semua tv ade je drama dr sana**

oh yer..kembali pada tajuk..

ni dari pendapat saya. mybe anda tidak menyukai nye.tidak mengapa.

1) tidak perlu kot untk menceritakan kepada bakal pasangan bahawa pernah di rogol. tetapi kena bertaubat pada yang Esa. Mohon agar hubungan rumah tangga nnti akan sentiasa di redhai olehNya. bukan aper, sy rase..lelaki yang betul2 mencintai pasangannye itu tidak akan memandang serius terhadap perkara itu.

2) jika menyimpan hati pada seseorang..berterus terang saje! jika malu ..elakkan dari berjumpa dengan dia. selagi kita berjumpa, selagi itu la kita akan terangau2 pada dia. jgn lakukan perkara bodoh. sbb ianya lagi teruk. dari elok2 bersahabat, last sekali terus menjadi benci.

3) jangan cepat terpedaya dengan khabar2 angin. selidik dahulu adakah ianya betul. kalu nak percaya, percaya sket2 dah la..:P

4) jangan melihat/menonton benda2 yang tak sepatutnya dengan usia ada. itu semua pengaruh syaitan! last sekali, org lain yang menjadi mangsa. :)


tu aje kot. jgn memandang sgt kepada drama ini. tapi back to the reality. :)

p/s : lepas ni mari melayan Stanza Cinta , setiap Ahad. 9 malam. :)

Thursday, June 16, 2011

dilema ibu bekerjaya & tinggal di rumah flat

Assalam ...

wahh. dilema gituuu ! :P

okeh. bagi sesiapa yang tidak memenuhi ciri2 seperti tajuk di atas seperti anda suri rumah & tinggal di rumah teres dan di sebaliknya sila beredar..hahahaha. gitewww. :) tak eh, gurau ajer,..

dulu kan dh kepoci, dpt umah bawah. tapi masih duk umah flat la. :) nk best sket tulis apartment..haha. :) dh siap buat entry pasal sidai baju tgh2 panas kan? tapi tu wekend je la. tapi lately ni asyik kuar je weekend. guana baju nak kering secara semulajadi? itu la dilema nye ni hah.

sy biasa basuh baju rajin sket. w.pun mesin semi-auto.:) biasa basuh Isnin, Rabu & Jumaat. hari Jumaat tuh mesti banyak menggile. sbbnye pagi2 buta Sabtu dh nak jemur kan.Umah sy ni x de balkoni yang boleh jemur baju & boleh pegi kije dgn aman. so, merasala jemur baju dlm umah,gantung je kat besi2 yang tuk langsir tuh kat pintu bilik & pasang kipas pada malam hari. huhu. begitu la kan proses pengeringan secara tak semulajadi. nak buat cm ne. itu je yg ada. tak kan nak jemur kat luar & time lunch balik umah, g angkat..x koserr la kan?

ke cm ner? ini pun jadi masalah jugak buat saya. sbb nnti akan mengundang nyamuk kan kalu kain lembap ade dlm umah..

ada 2 pilihan ni hah:

1) benti kije ( ni cm tak boleh la lagi..huhu)
2) sewa/beli umah teres ( ni boleh usahakan! :P )

doakan sy dpt sewa/beli umah teres yo!

jom cuci mata tengok umah2 ni.umah makin mahal weii.

T__________________T























cantik2 kan??

tapi kalu tanye saya. sy nak jenis simple cm ni jerk.nak tengok?

kejap..










umah 1 tingkat jerr .

sy suke.sng nak mengemas! tapi ni pun kalu area sini pun dekat2 rm150k kan??

takpe2, nnti mana tau Tuhan bg rezeki kan? aminn. :)





Samarinda TV3- Annissa





Sinopsis Drama Annissa

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

Pelakon:

Rozita Che WaN

Aida Aris,

Faradhiya

Fiza Elite

Zamarul Hisyam

Eizlan Yusof


lagu tema ni pun sedap !



p/s : best drama ni , sbb dekat ngan jiwa perempuan kan? :) oh ye. cite ni pukul 1030mlm TV3, setiap Selasa hingga Khamis. :)


Wednesday, June 15, 2011

dapat kasut baru

Asslam ..

