Thursday, March 24, 2011

www.emak.com.my



Assalam ..

cer korang tekan link ni :



www.emak.com.my




dah?




menarik tak ??



at 1st sy tengok kat FB ada kawan sy tulis status laman web ni. sy ingat die just rindu kat emak die ker. rupenye mmg website tu valid la eh.:D

sini sy copy paste kan eh serba sedikit ttg bengkel yg diorg anjurkan


Program e'm@k merangkumi 5 bengkel khas iaitu :

1- Bengkel Menjahit - Kursus jahitan asas baju kurung dan tudung

2- Bengkel Manik - Kursus manik dengan 20 teknik asas sulaman terkini

3- Bengkel Bakeri - Kursus membuat cupcakes,kek,kuih muih

4- Bengkel Masakan - Kursus ala catering dan ilmu mengenai asas membuat

catering

5- Bengkel Bunga Dip - Kursus membuat bunga dip@bunga kristal yang menjadi

hiasan di majlis pengantin dan juga rasmi


Kesemua kursus ini dijalankan selama dua hari di mana para peserta diberi latihan praktikal . Dan yang pastinya ianya percuma. Khas buat peserta yang terpilih ,terdiri daripada ibu-ibu tunggal,suri rumah dan wanita yang berpendapatan rendah.Tumpuan diberikan untuk kawasan sekitar lembah klang, namun bagi kawasan yang luar..amat-amat dialukan untuk menyertainya.


Kursus ini adalah dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan harapan setiap wanita mampu menjana ekonomi biarpun hanya dari rumah. Bagi peserta yang berjaya dari program em@k ini,akan ditampilkan khas dalam program APA KATA WANITA .


Kursus yang berlangsung mulai awal Januari 2011 kini sudah melahirkan ramai peserta yang berpotensi dan sudah mulai berjinak-jinak melebarkan sayap ke dunia keusahawanan.

Untuk fasa 1, program bengkel telah selesai, namun program ini akan dilanjutkan kepada fasa kedua tidak lama lagi


sila emelkan butiran peribadi ke sekretariat@emak.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dengan info berikut :

1- nama penuh

2- ic

3- alamat

4- no telefon

5- pekerjaan

6- pendapatan

7- bilangan anak


'EKONOMI MENJANA ASPIRASI KELUARGA'

so, kalu ader sape2 yg nak joint atau ader kengkawan ke yg nak kan. try la email details tuh. mana tau terpilih kan joint bengkel2 tuh? free jerk. :P sy email gak..!! :P

okey ..tadaaa..

6 comments:

Thanks!!kasi komen anda di sini..