Ahad baru ni, kami ke Sunway Pyramid! lepas je marathon tuh selesai..duk umah jap. lepak2 & tido..:) eh, Ammar tak tido pung. ngada! sejak2 dh tak de buai ni.ssh nau nak tido time wekend. tapi biarkan aje. saje nak train. nnti duk tadika. x leh dh nak tido lelama kan. :D

so, lepas Asar, mari kita discuss. nak kemana kann?

lepas solat, gerak pegi sana. kul 6-15ptg dh smpai..doket je pung. :) kitorg jarang sgt ke sana berdua. kalu ngan kwan2 tuh always la sgt..eh,always pe kebanda nye, baru 3 kali..haha. so, mari kita parking..cantik! kejap je dh dpt parking. org ramai dh balik kott.

meh kita ambik pic tempat parking dulu! :P



tujuan ke sana nak mencari kasut! sandal la lebih kurang,bukan kasutt. eh, bukan mak ayah punye, tuk si kecik ni. kecian dia...dh melecet kaki pakai sndal crocs tiruan ..muahahhahaa.

so, ke Al-ikhsan duluu. tak de size pulak! frust dh Ammar..takpe2, kita cari kat lain pulak yerr..masuk Jusco. design cm so-so aje. bukan Ammar yg cerewet. tapi ayah nyer tu hah! tak pe,kata nak yg terbaik kann? haha. so, ke Studio-R pulak! okey. dh dpt yg bekenan! calour apee? hijau + biru : ceria kan ..bebudak , sy suke ceria2. no more itam, brown..huhu. SA duk kattepi suh Ammar try! tapi die tak nak..maluuu. haha. lawak! lepas SA tu blah, baru nak try,,& terus pakai smpai balik rumah ! malu sesangat tau !! SA yang lain duk acah-acah die, terus melekat kat kaki ibu..



sandal baru


b4 balik, beli aiskrim & bubur kat Mcd kejap! Ammar dh lapor. tu la, x nak makan kat rumah! so, merasa la makan bubur dlm kete yg bergerak! tapi maintain jerr.. :) perut anak dh kenyang, hati ibu dh lega..

sejuk makan aiskrim

singgah solatMagrib dekat Shell tol batu 3 tu . sbb nak ke Poliklinik Salam. tengok ex-opismate asben dh deliver baby gurl. :) lepas ni sy update pic yerr..:)

Marathon di Taman Putra Perdana

Assalam ..

ni cite last Sunday (12.06.11), taman kami ada anjurkan marathon untuk pelbagai lapisan umur. dri umur 7tahun hingga 40 tahun! tapi sy tak joint la. mana nak cmpak si kecik tuh..but asben sy jdi AJK. kena jaga cek point katanye..:) almost 4km diorg kena lari. & yg paling hapenning, diorg berkumpul di depan rumah sy! rumah sy kan betul2 dekat ngan pintu keluar. so, apa lagi, mari la kita mengintaii. :P

seawal 7pagi. diorg dh start berkumpul2 dah ni. dh ramai dh org.lagu2 pun dh meriah pun. tup2 kul 9pagi. Ammar bangun. nangis dah..terkejut sgt kot! kuat sagt lagu tu diorg pasang ..lgpun bilik Ammar tido tu dekat sgt ngan jalan utama. :)



ni belum start lagi. baru nak setup2










ni dh siap berlari. penat tuh !






tu je nak cite..:P

Tuesday, June 14, 2011

Apam Pisang Coklat Kukus


sy punye apam pisang coklat


Bahan2 :

2 cawan tepung gandum*
2sudu makan serbuk koko (sy lebihkan)*
1susu teh soda bikarbonat*
1sudu teh baking powder*
1sudu teh garam
1cawan pisang emas yang dilecek
1cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula perang (sy guna gula biasa, & kurgkan)
2biji telor, di pukul

Cara2

Bahan * di ayak & di ketepikan
telor di pukul & masukkan pisang, minyakl , gula & di tabur garam. Kacau sebati..
masukkan bahan ayak & di gaul sebati.
masukkan dlm loyang & cup. di kukus dlm 1/2 jam ..

selamat mencuba!!

** sy guna pisang abu. tak bape bestt. next time guna pisang emas atau lemak manis. tau tak pisang emas guana? yg comel2 tuhh. :)

Monday, June 13, 2011

Hazama - Lirik lagu Cinta Teragung

Assalamualaikum...

mlm tadi sempat tengok final AF. masa tu dh kul 10mlm. so,layan la kejap. dan seperti yg sy ramalkan, Hazama mmg akan jadi Juara.

Tahniah !




Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.




Lirik Lagu Cinta Teragung -Hazama Af9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku


p/s : dia layak untuk menang! :)

Friday, June 10, 2011

dulu pipi saya merah-merah



Asssalammm smua!!



yeayy! baru boleh tulis entry! sbb sebelum ni kemalasan melanda! duk sibuk belek blog org je. komen tak pung. hehe


Mari kita bercerita berkisar budak kecik ni. sape lagi. Ammar lah. budak yg dh berumur 2 tahun 6 bulan ni! dh beso kan die. tahun depan dh 4 tahun ! huhu. lahir hujung tahun mcm ni la. skrg, sy tgh survey2 nak mencari tadika ni kat die. tetiap hari duk slow talk ngan die. nak antar sekolah baru!



tahu die jawap apee?











Tak nakkk!



T_________________T
(eh , dh reti buat simbol2 pulakk :P)


eh..eh. dh menyimpangg jauh . ni nak bgtau , dulu Ammar ni ade masalah pipi. pipi die merah menyala kat dua2 belah. elergik doktor kata..so, dr 3 bulan dia mcm tuh. sejak tu la, asyik buh krim. makan antibiotik..sudahnyeeeerr genap umur die 1 tahun. dh hilanggg sndiri . magik kan?? nape entahhh.



tak caye? tengok ni hah!




comel kan dieee?

matik la cm ni puji anak sndiriii


ni umur baru2 ni..dh beso. pipi pun lembuttt & licin. kalah mak ko ni hah! tapi urat kat dahi stay adaaaaaa. tu masa saat dilahirkan , kena tangan nurse masa cube nak keluarkan die:(


pandai dh buat aeroplane guna lego murahan..


sekiannn..




Thursday, June 9, 2011

Giveaway : Dania Alisha 1st Birthday




happy besday Dania!!
moga sihat, ceria hendaknya!


jawapan : Genting Highland

nak joint?

http://mamiuyun.blogspot.com/2011/06/giveaway-dania-alisha-1st-birthday.html

Cantik kan warna biru ni





cantik kan warna biru ni! warna baju si Salma tuh! terpersona pulak tengok! :P

tapi kalu sy pakai, terpesona kerr: hahahaa


lepas tu baru2 ni tengok konsert AF, Dato' Siti pun pakai warna yang sama! cantik sgttt. bile die perform, oh. di pakai suar itam rupanye! :)







okey kot raya tahun depan! :P

kredit pic : Google


Wednesday, June 8, 2011

Ke I-City yang crowded

Asslam ...

saper suh pegi time malam minguu? mmg la crowded. jalan pun jem jer. nk keluar parking pun lama menunggu. :)

kami kesana malam mgu lepas . Sabtu(04.06.2011) kebetulan mak, adik2 & anak sedara datang..so, bawak la diorg berjalan. sumbat je smua dlm kete sy tuh! haha. kami keluar rumah 8-15mlm cm tuh. smpai sana 9-30malam.& kuar dr situ 10-40mlm. dh tak larat..:P

tapi, tak per...biasala kan . tempat dh menjadi tumpuan org. kalu dulu 1st time pegi. tak ramai sgt pung. biasa-biasa sajer. parking pun senang & tak perlu nk bayar. tapi skarg dh lain. parking rm10! dh pung. tu pun belum tentu ada parking yerr. binatang2 yg di jadikan bentuk2 pun banyak . ada dinasor, lembu, zirafah, rusa, itik & lain2. tapi. nape sy tak jumpe pung dinasor tuh! haha. nampak sgt sekerat jalan je berjalan.

oh yer. dekat sana dh ade KFC & 7eleven. so, kalu rase letih berjalan & nak makan yg lite2. boleh la beli. kitorg just beli air & lepak duk kat tepi tu jer. :)


jom layan pic ..:)




sorang je pndai kamera..:)


Ina(adik), Tasha ( anak sedara) & saya



Ammar & ayah. nak berdukung! dia takut la ngan benda2 lampu tuh..:P



kami depan menara ! ko kenapa Adam & Tasya. semua tak ready.haha. kejam pok de korang ambik gambar..haha


mak sy yang pakai baju putih, tudung hijau & sling bag tuh! kelass tak mak sy. haha. 2 org kanak2 tu anak sedara sy iaitu Adam & Tasya. mama diorg (kakak sy) single mother, & mak la yang jaga diorg .:) adik2 yang specky & pakai tdung itam . Za ( kurus sket), Ina ( yg tembam sket :P)




pic blurr. tapi tak pe. nk tunjuk angsa tuh hah! :)


Ina (adik) di depan. tapi kami 3beranak kat belakang. nak duk dekat giraffe kata ko! :D


saya & za (adik) sengeh2 sajer..




Tasha (ank sedara)


lembu eh?

ok. sudah.. gambar biasa2 jer.

nak tau jalan ke sana??

nak ambik ni..


klik kat pic eh nak kasi besoo. :)

babai :)